Monday, July 21, 2008

Stephanplatz di tengah kota Vienna


Vienna memang kota mewah dan mahal. Di sebalik deretan bangunan lama bersejarah, sesekali kelihatan deretan pengunjung, terutama wanita yang terpaksa menunggu giliran untuk masuk ke butik menjual barangan berjenama - kebanyakannya dalam ruangan kecil yang hanya mampu menampung 20 pengunjung.

Satu lagi kawasan tumpuan membeli-belah ialah di Josefstoer strasse, pasar tradisional masyarakat Vienna dengan deretan gerai kecil menjual pelbagai barangan seperti Portobello di London atau Jalan Petaling di Kuala Lumpur. Harga di sini agak murah, terutama jika anda ingin membeli cenderahati.

Sebenarnya banyak lagi yang boleh dilakukan di Vienna selain membeli-belah. Dari St Stephen Cathedral, Schonbrunn, Hofburg Imperial Palace hinggalah bangunan moden di MuseumsQuartier, kota yang mempunyai sejarah panjang tamadun manusia ini menawarkan pelbagai kelebihan kepada tetamunya.

No comments:

Post a Comment

say hi to me..i say hello to you toooo...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...