Showing posts with label life. Show all posts
Showing posts with label life. Show all posts

Monday, August 13, 2012

5 days to go..dak sabar










selamat pagi, salam sejahtera, and good morning..morninggg and morninggg..
Wahh, pagi ni Dya bukan main ceria lagi... (mood sampai awal ke ofis..wahaha). Pagi nie awal je Dya nak merepek kat sini kan.. ye la mana taknya, sedar tak sedar tinggal 5 hari je lagi... hehe NAK RAYA LA..
Tahu tak macam mana senang dan gembiranya hati nie.. walaupun persiapan raya tak la semegah dan semewah mana, tapi yang penting keikhlasan dan kenikmatan kita menyambutnya, betol tak? 
Biar jawab sendiri..
Aah Betol-Betol.

Sesi Dya Cakap-Cakap!!
Nak cakap, nak bagitau, dan nak habaq nie.. Dya n family punya persiapan raya tahun nie, boleh kata tak bersiap pun, Dya tak tahu kenapa? Dulu kalau tahun2 lepas selalu  seminggu nak raya persiapan semua dah ready dah.. tapi tahun ni muram semacam. Ntahlah, mungkin sebab tahun nie Dya kat sini(keje), dulu time menganggur dan masa belajar slalunya Dya yang beria-ria belikan itu ini untuk ayah bunda adik dan persiapan rumah. Memang dah hujung-hujung ramadan nie memang tak lekat kat rumah la, buat persiapan raya, beli kueh raya, baju raya ,raya dan raya. Dalam kepala nie untukkk raya je... Tak sempat nak pikir benda lain.
Tapi tahun nie lain la, mood dari awal ramadan sampai sekarang asyik berubah-ubah je, kadang naik bosan pon ade. Persekitaran yang tak baik mungkin mendorong mood yang tak betul nie.. Terasa nak balik rumah ayah dan bunda je. Aahh.. rindu nya.. Rindu setengah mati..

Alah tak dapat nak meneruskan catattan pd hari nie ade meeting...Huh awalnya meeting!!!

Dya's weather : Hot and Cold from the morning..

Thursday, August 09, 2012

Disiplin Di Pagi Hari

Pagi nie kekalutan dan kekabutan menyelubungi diri. Sudah pagi-pagi lagi dah stres semacam... macammane la life sampai ke petang nanti kalau pagi-pagi lagi dah buat hal.. Tekanan perasaan yang cukup melampau..
Bangun lewat, jalan jem memang menambah kekusutan dan mendorong kepada kelewatan hari nie 7 minit, itulah akibatnya apabila waktu punch card adalah sebelum 7.30 pagi, ape la nak jadi Cik Dya sorang nie.. hehe 
Bulan depan Harus BERTUKAR masuk 8.00 pg ye...("o")

KeAngkaraan menyiapkan kuih raya semalam, menyebabkan punch card Dya merah pagi nie... Erm.. mana tak nya dalam bulan ni dah tiga kali merah, yang syoknya berbaris je merah nyer.. mula la otak Dya merah skali..
Kali pertama, ok ambik ttangan cc, kali kedua pun sama, kali ke-3 dah malas, mana taknya merah je.. TAPI merah tu terlambat 3 minit je pun...ishhh macam nak ketuk je mesin punch card(x tau namanyer) tu. Tapi silap sendiri mengaku je la...

Itulah bunda selalu pesan malam-malam jadik burung hantu, pagi-pagi bangunya pukul 1. Haish... Nasib baik la terBangun pagi tadi kalau tak, erm tak tahu la... 
itulah nie semuanya salah siSemprit dan siAlmond Tu.. 
Orang lain buat kuih awal-awal malam Dya & akak buat kuih start nya pukul 11.00 mlm, cuba la imagine pukul brape nak siap kuih tu.. aduh letih la..
Dya sebenarnya MEMANG tak suka nak buat kuih raya yang moden nie, yang guna buttercup segala tu.. Tak tahu la kenapa, so Dya cuma nak tolong bakar n susun kuih je la, Dya memang tak suka kalau yang kena uli-uli tu..
tapi dengan perangai my sis yang macam hape tuh, mengarah orang je keje dia, pakse rela Dya buat je la. 
Atas dasar hormat seorang adik kepada kakak kan..kan..
Tapi separuh daripada kuih tu jugak nak bawak balik kampung kita, jadi ok la.. No hal punye..
TAPI kalu buat kuih tengah malam buta, tu apa ke halnya nya.. Penat Mengantuk mengiringi proses pembakaran kuih.. Adoiii..

Dah kalau boleh malam nie nak buat kuih awal sikit la yer my sis, supaya esok saya tak merah lagi ok...


Saturday, April 16, 2011

Aku Sudah Terlanjur

Ya Tuhan, apa sudah jadi...
Aku masih harap belum terlambat..
Aku sedar apa yang aku lakukan tapi aku tetap alpa..
Sudah..
Aku mahu tamatkannya disini..

Aku sendiri tergugat untuk menulis disini..Dengan tajuk entry seperti itu.. Aku belum pernah meletak tajuk entry seperti itu dan ini kali pertama..
HaHaHaHa.. jangan dok pikir yang bukan-bukan ye....
SUDAH!!

Tahu kah dikau apa yang sudah terlanjur aku lakukan??
Pada tanggal 18-4-2011, Isnin, aku bakal menduduki final exam, yang terkandung didalamnya adalah 2 subjek 1 pada sebelah pagi dan 1 lagi pada sebelah petangnya. Human Computer Interaction(HCI) dan Object-Oriented Programming, 2 subjek yang agak mencabar.
TAPI!!
Aku masih lagi disini menghadap lappy ku sejak dari tadi..
Aku telah terlanjur waktu, ingatnya tadi hanya mau sebentar saja menhadap lappy, ingin update facebook dan berbelog serta mengunjungi teman blogger. Sebentar aku sejak dari pukul 2.00tgh tadi sampai sekarang 11.45mlm..
Banyak yang aku perlu baca nie...aduh mengeluh tak berguna,pergi la stuuuuudyyyyyy...
Ya Tuhan..
Tunggang tebalik dunia aku..yoyoyo;
apa nak jadi aku pun tak tau..nie masih sempat nak buat entry post kat sini...
ADUH!!!!
Dyana <<WAKE UP>> PhotobucketPhotobucket Photobucketlaksanakan tanggungjawab anda sebagai seorang pelajar...
Dunia semua ini...
cibuk nihTO MY FREINDS!!cibuk nih
TOLONG KASIK IDEA CEMANA NAK FOKUS STUDY???

Friday, April 15, 2011

Brain and Mind

blueroses
kalau bisa hujan itu membasuh semua punca masalah,
masalah yang ada,
aku pingin hujan yang lebat,
agar aku dapat hilangkan semua beban,
yang meruntun hati dan diri,

Telah lelah jiwa ku menanggung semua ini,
tapi,
apakan daya,
aku manusia biasa,
yang tak bisa lari dari masa dan alah,

Kalau bisa aku pingin hujan yang lebat,
membawa masalahku menyusur sungai dan pantai,
dibawa arus hingga ke laut,
dialun ombak ke laut dalam,
agar aku,
bisa bebas dan bersenang-senang,

Tapi sayang,
hujan yang lebat bisa saja hilangkan lelah,
tapi,
juga bisa mendatang musibah,
jika hujan tak henti-henti mencurah,

Itu aku,
manusia diciptakan Allah,
diberi kesenangan juga musibah,
ada masa kau harus beralah,
ada masa kau dihimpit masalah,
ada masa kau harus berubah,
ada masa kau menerima hadiah..

Jadilah manusia hebat,
yang tak bisa digugat
tak pernah lelah walau digempur hebat,
tetap usaha tak pernah kalah,
menyerah hanya pada yang kuasa.


Monday, April 11, 2011

Penentu Usaha dan Doa


Dah lama aku bersembunyi di balik pokok "nyok", alasannya adalah kerana aku tersangat malas, untuk meng"update" belog aku, kira-kira semenjak banjir yang melanda tempat aku.. Tapi rumah ku selamat masih dilindungi oleh YANG MAHA ESA.
Selepas banjir tu pulak aku diserang dengan pelbagai virus, aku ingat aku sangatlah kebal tapi haha... aku tetap jugak kalah pada demam dan flu yang agak menyusahkan hidupku sampai sekarang.. Kata ayah itu disebabkan daripada kejadian banjir tempoh hari, angin dan cuaca yang tidak bersih katanya..Tapi ok sebab sakit menghapuskan dosa kecil...

Photobuckethuuuhhh keletihan nie.. petang nie masih ada lagi test Algo yang perlu aku hadirkan diri.. berat rasanya.. inilah satunya subjek yang aku rasa paling susah abad ini.. tak lepas bernafas bila aku teringat subjek nie.. apapun insyaallah ini adalah kelas terakhir semester ni, mulai minggu depan 18-April aku harus berhempas pulas dengan minggu Final Exam.. Gerun je aku dengar.. Tarikh keramat tu buat aku tak tido lena(tipu je tuuu...hihi)

Tak kisah la yang penting aku akan study sehabis mungkin, sedaya upaya aku untuk dapatkan pencapaian terbaik dalam final exam aku nie...cibuk nih
Aku punya style.. tak mungkin punya study awal, last minit baru study, sebab yang tu yang nak masuk dalam kepala otak aku nie..kalu awal-awal nanti serabut..haha..

statement muka tebal..
erm;erm;
to my freinds and freinds
wish me luck ok...


Monday, April 04, 2011

Life Instructions



kalau hidup bisa diaturkan
sebegini rupa ,

tak perlu punya otak
untuk berfikir,
dan
tak perlu punya hati
untuk dimengerti..

Monday, March 14, 2011

Mata Kenapa Kau

Salam petang..
Sudah 3 jam masa berlalu dan sejak itu juga hujan yang turun lebat dari tadi tidak mahu-mahu berhenti. Entah sampai bila. Hari ni aku bertekad untuk menginap di Poli. Banyak kerja perlu aku selesaikan. Dah lama aku menangguh kerja aku, assignment, projek, Database, Algo, Os, OOP, dan HCI dah mula bertimbun.
Tapi petang ini, dengan cuaca begini, kesejukan menusuk sampai ke tulang hitam, selimut sudah ku tarik sampai kehujung kepala cuma jari jemari aku untuk menaip dan mata aku saja yang kelihatan, sejuk rasanya macam berada di puncak.. Yaa mungkin juga sebab aku berada di kawasan berbukit dan berhutan jadik kawasan ini lebih sejuk dari tempat lain. Hujan masih lagi lebat, tarian air hujan yang mencecah bumi, turut membuatkan mataku semakin layu, walau ketika aku sedang mengarang buih-buih kata ini. Mood juga turut berubah, selalu petang seperti ini mood ceria saja yang ada padaku tapi sekarang telah berubah menjadi sentimental...


Mata oh mata kenapa kau siksa aku begini tak mampu ku melawan, banyak lagi tugas aku sebagai seorang pelajar harus ku laksanakan sebelum aku bercuti. Terpaksa juga aku laksanakan semasa aku di sini, jika pada masa aku bercuti, tak kuyakin untuk ku gagahi bagi menyiapkan semua itu.
Jadi izinkan aku melelapkan mata dan dibuai mimpi buat seketika..


Sunday, February 20, 2011

Life Aku, Kau, Dia & Kamu"Student"



Pic ni macam kena je dengan "life"Cik Diyana sekarang ni... Kadang-kadang tu lepas bangun tido pun menghadap bende ni dulu sebelum mandi...haha.. Nak tahu part mana yang paling Cik Diyana suka part yang "go home"tu hehe...

Gambar kredit untuk
BudakBotak

Wednesday, January 19, 2011

Majlis Kesyukuran&Ulangtahun Kelahiran

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Usaha untuk menghiasi rumah "orang kecil (OK)" telah tamat dengan jayanya.. Oleh itu OK sekarang berasa sangat senang hati.. Dah banyak template yg OK cari, Tapi buat masa ini OK rasa "cat" yang sesuai dengan mood telah dipilih..Di masa hadapan OK belum tahu lagi..

Sekarang OK akan mulakan dengan entry terbaru untuk koleksi Taman Hati(blog) OK.

Pada 3 Dis 2010(lama da..) hasil dari perbincangan dari family Diya, kami telah setuju untuk buat 2 majlis tersebut pada hari yang sama. Majlis "Belated Birthday Atiq" di siang hari dan Majlis bacaan yasin pada sebelah malamnya.
Alhamdulillah dengan berkatNya, kedua majlis tersebut berjalan dengan jayanya. Terima kasih pada jiran tetangga yang banyak membantu. Hari tu walaupun sibuk tetapi Diya tetap enjoy.. Bukan selalu orang ramai2 nak datang rumah kita...Family Diya besh sangat kalo suasana yang meriah kat rumah. Alhamdulillah lah sebab semua tetamu yang dijemput semua nya datang.. Pada sebelah malam waktu bacaan yasin pon ramai yang hadir..terima kasih semua..







Tuesday, January 11, 2011

Pindah Memindah

Serabut otak melihat rumah baru buat masa sekarang, pening jugak la nak dekokan laman rumah baru nie..
Buat sementara waktu, diminta bersabar ye untuk para penginap sementara, jamu mata sikit aje la yer..
Kemungkinan rumah baru ini akan siap sepenuhnya dalam tempoh kurang dari 1 minggu(haha lamanya...) Al-maklumlah buat sementara waktu nie tuan rumah mengalami sakit gigi+sakit tekak(apa kaitan dgn tangan..hihi) dan memerlukan rehat yang cukup..
Sampai ketemu lagi bah...

Thursday, December 23, 2010

Outing ke Outgoing

Perjalanan cerita nya macam ni, nak dikisahkan adala beberapa orang kawan aku yang telah mengambil kesempatan atas niat baik ku ini..haha(gurau je). Selasa yang lepas my member ajak la aku hantar diorang pegi ke mana tu, KWSP la, bank la, guardian la, watson la, kedai mas pon ade...(sabo jela) T maklum la diorang semua kayo-kayo.. aku ni ape jela kayu je... hik..hik Nak tahu sebab pe diorang mintak tolong ngan aku? Sebabnya aku ni baik..haha, takdelah.. Aku de bawak transport ke Poli so aku pon dengan perasaan kesian tolong la diorang ni..hehe. Kalau diorang ambik teksi, pergi je (Pauh-Kgr) dah RM20, kalau pegi balik dah berapa? Aaa..cubola kira sendiri yo... Pokoknya nak ke mana pon takpe aku akan bawak korang pergi... yang penting....... APA YANG PENTINGGG!!! Toup minyak keta aku hehe... aku bukannya nak buat duit pun, tapi biasalaa.. aku pun pakai loan mak bapak aku je..mana mampu nak support minyak nak bawak korang jugak... mati kering aku haaa...

Maka berbekalkan sebijik eh sebuah kot, keta wira milik bapak aku yang dipinjamkannya pada aku(sbb bapak aku dah beli keta baru..hihi) aku pun bawak la diorang tuk menunaikan hasrat masing-masing. Aku muatkanlah 5 orang termasuk aku jadi 6 kedalam keta..mcam tin sardin cap King jugak lah..budak2 nie..hehe (sapa soh nak ikut..haha)


Meh, sini aku perkenalkan yang dok tepi aku tu namanya Hasnidar,nie orang KL tau... nasib aku la..dia dok kat tepi aku..diorang cakap aku bawak laju..tapi aku rasa cam biasa ja.. aku mmg nak puji si Has ni..kalo kat tepi aku tak payah susah2, dia akan cakap bila nak behenti, bila nak ketepi.. mereng gak la otak aku...
ok yang kat blakang tu terdiri daripada Miza ngan Sheila, dua org nie dari Sabah,yang muka cam "Chinese look" sikit tu... kesian dua orang nie jauh-jauh datang sebab nak belajar, tak macam aku tempat belajar 10 minit je dari rumah.. (ermm..lama jugak tu drive..hehe). Wana dari Perak(nie roommate aku) si Wana nie badan dia kecik aje..kalau nak dibanding aku 1/3 pun aku rasa blum tentu..kah..kah,makannya sama banyak ngan aku tapi badan dia tu macam lagu Amy Search aje Isi dan Kulit(ntah betul ke tak), dan Shira Dari Alor Setar.

Inilah gelagat kami waktu kat dalam keta, tengah "drive pon boleh bgambar lagi sampai tak nampak keta kat depan dah jauh...best jugak la keluar dengan diorang nie...

Friday, December 17, 2010

JUMAAT 17 DEC 2010

Sorylah sebab dah taktahu tajuk apa nak letak..malas nak pikir letak je la tajuk yang kat atas...
So, dengan lafaz doa makan, tersebutlah alkisahnya...pagi tadi aku dah ter"miss" satu kelas Database coz sebenarnya aku tak tahu masa dah ditukar, asalnya pukul 3.00ptg dah jadi ke pukul 8.00pg, ermm..sebenarnya tu akibat kecuaian aku jgak.. aku kalau dah balik ke rumah memang akan selalu meng"anak tirikan" fon aku. Yang sebenonye aku tak dengar bunyi fon sbb fon tu di"vibrate"kan(lupa nak tukar balik). Wlaupun ada dua fon tapi kedua-duanya tak boleh diharap (ke tuannya???) Biarlh aku nak nyesal tunggang langgang pon dah tak guna, biar jadi pengajaran di kemudian hari. Cik Mime minggu depan je la saya gi kelas cik yer...(mmg muka tak malu)hehe
Jumaat
Aku memang suka hari ini, antara sebab yang baik aku suka, hari nie merupakan penghulu segala hari..(itu mmg fakta yer..sbg umat islam harus tahu tu)
Aku juga paling suka hari ni dengan niat aku la...
1. kelas habis awal dari yang biasa....coz kena gi masjid solat jumaat
2.last day untuk aku balik rumah...haha (walaupun dah lama dok kat poli masih lagi nak cepat je balik rumah)
3. besok tu cuti lagi... aku mmg suka hujung minggu(walaupun jadual untuk hujung minggu hanya "lepak kat rumah"je..)
Aku ni, orang nampak je cam baik(baik le sangat), tapi yang sbnrnya dalam masa aku kat poli banyak jugakla aku buat rules sendiri... lantak aku je, sememangnya salah seperti aku cabut dari poli cam tu je.. tak penahnye nak outing...(ada aku kesah), tapi aku takut jugak kalu kantoi makan tak habis namanya.. Aku rasa aku adalah manusia paling payah, nak tahu sebab apa? Aku paling susah sekali nak ikut peraturan, ada je yang aku tak setuju, lagi, aku paling ak suka dengan komitmen cotohnya macam sekarang aku terikat dengan poli, dengan jadual kelas, tapi kalu dengan orang tu lain cerita, tapi buat masa skng ni belum lagi la..haha(tak do yang sudi..dan eden pon tak hendak lg..buet menghabiskan boras ajo, takdo nyo pekdah..)

Sebelum aku menutup alkisah aku yang ntah papo tu hari nie.. untuk perhatian sesape jelah yang mengenali, ada sorang lecturer dari jabatan It Ptss yang akan bertukar dan mungkin tak kan mengajar lagi dah.. sedey la dah lama kenal dia dari aku buat sijil lagi, skng baru je nak ngam dengan subjek yang dia ajar dah nak pindah pulak...isk..isk..isk(sedeylah!!) tengoklah bila-bila aku make la story...cont..

Tuesday, December 14, 2010

Study ke Main-Main..

Banyak benor sejak kebelakangan ni nak cetak2 je kat sini.. tapi tak berapa nak sempat sebok je memanjang(betul ker...ermmm) Nak tahu aku sebuk ke tak, apekata kita review sikit.. untuk kos aku cuma ada 5 subjek je. setiap subjek max masa 2 jam, satu hari ada 2 subjek kadang2 satu subjek aje... huhu banyak jugak ye masa aku fre.. Kemanakah masa aku menghilang setiap hari...(berpikir sejenak)

Adakah aku ni pening...oh mungkin tak, cuma aku punya banyak sangat otak yang tengah berfungsi memikirkan banyak hal(banyakla sangat) Whateverrrr...
Apa yang aku rasa sekarang nie, aku macam tengah bercuti je kat poli ni(buat masa nie la), study tak tension langsung..g kelas boleh kata macam main2 jer..kejap ada kejap takde(cam chipsmore la pulak)mungkin selang waktu yang lama antara kelas2 aku tu yang buat aku rasa macam tu..emmm takpela tu buat masa ni je, aku rasa, nanti belum tahu lagi. we wait and see la ye...

Kadang-kadang aku rasa macam tak terurus je hidup aku ni..kejap kat sana kejap kat sini. Dan aku perlu waktu untuk membereskan beberapa hal yang ada sekarang ni. Yang aku sedar(yang tak sedar lain cerita) sepanjang bulan ni saja aku punya perbelanjaan sangat meningkat, naik pening aku memikirkannya.. banyak yang aku kena habiskan antaranya(jeng..jeng..jeng).... toup minyak keta hari2(toup fon jarang2), bil broadband....,....,...eh takkan yg tu je... apsal aku rasa banyak je yang dibelanja.. oh kos awal2 study...itu tak termasuk kos utk diri sendiri lagi... sebenarnya banyak yang aku gunakan tapi untuk yang berfaedah je lah... sebab mak aku selalu cakap berjimat semasa ada, masa takdak tu takla sengkek sangat,(paham ke, buat2 paham je la) Tapi mak selalu kata, kalau nak diikutkan banyakmana duit pun takkkan pernahnya nak cukup,kecuali kena pandai la uruskannya.. ok mak i follow youuuuu....hehe

will be cont...soooooonnnnn....

Tuesday, December 07, 2010

Siapa Yg Harus Berubah!!

Banyak persoalan yang bermain di otak aku sekarang.. Yang mana satu aku nak kejar, study atau hidup aku yang happy.. kalau betul semua aku nak (tamak betul kan). Aku dah bertekad nak buat betul2 untuk 3Semester pengajian aku ni, tapi tak tahulah sampai mana aku boleh bertahan. Antara keliru dan takut. Aku sebenarnya berperang dengan diri aku sendiri. Yang mana aku harus ada usaha 200% berbanding dengan org lain untuk mencapai apa yang aku nak. Sebabnya otak aku ni lambat proceed sikit(berkali2 kena buat baru faham..mmg payah). Tapi masalahnya sekarang godaan hidup yg aku rasa lebih happy (walau bkn semuanya) lebih menarik minat aku bebanding utk aku tumpukan fokus aku pada study. Aku tahu siapa yang harus berubah,tapi aku masih mahu bertanya soalan itu(kerna aku berharap jika dunia ini boleh berubah mengikut kehendak aku alangkah bahagianya) dan itu tak mungkin berlaku.

Satu fakta tentang diri aku, aku tak pernah mendapat sesuatu dengan mudah, walau apapun ia,aku harus berusaha melebihi usaha sesiapapun jika aku mahu menggengamnya.

Hidup telah mengajar aku pelbagai perkara tapi aku selalu alpa dengan kegembiraan yang sementara, kerana aku ingin semuanya. Bagi aku, aku tak mahu melepaskan walau satu detik pun perjalanan hidup aku. Aku merasa hidup ini terlalu singkat untuk aku lepaskan. Tapi aku tidak boleh terlalu tamak untukpunyai semua itu dlm satu masa. Aku harus berkorban.

Thursday, December 02, 2010

Sabar je Lah...

Hari ke3yg mletihkan. Kem Laluan Kecemerlangan @ lebih kpd orientasi untuk hari ke3 berakhir agak awal tapi still meletihkan lagi.Apa tidaknya kehulu hilir dibawa berlari. Rasanya kalau berjalan dari Pauh ke Kangar pun dah sampai..haha.
Kali aku dapat lagi melanjutkan ilmu aku ke peringkat lebih tinggi,Diploma seperti yg diimpikan oleh ayah.Thanks ayah sebab doakan kakchik, and for my bunda juga.
Lebih menguntungkan apabila aku mendapat poli yg sama ketika Sijil dulu. Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, aku dtg sbg pelajar lagi.

Mata dah mengantuk, badan dah sakit..so nak rehat dulu...

Saturday, July 24, 2010

Ermm..Something..

First post,selepas lama membatukan diri...malam ni tergerak hati nak mulakan sedikit coretan disini sebagai pembakar semangat menulis kembali...
ermm..sebenarnya sekarang tengah sakit kepala sangat2..nak tido pun tak bisa... so sambil menyembamkan muka dibantal sempat lagi tuk menulis disini. Tulis pun dah tak betul dah...Abis kepala dah senget...hehe
Sakit kepala buat orang jadi tak bermaya kan...tapi nasib baik malam nie rumah takdelah huru hara sangat..kalo tak bising semacam aje.. Lega semua dah tido..

Kenapa sakit nie tak makin kurang ek? dia boleh maintain je sakit nie dari tadi...aduyaii..
Kesian tv kat depan nie, terpasang je, bukan orang yang tengok...tv yang tengok orang.. nak ditutupsunyi..takpe biau je dia terpasang....ada aku kesah...

Kalau ikut nak tulis banyak, tapi dah tak larat...nyamuk nie kacau betul la..orang ngah sibuk nie...dia pon sebuk jugak....nak kena nie...HIYAKKKKK.....mati dah...tu la len kali jangan jadi jahat...hehe...
k,da...

Friday, November 27, 2009

Atiq Tarique dan Diriku

Coretan kali ini adalah tentang kenanganku bersama Atiq. Aku dan dia bersama lebih dari 6 bulan. Dalam coretan ku yang lepas pernah aku lahirkan bagaima perasaanku jika harus berpisah dengan Atiq, kini perkara itu benar terjadi. Aku jadi serba salah memikirkan antara untuk mengikut Atiq atau bersama ibu dan ayah di pagi raya. Jadi keputusan yang aku pilih adalah bersama ibu. Ku pendamkan perasaanku sendiri terhadap Atiq. Sesungguhnya aku tak mahu berpisah dengan Atiq. Tapi aku tak dapat melakukan semua perkara yang aku mahu serentak. Aku perlu memilih.

Atiq kini kembali ke Putrajaya, adikku yang bongsu sekarang menjaganya. Tetapi bera hati untuk berpisah dengannya di malam itu. Aku berlakon lagi, kesedihan malam itu berjaya aku tutup dengan kegembiraan palsu aku. Tetapi hatiku meronta sahaja. Hanya yang tahu pasti akan merasa.
Kini setiap hari aku pilu, aku tak dapat lagi melihat wajah comel atiq yang selalunya nakal dan membuat huru hara di rumah. selama bersama denganku, tak pernah sekalipun aku memarahinya walaupun dia terlalu nakal, kerna umurnya baru sahaj setahun, semuanya ingin dicobanya.
Aku masih lagi terbawa-bawa dengan rutin harian sewaktu menjaganya, aku akan bangun seawal 5 pagi untuk buatkan susu untuk Atiq, tapi pabila aku membuka mata baru aku tersedar bahawa atiq bukan disini lagi. Setiap petang aku akan membawa atiq berjalan-jalan, tapi kini tidak lagi. Tetapi aku harap, mereka yang menjaganya, tolonglah menjaganya dengan sebaik mungkin. Bagiku dia adalah nyawaku. Bila dia tiada disisiku seolah-olah nyawa dan badanku tak lagi bersatu. Walaupun dia bukanlah anakku tetapi kasihsayangku kepadanya seluas alam cakerawala. Walaupun gelap tetapi indah..

Ini adalah kenanganku pada Atiq yang selalu ditatap apabila kerinduan mula menjelma..

Semasa Aidilfitri yang lalu




di rumah di perlis


telatah atiq



sukanya dia bermain air



ulangtahun Muhammad Atiq Tarique yang Pertama



Sayang Atiq....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...