Showing posts with label latihan industri. Show all posts
Showing posts with label latihan industri. Show all posts

Thursday, November 06, 2008

WHY i'm TIRED

Dah lama tak pernah post apa-apa, bosan Photobucket jugak bila nampak page yang asyik dengan tajuk yang sama ja. Sebenarnya hari nie Diya dah berazam nak memulakan penulisan Laporan Latihan Industri. Disebabkan masa yang dah tinggal lebih kurang satu bulan, Dya perlu memulakan penulisan ini sekarang, tapi yang bestnya tengah ada angin nak tulis Laporan, boleh pulak dok menjengah ke blog nie dan tiba-tiba ja ada idea nak menulis kat sini pulak.
Yang boleh nekad nak mula tulis Laporan nie bukannya apa, Dya ada dapat satu format laporan yang lengkap untuk buat Laporan nie, yang kebetulannya milik bekas pelatih Industri Politeknik PTSS, juga merupakan pelajar Teknologi Maklumat.
Tadi sempat membaca hasil laporannya, agak sempurna dan kemas, bolehlah dijadikan panduan sedikit sebanyak untuk Laporan Diya kali nie. Hari nie teringat kat Afif, bukan apa haritu ada pinjam buku panduan laporan kat dia, sebab yang Dya punya entah hilang kemana, ingat lepas tu dia ajak buat Laporan sekali. haritu dia ada mesej (Aloo,aslmkm,diyana.. bila nak wat buku laporan ngan afif?esok bleh?) tapi tak de kredit nak balas jadi terlupa la nak bgtau. Soryla Afif ek.. Nanti bila Dya betul2 free dya call ok.

bermain dengan kertas amat mengusutkan kepalaku..
Sepanjang minggu lepas dan minggu nie, sibuk sangat kat ofis nie..cibuk nih Macam-macam kena buat, walaupun bukan sepatutnya tugas pelatih LI lakukan.

kesibukan yang jelas ternyata tapi sempat melayari blog ku..hehe
Tapi Dya malas nak berkira sangat jadi buat je la apa yang patut.
Ramai staff dari ofis lain datang untuk "key in" maklumat HRMIS (Human Resource Management Information System / Sistem Maklumat Pengurusan Sumber Manusia) , kerajaan Perlis baru nak mulakan sistem nie padahal dah banyak negeri dah guna pakai sistem nie. Kebaikan sistem nie adalah semua maklumat berkenaan staf-staf kerajaan tersebut khususnya, dapat diakses secara online. Contohnya; kalau ke hospital staf tersebut tidak lagi memerlukan surat pengesahan/guarantee letter untuk mengesahkan bahawa dia adalah staff kerajaan. Banyak lagi kebaikannya, tapi dari apa yang diketahui untuk memasukkan maklumat tersebut, banyak kesukaran daripada kesenangan untuk "key in" semua data-data tu.
Minggu depan pulak, negeri perlis ada menganjurkan minggu sains inovasi dan teknologi, jadi banyak la meeting dan dokumen-dokumen yang terpaksa diuruskan. Ofis nie jugak buat katering untuk mesyuarat2 nie. Bantu la jugak sedikit sebanyak. Sempena dengan minggu tu antara tetamu yang akan datang ialah si Angkasawan tu, tak tau la hari apa dia nak mai.. Aduh mulalah bertambah kerja-kerja Dya..op;
Oklah sampai sini ja, nak mula karang Laporan LI.

Monday, October 20, 2008

KETIKA

Ada pelbagai perkara yang sedang dipikirkan, dan perlu tindakan segera untuk dilaksanakan. Tapi bila sampai waktunya, ada saja yang membuatkan keinginan perlu dilupakan, samaada kerana cuaca seperti petang tadi ataupun kerana diri yang akan mengubah keputusan di saat akhir. Semakin dekat masa untuk tamat latihan industri, sebarang persiapan untuk menyediakan buku log belum ada. Walau sepatah perkataan pun belum dimulakan lagi. Bila hendak mula menaip patah perkataan yang pertama, tidak tahu apa yang hendak ditulis terasa kosong saja otak kepala ketika itu, ditambah dengan mood yg kacau bilau tanpa sebab dan disertai kemalasan yang melanda, oleh itu, niat untuk menaip buku log latihan industri akan terkubur untuk hari itu. sehingga sekarang dan waktu ini dya masih tidak lagi memulakan walaupun sebaris ayat sebagai pendahuluan untuk buku ini. Yang ada hanyalah
love monkeyAYAT AYAT CINTA...love monkey
haha tak tau dah, yg tu saja dok terlintas kot kepala..

Tengahari tadi ada "open house" anjuran UPEN dan gabung sekali dengan BPTM, tapi terasa tak seronok langsung sbb Dya tak berapa mengenali mereka(staf2 dan pegawainya..) Tapi kerana rasa tak selesa, cubalah jugak sedaya upaya menyesuaikan diri, walaupun terasa macam nak terus cabut jer dari situ. Hidanganya banyak, ada lontong ,satay, nasi tomato, ketupat, nasi impit, laksa dan macam-macam lagi, tapi Dya just minum dan makan kuih bahulu dan kek jer.. (TAK TAU NAK MAKAN KALAU ORANG RAMAI-RAMAI..KEKOK)huhu

Tuesday, October 14, 2008

RUMAH TERBUKA AIDILFITRI NEGERI PERLIS

Sambutan Aidilfitri peringkat Negeri Perlis telah diadakan pada minggu lepas iaitu pada tanggal Sabtu, 11 Oktober 2008, bertempat di Tapak Pasar Malam, Stadium Utama, Kangar Perlis. Pada hari itu jugak, staf-staf Kompleks Dewan Undangan negeri dikehendaki bertugas, samaada menjadi pengawas, pemantau atau di bahagian perkhidmatan hidangan makanan. Dya jugak tak terlepas daripada untuk bertugas pada hari tersebut. Dya bertugas sebagai pemantau khemah Dun Bintong, iaitu untuk memantau segala perjalanan hidangan makanan kepada tetamu-tetamu pada hari tersebut. Dya bertugas sebagai pemantau di khemah Dun Bintong bersama dua orang lagi pegawai BPTM. Iaitu En.Saffuan selaku ketua dan kak Ti dan Dya sendiri.Pas yang digunakan pada hari sambutan

Pagitu pergi dengan kak Ti dalam pukul 9.00 pagi sampai kat stadium, janji sebenarnya dalam pukul 8.30 pagi kena ada kat sana, tapi biasala janji melayu..
Masa sampai tu Kak Ti ajak pekena roti canai tu dulu, kat khemah Exco. Kira ok la roti canai tu sedap gak. memang favorite Dya pon kalau roti canai tu disiram kuah sekali kat ats roti tu.

Antara gambar yang sempat diambil sebelum pulang

_

gambar tak banyak cerita pon tak banyak bukan pe gambar tak sempat nak ambik. Tu yang rasa tak da benda nak cita lebih-lebih nie. Tapi kalau diikutkan ramai jugak yang datang haritu. Secara jangkaan kasarnya, seramai 70,000 orang yang dijangkakan akan hadir. Tapi memandangkan tempat atau kawasan tu besar jadi tak nampak sangat orang ramai yang datang. Seperti sebelum ni, majlis ni diadakan di kediaman MB. Tapi kali ni dah beralih tempat. Kawasan yang diperuntukkan untuk majlis ini memang selesa. ye la harus selesa untuk makan.
Dya balik masa tu dah pukul 1.44 tgh. sepatutnya majlis nie berlangsung sampai pukul 3.00 petang, tapi kerana mals nak tunggu dya dan kak Ti dah rancang untuk balik awal. Tapi bukan cabut camtu jer, dah cakap dengan En.Saffuan, dia cakap ok pastu kami cau je la..
hari tu Dya paling banyak makan ialah aiskrim walls, aiskrim tu jugak merupakan antara sajian pada haritu. Rasanya dalam 5 mangkuk jugak la, Dya makan haritu. adela lagi nie yang banyak nak tulis. Tapi kemalasan melanda. So, takat nie je la.

Thursday, September 18, 2008

MAIN SERBU JER!!

Ni ada lagi satu post berkenaan dengan latihan industri.
Hari isnin lepas kebetulan dyana cuti, haritu adela sebab yang "private and confidential", nak dikatakan cerita boleh la pulak lecturer Politeknik TuankuSyed Sirajuddin datang pulak melawat hari tu.. wah gawat la jadinya. Tapi dyana tak tahupun haritu ada lecturer datang melawat sebab tak de sape call bagitaupun.. gitu lah ceritanya.
Keesokan harinya, hari selasa, dyana pegi keje macam biasa, sampai pagi tu Cik Am ada cakap yang semalam rasanya ada lecturer dyana datang, tapi dia pun tak pasti betul ke tak sebab masa kejadian tu tak de sape pun kat ofis hehe..
Dyana pun buat keje cam biasa la haritu semoga dengan harapan diorang tak datang lagi harinie sebab dyana belum kemaskini lagi buku harian LI, dan juga harinie tak de sorang pun pegawai kat sini sebab semuanya meting kat bilik gerakan kompleks pejabat kerajaan.
Nak dijadikan cerita jugak, tiba-tiba diorang datang harinie.. Tak nyempat-nyempat.. tapi tak pe la dyana dpat setlekan hal nie.. adela jugak gugup sebab buku harian tu..pastu diorang ada jugak tanya macam mana dengan LI, dyana cerita je la apa yang dyana buat kat sini. Macam-macam tokok tambah, klentong sikit-sikit, pastu diorang pun dah nak balik, time tu diorang ada tanya kenal tak dua orang pelajar poli gak, mana la dyana nak kenal. Pastu teringat kat Afif dengan Fakhrul yang buat LI kat sebelah ofis nie kat Kemas, bagitau la kat lecturer tu, pastu diorang soh tanya sebab lecturer yang sama nie dah jumpa ngan diorang semalam, oh baru la tau rupanya budak 2 orang nie dah jumpa ngan lecturer poli tapi tak cakap ngan dyana.
Pastu g la fon Afif tanya dia kenal tak budak poli yang 2 orang lagi tu.. Dia cakap tak kenal.. Erm tak pelah.. pastu dia ada cakap lagi, semlam dia call dyana tak dapat masa nak buat lecturer tu datang. Ooohh sekarang dah teringat rupanya Afif la yang fon dyana sampai miscall ada gak la dalam 11 kali tu.. Kebetulan semalam(isnin) 1 hari fon dyana mogok bateri.. Dan dyana pulak ada kat hospital temankan baby..
kesimpulan ceritanya..Afif ada call dyana untuk maklumkan kedatangan lecturer pemantau sewaktu diorang datang untuk jumpa dyana sekali tapi, malangnya fon dyana kehabisan bateri, walaupun dyana tahu ada 11 miscall tapi dyana still tak tahu itu no sape dan malas nak chek kat buku fon.. Gitula..ceritanya lecturer politeknik melawat studentnya tanpa warning terus main serbu jer.... tak nyempat nak siap karpet merah..hehe

Friday, September 05, 2008

UPEN puas hati

setelah hampir dua minggu menyiapkan dan menunggu pengesahan untuk design kulit depan buku Perangkaan Sosioekonomi Negeri Perlis 2007, dari UPEN, petang semalam dyana mendapat persetujuan bahawa design itu akan diterima oleh mereka.
Tetapi sebelumditerima oleh mereka sebelum ini berbagai kerenah yang terpaksa dyana hadapi. sudahla terpaksa membuat rekaan itu dengan memerahkan kepala otak sendiri, tiba-tiba banyak yang direject pulak dan terpaksa dibuat semula. nak atau tidak dyana terpaksa menurut jugak sebabnya dyana hanyalah seorang student praktikal di sini. Dan malas nak membantah. Ada saja yang tidak dipuaskan hati oleh pengarah dan juga pegawai UPEN itu. Kadang-kadang terasa macam sakit hati deperlakukan begitu. sudahla tidak diberitahu design yang bagaimana diperlukan tetapi bila dah siap ada sahaja komennya. semuanya dilakukan hasil perahan idea sendiri,ada juga terasa stress. Tapi bila terasa stress waktu tengah buat tu, dyana berhentilah sekejap, ambik nafas cari idea dulu, pastu baru teruskan balik.
buat design ni perlukan masa, tambahan lagi bila guna perisian adobe photoshop cs2.
kesabaran, idea dan juga ketelitian perlu ada untuk menghasilkan sesuatu design yang sempurna, kemas dan menarik.
Lastly, semalam waktu dyana perlu membentangkan design itu di bilik mesyuarat UPEN, ada juga kesalahan, pastu ingatkan nak betulkan time tu jugak sebab just font silap taip dan nak buang blending option.
TAPI TIBA-TIBA sahaja semua font tu di"lock", entah sebab apa... pastu selepas beberapa saat baru teringat, dyana buat semua design tu guna adobe versi cs2, kemudian masa nak bentang pakai laptop dell adobe nya versi 7.0!! alamak memang masalah nie. yang kat ofis tu punya trial dan mmg dah habis tempoh dah. pastu depan pengarah tu cubalah buat2 pandai koonya boleh buat time tu, last pengarah tu tanya "lama tak nak buat balik?" apa lagi dyana cakap je la ambik masa jugak. so dia cakap pergi buat kat ofis. Hah..legalah sikit. balik ofis terpikir macam mana nak buat pakai versi 7.0 nih. dah lah masa study pakai cs2, kena jumpa balik pengarah tu bg design kat dia pukul 4.30 time tu dah pukul 3.00. sempat lagi nih, balik ambik laptop kat rumah. apa lagi dyana terus memacu je motor wave warna hijau tu milik abg ipar untuk ambik laptop.
balik je ofis terus buat. dah la puasa memang letih sangat sangat. sengsara dibuatnya.
selepas betulkan semua yang macam diorang nak, masa ada lagi ingat nak try ubah latar belakang dia dari warna biru tukar jadi warna merah, blurkan dia sikit. dah tadi diorang cakap warna biru nampak cam barisan nasional, ceh ada saja nak mengena aku. senang aku letak warna merah biaq merah biji mata depa. lamala jugak buat tu. tengok2 jam dah pukul 4.30 ptg, mampus satu bala pulak kalau kang pengarah tu bising kasi kat dia lambat. dah la tak print lagi.

lepas siap print, pergi la pejabat UPEN kena panjat lagi ke tingkat 4 baru la jumpa pejabat nya. fuhh!! penat tak terkata. Nak kata apa?. Apa pun tak kata la..
masa masuk ofis upen tu diorang tengah meeting tak habis-habis lagi. masuk la dalam bilik meeting diorang tu bagi la 3 kertas design yang berlainan 2 warna biru 1 lagi warna merah.
Nak tau yang mana depa minat? depa minat yang warna merah tu dengan alasan nampak lebih menonjol la, apa la... ada saja.
selepas tu balik ofis dengan hati yang gembira sangat sebab diorang dah terima walaupun dengan banyak songehnya.. apapun GUD LUCK untuk diriku sendiri. time tu ingat satu ja.. memang dahaga sebab dekat 8 kali naik turun tangga.
pastu ni nak terus balik sebab dah pukul 5.00ptg. nak pi tolong abang ngan kakak niaga kat pasar ramadhan taman kemajuan. PUTU PIRING import dari Putrajaya..hehe

Friday, August 29, 2008

AKU PUAS HATI

anak itik
sepanjang minggu ini merupakan hari-hari yang paling dya rasakan sangat seronok
sebabnya minggu ni merupakan antara minggu yang paling banyak kerja dya dapat.
dan lagi satu semunya nak segera. dahla kerja yang diberi tu agak mencabar tapi takpela.
kerja yang dya dapat untuk minggu ini adalah yang berkaitan untuk dya membuat rekaan. contohnya buat kulit buku&buat buku atur cara. memang sepanjang minggu ni dyana sangat sibuk. hinggakan sampai tak sempat nak baca berita terbaru pun. masa pula dirasakan amat cepat berlalu. sedangkan kalau dulu sejam yangb berlalu terasa amat lama sekali. masa seperti mencemburui apa yang sedang dyana lakukan. sepanjang minggu ini juga dyana selalu sahaja tak sempat keluar makan tengahari, sebab byk kerja nak kena siapkan. jadi kalau balik, alamat tak siapla keje tu, dah la nak segera..
dyana juga telah diberi gelaran designer oleh en. irham(saja bergurau) kerana kerja yang selalu buat ialah design macam-macam.. designer untuk BPTM..ha.. lawak.. bahagian pengurusan teknologi maklumat sepatutnya buat benda berkaitan teknologi ni apa ntah, macam2 design dyana kena buat.hehe
tapi takpa la boleh menimba ilmu. walaupun dya tak kreatif hasil kerja dyana diorang terima.. its ok. dyana dah puas hati.
hari ni BPTM dah jadi macam pusat percetakan..hehe
dah la tadi kena siapkan buku aturcara sambutan ambang merdeka pastu kena print 300 salinan. fuuyooo!!! banyak gila... tu tak masuk yang salinan khas untuk VIP lagi, raja lagi, mb.. sebenarnya kalau nak ikut kena buah 3oo buah buku atur cara. satu buku atur cara kena guna 2 helai kertas, print depan belakang. laman depan bukuaturcara ambang merdeka 2008
design:nurdyana abd rahman

jadi kalau ikutkan kena semuanya lebih kurang 1000 salinan la campur semua sekali. oleh sebab kerana nak buat salinan banyak sangat, dyana buat keputusan untuk guna dua printer sekali gus.. kalu tidak mana sempat sebab time ni dah pukul 3.00 lebih camtu(kurang periksa) haha.. bermaharajalela nampaknya. sebenarnya tempat yang dyana duduk sekarang ditempatkan satu meja khas yang memang dah ada, dengan sebuah pc. pc yang dyana pakai sekarang nie.. dihubungkan dengan 2 printer HP Laser Jet 5100 PCL 6 dan HP Colour Laser Jet 5550 PCL 6. Networking kat sini(BPTM) boleh diakses ke semua kompleks kerajaan negeri. dah nama pun bahagian pengurusan teknologi maklumat..mesti la dapat buat semua tu. nanti sambung len ada keja banyak rasa nya balik lewat lg ni. la pun dah kul 5.00ptg aduh... nanti kat rumah sambung hehe..
minggu ni aja dah beberapa hari balik lewat. sebelum ni time baru masuk asyik merungut keje tak dak. la ni keja berlambak sampai tak sempat nak makan tengahari dan time petang plak balik lewat dari orang lain. tapi besh giler... tak tau pasaipa tapi dyana memang suka. sebab tak tension pun enjoy je time buat benda nie. masa buat buku aturcara tadi yang tolong kak ila la.. pagawai laman web tu. dia la banyak dok pebaik2 tunjuk sikit2. member praktikal lain buat dono je.. cuma syaza la ada jugak bantu masukkan kertas kat printer. mau tak nya mana sempat nak kejar dua printer yang berjalan sekali gus. nasib baik printer tu kat belakang dyana je. kat situ senang ofis kecik je jadi nak apa senang capai tolak je kerusi dah sampai tak yah jalan pun haha..
tak sangka kan buku aturcara yang dya buat tu akan dibaca oleh semua jemputan sambutan ambang merdeka pada malam 31 ni nanti. termasuk la dif-dif kehormat, menteri besar, dan juga raja muda sendiri, yang hadir pada malam tu. wah bangga gila tu. walaupun atas buku atur cara tu ditaip disediakan oleh bahagian pengurusan teknologi maklumat tapi dya bangga sebab yang tu hasil kerja dya. acara yang akan diadakan disenaraikan oleh jabatan protokol perlis. (sape yang nak tau acara ambang merdeka ni boleh tanya dya). tapi merdeka tahun takde bunga api. kereta berhias pun takde. just nyanyi2 lagu patriotik jer...
mesti syok sapa yang dok kat tempat dya. walaupun bila time ada keja tu banyak sampai bertimbun2 tapi best sangat.
tadi balik kat pukul 6.00ptg la jugak. sebab time tu baru siap. dan time dok print yang last tu jugak la printer HP Colour Laser Jet tu buat hal. colour tak mau lekat pulak.. aduh dah la time tu tengah print salinan yang last untuk raja.. tup-tup dia jadi camtu. tanya la kak ila awat jadi camtu, takkan raja murka kot..hehe.. pastu dia tanya kat en.saffuan, pastu ntah pa tah yang en.saffuan dok ketuk2, pastu print dah ok sikit.
tadi masa dok buat tu pegawai yang 3 orang u pun turut tak balik sama. bukan pa kalau depa nak balik pun dya tak kisah, tapi depa still nak tunggu gak.. no,hal lah..

time dok buat keja tu tadi ada jugak dengar bajet 2009 kat radio internet. pak lah bagi bonus RM 1000 dan buat sapa yang guna eletrik kurang dari RM 20 akan dapat percuma ja.. tak yah bayar. so tunggu apa lagi sama-samala kita jimatkan eletrik..hihi
apapun buat kakitangan kerajaan walaupun dapat RM1000 bonus baik dari tak dapat langsung, so jangan merungut ucap alhamdulllah kerana dilimpahkan rezeki.
ok kat situ je post harini. gambar buku aturcara nanti dyana upload.

Wednesday, August 27, 2008

MENGUJI KEWIBAANKU

Semalam atau pun pada 26-8-08, hari yang menguji kebolehan aku sebagai seorang pelajar it yang pernah belajar subjek multimedia. Sehari sebelumnya dyana mendapat satu tugasan daripada kak ila merupakan seorang pegawai bahagian laman web di Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat pejabat setiausaha kerajaan negeri Perlis.

Kak ila memberi tugas itu pada 25-8-2008, malangnya tugas itu diminta siapkan pada besok hari.
Melalui makluman dari kak ila, tugas ini datangnya daripada Unit Perancangan Ekonomi Negeri(UPEN). Sepatutnya tugas ini dilakukan oleh kedai atau syarikat yang menguruskan design, tapi malangnya last minit baru tugas ini diberi kepada BPTM, bahagianku.
Pada hari pertama menerima tugas ini, dyana still lagi relaks sebab time tu tengah ketandusan idea, jadi masa itu dihabiskan dengan melayari internet, juga maklumat yang dyana dapat pula diberi lebih kurang dalam pukul 3.00 ptg camtu..
Pada esok hari, dyana pun mula mencari idea untuk melaksanakan tugas yang diberi. Tugas yang dyana dapat ialah untuk mereka satu design kulit buku untuk UPEN.
Semua idea perlu datang dari dyana sendiri.. Inilah yang jadi masalah kerana dyana bukannya seorang yang kreatif, masalah utama yang membelenggu skrg ialah kurangnya idea. Bukan kurang, memang takde idea langsung nih..
So sekarang apa yang perlu dyana buat adalah cuba dan terus mencuba, supaya akhirnya dyana mendapat idea untuk membuat design nih..
Hasil design ni nanti dyana postkan sebab benda tu ade kat ofis skng kat rumah hehe...


apa yang kurang ya.. ada tu yang kurang haaha..

Ok hari last yang pengarah Upen nak design ni adalah hari ini iaitu 26-8-2008. Dyana akhirnya dah siapkan 3 design. Setelah susah payah memikirkan idea untuk menyiapkan design tu akhirnya design tu siap jugak pada jam 4.55 petang.
Tapi yang malangnya bos aku datang, tengok jer muka dia mmg ada rasa tak puas hati dekat riak muka wajahnya. Tapi dia tetap kata ok walau dia nampak cam tak berminat dengan design yang aku buat tu.dia cakap pergi je tunjukkan dulu. Aku tahu sbab apa aku pun tak puas hati..haha..
Dah last minit baru dapat dan baru buat kerja ni la akibat dia.. Tapi tak pa aku lebih suka buat kerja last minit sebab apa, daya kreativiti aku tercabar time tu sebabnya aku ni jenis yang tak boleh buat kerja ada orang tengok tambah2 lagi bos sendiri, time tu 3 orang pegawai atasan bahagian aku ada sekali sebab time tu sepatutnya waktu balik tapi aku disuruh buat semula design yg aku buat tadi sebab puan pengarah UPEN tu tak puas hati setelah aku memanjat tingkat 4 untuk ke jabatan UPEN untuk menyerahkan design yg telah aku buat untuk diorang. Dengan rasa tak puas hati dia suruh aku buat sekarang jugak dan hantar padanya sekejap lagi, padahal waktu tu dah pukul 5.05 petang. Apapun aku kembali ke ofis aku dan cakap dengan 3orang pegawai aku tu, aku kena buat balik sekarang jugak.
Dengan rasa agak sedikit kesian mungkin bos merangkap penyelia aku iaitu pengurus BPTM, en.
Saffuan, berkata padaku "dyana saya mintak maaf ye.."
alamak aku terasa pelik la bila seorang bos cakap macamtu. So aku terus cakap kat dia "it’s ok la." lagipun aku tak kisah, dan tak marah pun walaupun aku sedikit kecewa sebab hasil kerja design aku yg pertama boleh dkata kena reject.
Tapi aku suka sebab aku kena tumpukan perhatianku dan ada orang yang menantikan hasil kerja aku.. Bermakna aku ni penting jugak..haha
kalau ada yang nak tahu aku nih lagi suka kena buat lagi design ni, dalam hati aku gelak je sorang-sorang.hihi..ntah sebab apa aku memang suka sangat buat keja tu walaupun aku tahu aku nih bukan kreatif sangat.
Lagipun aku ni bukannya designer pun. Aku just belajar perisian adobe photoshop tu basic je... Yang lain semua aku teroka sendiri. Tapi tak pe aku suka kerja yang mencabar. Petang tu jugak pukul 6.00 macam tu aku pergi pejabat UPEN tu balik dan serah pada pengarah dia. Tapi aku still tengok muka dia pun cam tak puas hati lagi. Tapi aku tak kisah aku still boleh senyum lagi. Sebab apa firasat aku mengatakan bahawa design tu tak cantik haha..

Pelik sungguh perangai budak ni anak sapa ni ha.....

Time tu aku Cuma terpikir satu je... Ingat senang ke orang atasan nak tengok hasil kerja yang tak seberapa yang aku buat tu dan design yang aku buat tu jugak akan digunakan untuk buat buku diorang untuk dibaca oleh ramai pegawai. Aku jugak nak ada orang yang anggap aku ni sebahagian daripada diorang jugak.


Banyak yang kata pengarah upen tu kalau dia nak sesuatu benda, sampai pukul 12 tgh malam pun dia sanggup tunggu. Diorang dah ada pengalaman sebab tu kata cam tu hehe.. Oleh itu, aku tak kisah kalau aku kena buat lagi design tu pada haritu jugak. Tapi terpikir kesian pulak kat 3 orang pegawai aku tu dah la rumah diorang jauh2 kang tak sempat nak gi ambik anak pulak.
Lepas aku serahkan design tu kat pengarah tu dia cakap nak aku buat yang lg ok. Dia cakap yang satu serabut. Walaupun aku dah serahkan 3 design yang berlainan. Tapi ok lah janji dia terima yang aku bg tu sudah, esok kira lain.

27-8-2008
ok pagi tadi aku dah mula cari idea untuk buat satu design yang lain, malas dah nak guna yang kemarin. Ada la try untuk sesuaikan gambar, tapi semua tak menjadi. Pastu en.saffuan datang dan dia cakap kalau boleh letakkan gambar DUN dewan undangan negeri sebagai watermark(latarbelakang). Aku pun try la cari gambar DUN tu yang lawa-lawa sikit. Pastu kak ila cakap dia ada gambar DUN. So aku amik yang dia punya jadi ubah sikit2 dan juga letak gambar buah anggur oleh sebab si pengarah UPEN tu nak ada gambar ladang anggur. Jadi ladang aku cari tak dapat aku letak je buah anggur. Sama jugak hehe..tadi pengarah tu siap fon, cakap yang dia nak sebelum tengahari.

2 design ni diterima dan akan dimaklumkan

Jadi pukul 11.45 pagi aku dah siap buat terus aku hantar kat pengarah tu. Kali ni aku bagi 2 design kat dia. Dia belek2 cam puas hati je. Pastu dia kata nak maklumkan kemudian. Hah.. Pastu legalah aku..abis dah satu cabaran haha... Aku turun tangga tingkat 4 bangunan tu pun lega la sikit. Sebenarnya pejabat UPEN tu tak jauh pun kat dalam kawasan yang sama gak pusat pentadbiran kerajaan negeri, tu yang boleh jalan kaki tu. Cuma bangunan je yang lain-lain.
Balik je ofis, kak ila tanya, macam mana. Aku cakap apa yang pengarah tu cakap kat aku je..
So untuk kak ila thanks bebanyak kerana bantu dyana..hehe
buat my bos en.saffuan thanks sebab belikan nasi lemak katanya sebab aku kena balik lewat kemarin, hehe..tak taula betul ke tak.. Dan kepada en. Irham beri sokongan dan mempermainkan@mengusik saya sepanjang sy buat design tu..hehe
anda semua best....layannnnnn

Friday, August 15, 2008


baner yang dya buat sendiri untuk BPTM suk negeri

percaya tak?? haha jangan tak percaya baner nie dya buat sendiri tau... bukan susah tapi susah jugak la... tension buat menatang nie.. asyik nak pi kot len ja. ada kadang-kadang geram jugak sebab tak cantik, tapi geram punya pasal, last-last siap jugak benda nie

Friday, July 25, 2008

APA NAK JADI DENGAN LAPORANKU..

adoi... ni lagi satu masalah ni..
laporan aku dah buat..
bos aku hilang.. macam mana nak ambik sign dia nie...
aku ingatkan petang ni dia takpi mana..tup-tup lepas solat jumaat dia fon bgtau dia nak pi buat visa waa... mati aku macam nie..pagi tadi dia nak pi mesyuarat segan nak kacau takut dia sibuk..
pastu petang pun dia lesap lagi...
politeknik ni pun satu awat nak suruh amik sign bos aku 2 minggu sekali,
ambik sign aku sudah la..haha
ni nak buat macam mana ni?
laporan aku dah siap. bagi aku dah ok la tu.. aku tak mau la nak kelentong banyak sangat dalam tu..
aku tulis apa yang aku buat ja.. yang hari aku takdak keja tu aku tak tulis senang..ni kalau dia tak masuk alamatnya minggu depan la..
hai la....bos awat selalu hilang..
dah la tu kalau nak menghilang tu bagila satu dua keja kat pekerjamu yang takdak keja ni.. tak la dia dok buat tak ketahuan hala macam ni..

LAPORAN


kepala otak aku tengah pening nih tak tau nak buat macam mana.. hari ni kena amik sign penyelia merangkap bos aku kat buku laporan LI. tu bukan masalah.. tapi yang jadi masalah nya sekarang buku laporan aku tak lengkap sebab aku takdak keja yang aku buat sepanjang 2 minggu ni oleh itu aku tak tau la nak tulis apa dalam laporan tu.. lagi satu bos aku ni tak reti ka nak bagi aku keja apa pun tak pa janji jangan suruh aku cuci longkang dah la bab tu takdak kena mengena ngan apa yang aku blajar dalam bidang IT nih..

aku nak meluahkan perasaan taktau kat sapa dan dimana.. ya allah tolonglah daku..
kalau nak ikutkan masalah aku ni nampak bukan cam masalah.. tapi kalo orang tu yang alami memang masalah.. ada ka patut dari first time aku masuk, satu keja tetap pun dia tak bagi.. adala satu dua keja tu, cuma taip maklumat guna microsoft word je.. dalam 2 minit dah siap bab sikit jer..yang tu just cam bantu sikit-sikit je

nasib aku la kot..lecturer tolong saya..waaaa sy tak tahan lagi nih..
ingat nak mengadu je kat lecturer tapi serba salah pulak takut nanti dia fon tanya bos aku nape student dia takde keje?
mampus aku.. haha..
nama bos aku ni en.saffuan jawatan dia tinggi jugak
memang tabik la kat dia
pangkat dia kat suk ni ialah pegawai bahagian teknologi maklumat.. slalu meting kat dalam dan luar pejabat.. dia memang sibuk tapi staf dia aku la kan satu keja apa pun tarak.. cubala dia kasi keja kat aku sikit agar aku tak jadi orang separuh mereng camni..waaaa dugaan nih..
sekarang ni dia tak dak lagi pi meting ngan sapa ntah..
aku ingatkan buat LI kat sini dapatla keja banyak sampai bertimbun-timbun tapi ni satu apa pun takdak..aku ni bukan tamak tapi aku suka kalau aku ada keja banyak sampai aku depresure pun takpa.. ntah la mungkin aku ni spesis lain dari yang lain tapi aku suka camtu..
dulu kalau time kuliah aku suka simpan assingment banyak2 pastu last minute baru aku buat dengan kekalutan yang amat sangat dan time tu jugak aku punya idea datang menjunam-junam..haaa
inilah kehebatan aku yang terlampau hebat..suka buat kerja last minit..
sapa dapat pekerja macam aku mesti best sebab kalau nak keja aku siap on the spot aku leh buat.. haha mesti tension sapa yang jadi bos aku..

Thursday, July 24, 2008

MASUK LI

salam...dah lama rasanya dya tak update blog nie..
bukan pe baru jer masuk keje. oopss latihan industri la.. alah takdak bezapun..
cam biase ingatkan masuk keje nie best la boleh blajar bende baru tapi sampai sekarang tak buat pe pun ish ni yang tak best ni
selama 2 mingu datang keje aku just posing2 tengok pc mengadap 8 jam satu hari mau mereng gak otak tu..
tapi nak buat macam mana nak tanya nak buat keja ape malu pulak..
dah tu last2 aku dok saja macamni.. dah takdak keja rasmi tu yang cari keja rasmi nie.. adoi pening2.. nak tulis benda apa dalam buku laporan nie.. takkan nak tulis pelatih tak dak keja so pelatih buat keja sendiri..waaa lawak plak bunyinya.. ish ni dah 2 minggu nie??
serabut kepala otak aku.. bagila something aku buat tak la aku dok buat sibuk padahal takdak benda yg sibuk pun..
ooh tidak.

ni yang lecturer aku cakap aritu memang betul kalo masuk je mesti ade benda yang jadi masalah.. kalo diberi keja tak tau nak buat tu masalah kalo tak dak keja nak buat tu pun masalah gak.. abis tu macam mana.. alamak tak dapek eden nak nolong..
tapi ingat pesan lecturer jangan cakap tak tau cakap saya kurang arif<<>> walaupun tak tau jangan kata tak tau supaya orang tak pandang rendah kat kita ..pastu kata lagi kat depa kalu cik sudi tolonglah tunjukkan pada saya.. cantik ayat aku haha..
lagi satu orang banyak pandang rendah kat pelatih politeknik ni maklumla bukan universiti..
hal ni aku dah mula terasa time sekarang ni dah berlaku pun..
ni yang aku tak berapa selesa nie.
tapi bak kata aku haha.. abaikan je lah.. tunjukkan yang kita boleh sama taraf dengan budak u nih.. manusia gak so lambat atau cepat kita boleh sama taraf dengan sesape yang kita nak..

ok la sampai sini dulu dah takde idea nak post ape kat sini...salam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...