Wednesday, October 29, 2008

KETENTUAN DUNIAWI

Hari selasa bersamaan 28 Oktober 2008, waktu ketika ini sudah beralih hari. Sepatunya hari ini perlu masuk kerja selepas hari isnin bercuti kerana menyambut Deepavali, setelah selesai iron baju pagi tadi, terasa berbelah hati untuk masuk kerja, perasaan seperti hilang hati untuk masuk kerja. Selepas seketika, membuat keputusan untuk tidak masuk kerja hari ini, ingat dihati hendak fon ke ofis pada pagi ini tapi bila mencapai fon untuk menghantar mesej dilihat report kredit tak berapa mencukupi untuk mengirim mesej sekalipun. Cuba mencari fon Celcom yang selalu diperlukan waktu-waktu kecemasan, kalau tidak selalu saja dianak tirikan oleh ku, tapi bila mleihat baki kredit jawapannya tetap sama. Jadi niat untuk memaklumkan ofis untuk Dya tidak dapat ke ofis dibatalkan. hari nie dihabiskan dengan berada didepan laptop sahaj. Bukanla ada perkara yang patut dilakukan, walaupun ada didepan mata lappy ini banyak digunakan untuk termenung dihadapannya saja. Hari ini tidak ada hati untuk melakukan apapun. Masa banyak terbuang begitu sahaja,selain pagi tadi bermain dengan Atiq Tarique dan menidurkannya kerana semlam dapat tahu Atiq tidak dapat tidur. Jadi pagi tadi menidurkan Atiq di kamarnya tapi tetap juga dia tidak dapat melelapkan mata, tidak tahu untuk bagaimana hendak menidurkannya kerana dia juga kurang sihat, teryata benar fakta ini, pelukan merupakan penawar atau terapi yang paling mujarab, kerana pelukan memberi satu perasaan sayang dan perhatian yang mendalam. Selepas seketika memastikan yang Atiq tidur dengan baik. Kembali menghadap lappy, macam biasa termenung dihadapan lappy, tak pulak rasa nyesal sebab tak masuk kerja hari nie..
Esok harap perasaan moody macam hari nie tak datang lagi..
burung

Thursday, October 23, 2008

SPEED UP YOUR FIREFOX

Dya dah try tutorial nie mmg berkesan..coba ya, jangan tidak..
Kepada pengguna Streamyx. Kelajuan boleh mencecah 5 kali bila surfing dan telah terbukti.

1. Buka firefox anda, dan taip kat address ----> about:config

2. Right click kat mana-mana pastu select New -> Integer ...... dan paste skrip berikut -----------> nglayout.initialpaint.delay .............. pastu set 0

3. tengok config tu dan scroll down sampai jumpa skrip berikut, nak mudah copy & paste kat filter

network.http.pipelining
network.http.proxy.pipelining
network.http.pipelining.maxrequests

4. double click kat situ utk tukar false tu kepada true, contohnya -

network.http.pipelining - true
network.http.proxy.pipelining - true
network.http.pipelining.maxrequests - 30

dah selesai pon.. cuba la kalau xpercaya..baik punya

restart firefox (tutup dan buka semula)

Anda test la, tengok ada perbezaan x, sepatutnya lebih pantas dari biasa.
angle kiss
dipetik dari blog

Monday, October 20, 2008

KETIKA

Ada pelbagai perkara yang sedang dipikirkan, dan perlu tindakan segera untuk dilaksanakan. Tapi bila sampai waktunya, ada saja yang membuatkan keinginan perlu dilupakan, samaada kerana cuaca seperti petang tadi ataupun kerana diri yang akan mengubah keputusan di saat akhir. Semakin dekat masa untuk tamat latihan industri, sebarang persiapan untuk menyediakan buku log belum ada. Walau sepatah perkataan pun belum dimulakan lagi. Bila hendak mula menaip patah perkataan yang pertama, tidak tahu apa yang hendak ditulis terasa kosong saja otak kepala ketika itu, ditambah dengan mood yg kacau bilau tanpa sebab dan disertai kemalasan yang melanda, oleh itu, niat untuk menaip buku log latihan industri akan terkubur untuk hari itu. sehingga sekarang dan waktu ini dya masih tidak lagi memulakan walaupun sebaris ayat sebagai pendahuluan untuk buku ini. Yang ada hanyalah
love monkeyAYAT AYAT CINTA...love monkey
haha tak tau dah, yg tu saja dok terlintas kot kepala..

Tengahari tadi ada "open house" anjuran UPEN dan gabung sekali dengan BPTM, tapi terasa tak seronok langsung sbb Dya tak berapa mengenali mereka(staf2 dan pegawainya..) Tapi kerana rasa tak selesa, cubalah jugak sedaya upaya menyesuaikan diri, walaupun terasa macam nak terus cabut jer dari situ. Hidanganya banyak, ada lontong ,satay, nasi tomato, ketupat, nasi impit, laksa dan macam-macam lagi, tapi Dya just minum dan makan kuih bahulu dan kek jer.. (TAK TAU NAK MAKAN KALAU ORANG RAMAI-RAMAI..KEKOK)huhu

Saturday, October 18, 2008

MEMANG TAKDIR

Segala yang berlaku ada sebab, punca dan jalan penyelesaian. sebelum nie post dya tentang nasib yang kurang baik yang menimpa ahli keluarga dan Dya. Tapi segalanya ah ditakdirkandan tersurat, setiap perkara yang berlaku hanya Allah S.W.T saja yang tahu apa yang akan berlaku seterusnya. Mungkin kerana ini satu pengajaran yang diberikan kepada Dya olehNya, Dya mendapat kembali helmet Dya yang dicuri pada hari isnin lepas. hari khamis lepas Dya mendapat tahu dari security guard di pondok pengawal SUK bahawa ada orang yang ingin jumpa Dya untuk mengembalikan helmet Dya. Alhamdulillah Dya sangat bersyukur mendengar berita tersebut. Masih ada harapan walaupun setelah 4 hari helmet tersebut dicuri.
Agak lama juga urusan untuk menerima helmet dya kembali. hari tu juga dya dapat tahu orang yang menagmbil helmet dya adalah seorang yang berpenyakit mental, dan bergantung kepada ubat. Haritu pulak katanya, dia terlupa untuk mengambil ubat yang seharusnya diambil, oleh sebab itu dia melakukan perbuatan tersebut. Tapi Dya tak kisah kalau Dya dapat kembali barang yang diambil dari Dya. Lelaki separuh umur tersebuat berjanji akan memulangkan helmet Dya pada hari itu juga tetapi mengalami masalah kerana telah menjualnya, ole itu Dya memberinya waktu sebelum tamat waktu kerja iaitu pada pukul 5 petang untuk mengembalikan helmet dya pada hari itu juga.
Lelaki tersebut memenuhi janjinya dan mengembalikan helmet dya pada petang itu juga. Semasa dya mendapat kembali barang kesayangan dya, dalam hati dya bersyukur kerana Allah telah mendengar permintaan dya..Alhamdulillah..
Dya memang marah kalau orang mengambil harta orang lain, tapi kalau orang itu mengembalikan kembali harta tersebut..Dya akan berterima kasih kepada orang itu.
Itulah apa yang Dya ucapkan kepada lelaki yang telah mengembalikan harta Dya itu.

Tuesday, October 14, 2008

RUMAH TERBUKA AIDILFITRI NEGERI PERLIS

Sambutan Aidilfitri peringkat Negeri Perlis telah diadakan pada minggu lepas iaitu pada tanggal Sabtu, 11 Oktober 2008, bertempat di Tapak Pasar Malam, Stadium Utama, Kangar Perlis. Pada hari itu jugak, staf-staf Kompleks Dewan Undangan negeri dikehendaki bertugas, samaada menjadi pengawas, pemantau atau di bahagian perkhidmatan hidangan makanan. Dya jugak tak terlepas daripada untuk bertugas pada hari tersebut. Dya bertugas sebagai pemantau khemah Dun Bintong, iaitu untuk memantau segala perjalanan hidangan makanan kepada tetamu-tetamu pada hari tersebut. Dya bertugas sebagai pemantau di khemah Dun Bintong bersama dua orang lagi pegawai BPTM. Iaitu En.Saffuan selaku ketua dan kak Ti dan Dya sendiri.Pas yang digunakan pada hari sambutan

Pagitu pergi dengan kak Ti dalam pukul 9.00 pagi sampai kat stadium, janji sebenarnya dalam pukul 8.30 pagi kena ada kat sana, tapi biasala janji melayu..
Masa sampai tu Kak Ti ajak pekena roti canai tu dulu, kat khemah Exco. Kira ok la roti canai tu sedap gak. memang favorite Dya pon kalau roti canai tu disiram kuah sekali kat ats roti tu.

Antara gambar yang sempat diambil sebelum pulang

_

gambar tak banyak cerita pon tak banyak bukan pe gambar tak sempat nak ambik. Tu yang rasa tak da benda nak cita lebih-lebih nie. Tapi kalau diikutkan ramai jugak yang datang haritu. Secara jangkaan kasarnya, seramai 70,000 orang yang dijangkakan akan hadir. Tapi memandangkan tempat atau kawasan tu besar jadi tak nampak sangat orang ramai yang datang. Seperti sebelum ni, majlis ni diadakan di kediaman MB. Tapi kali ni dah beralih tempat. Kawasan yang diperuntukkan untuk majlis ini memang selesa. ye la harus selesa untuk makan.
Dya balik masa tu dah pukul 1.44 tgh. sepatutnya majlis nie berlangsung sampai pukul 3.00 petang, tapi kerana mals nak tunggu dya dan kak Ti dah rancang untuk balik awal. Tapi bukan cabut camtu jer, dah cakap dengan En.Saffuan, dia cakap ok pastu kami cau je la..
hari tu Dya paling banyak makan ialah aiskrim walls, aiskrim tu jugak merupakan antara sajian pada haritu. Rasanya dalam 5 mangkuk jugak la, Dya makan haritu. adela lagi nie yang banyak nak tulis. Tapi kemalasan melanda. So, takat nie je la.

Monday, October 13, 2008

hari ini dan minggu lepas yang macam sial.

Bukannya sengaja aku nak letak tajuk beginitapi dek kerana aku tengah panas hati disebabkan ada la orang dan juga sial-sial yang tak pernah mengenal dosa pahala dan halal haram nie, membuatkan aku sakit hati. sekarang aku kat ofis tengah sakit hati disebabkan helmet kesayangan aku dicuri oleh manusia-manusia yang boleh bergelar setan-setan.Hah, aku cukup tak sangka didalam Komplek Dewan Undangan negeri nie, boleh ada pulak yang berani nak mencuri. Selalunya helmet tu aku akan bawak masuk ofis, tapi harini tergerak hati aku untuk kepitkan tapi helmet kat motor tu. pastu pukul 1.00 tgh tadi turun2 tengok, dah tak ada. Sial-sial tu potong tali helmet tu an ambik helmet tu. Masa kat bawah tu time tunggu ayah terpikir pulak sebab apa ada 3 budak-budak jantan nie buat kat parking keta kat sini. bukannya ada urusan apapun. jabatan kebajikan masyarakat pun tak ada bagi sumbangan apa-apapun harini. lepas tu pergi report kat security. tanya depa. Hampeh bukannya depa nak tau apa, yang tau mintak maaf. Bukannya boleh ganti helmet aku pun. Masa ayah sampai suruh ayah tanya kat budak2 tu, ayah tanya dok lama ka kat sini? depa boleh jawab baru mai ja kat situ. padahal aku dok kat situ dah sejam dan selama tu jugak lah depa ada kat situ. dah la cara dok dalam keta kurang ajar, kaki pun kat luar, sikit tak hormat tempat yang depa pi, padahal nie tempat pentadbiran. HAHH sial..awat la dok jadi lagu nie.. aku sayang sangat harta benda aku, tapi awat jadi macam nie. walaupun hanya sebuah helmet, tapi aku mendapatkannya dengan hasil titik peluh aku sendiri. tanpa bergantung dengan orang lain. kalau ada yang tahu isi hati sekarang nie, tak dapat digambarkan. aku rasa sakit hati, nak marah. aku tak doakan sesuatu yang buruk untuk mereka. tapi aku miinta agar allah s.w.t dapat memberi pengajaran yang secukupnya dan membuka hati mereka untuk pulangkan harta aku kembali pada aku. aku tak meminta lebih, hanya itu saja yang aku pinta. HATI AKU HILANG SABAR DAN RASA SEPERTI NAK MENGAMUK. Aku tiada nafas lagi mengenangkan barang ku yang hilang.

Minggu lepas adik aku kehilangan beg duit dan kad pengenalan serta RM100, kalau orang tak ambik mungkin waktu adik pergi cari beg uitnya masih ada lagi. tapi dek kerana celaka dan jahatnya manusia yang tidak mengenal dosa pahala ini, mengambilya. Duit itu juga adalah hasil titik peluhnya yang didapatnya selepas sebualan menbantu abang ipar berniaga putu piring dipasar ramadhan. wang itu adalah duit raya untuknya.

Ayah kemalangan semalam, nasib baik mak ngan ayah ok. dilanggar oleh ntah benda apa nak panggil kobota yang kat bendang tu, habis mampa belakang kereta pecah. suruh bayar ganti rugi banyak pulak alasannya, dah la jalan kampung tak boleh nak report, tak adil betul. hah sial... last sekali depa janji nak bayar tapi baiki kat bengkel yang depa cakap.

Monday, October 06, 2008

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin kepada semua yang mengenali diri ini.. Semoga jika ada salah silap mahupun terkasar bahasa atau terlampau cara yang tidak diingini ampun dan maaf dipinta
ikhlas dari Dyana
Terima kasih juga kepada teman-teman yang sudi datang ke rumah sewaktu dya ada buat sikit open house, thanks lah untuk Muhd Adil Asree 'and the gang' yang datang rumah dya seramai 5 orang la jugak dan juga Mira yang sudi datang walaupun cari rumah tak jumpa.. Tapi akhirnya dapat juga sampai kerumah.

Atiq dan ayahnya di pagi raya

Raya tahun ini bertambah ceria dengan kehadiran orang baru Muhd Atiq Tarique bin Mohd Saharol anak sulung bagi Haryanti dan Mohd Saharol, cucu pertama Roziyah dan Abd Rahman, serta anak saudara pertama bagi Nur Azira dan Dyana(diriku sendiri).
Kelahiran orang baru ini pada tanggal 14 September 2008 membawa sinar dan keceriaan yang baru pada Aidilfitri kali ini.
Tahun nie rutin raya Dya seperti biasa pagi raya selepas mengemas rumah untuk sentuhan terakhir sebelum semalamnya tidur hampir pukul 4.00 pagi,kerana sibuk untuk memasang langsir dan mengemas rumah secara total.. Pagi pulak tertidur terlebih sikit mungkin kerana mengantuk keterlaluan kot, tapi takpa digagahkan diri kerana ini adalah pagi istimewa pagi raya. Setelah siap rumah dikemas, diri sendiri pun siaplah didandan jugak. Pagi nie tak baju raya bukanlah baju baru pun sekadar baju yang dipakai untuk pergi kerja. memandangkan baju itu agak baru dibuat oleh emak semasa dalam praktikal. Jadi tak kisahlah.. Dya jenis yang simple. Lagipun baju yang dya pakai haritu masih nampak baru lagi. Setelah selesai, ayah dan abang pulang selepas selesai solat Hari Raya. Ayah bergaya dengan keris kesayangannya

Ayah tampak segak berbaju melayu,bersampin sedondon dan abang berbaju melayu oren++peach colour haritu.
Anak kecil yang paling malas bangun turut jugak dikejutkan oleh emak untuk dimandikan. Untuk pagi raya ni terasa malas nak mengalas perut dengan ketupat terasa lain macam pulak selepas 1 bulan puasa. Lalu ajak lah emak dan adik untuk ke rumah jiran betul-betul didepan rumah, untuk beraya juga makan juadah yang dihidang untuk pagi itu ialah nasi tomato. Rajin pulak mak cik Faridah nie buat nasi pagi-pagi raya nie..
Sekali nak pergi tu, usung sekali lah muhd Atiq tu yang ketika itu baru berumur 16 hari, walaupun tak lepas pantang lagi dah diusung kesana kemari..hehe
selepas dah mengisi perut tu..beraya dengan mak cik Faridah dan terus pulang kerumah. Sebab semua jiran lain dah pulang ke kampung pagi-pagi lagi..
Time nak kuar rumah nak balik ke Kuala Kedah rumah tok sebelah mak, baru teringat kami semua nie belum beraya lagi..hehe Sepatutnya kami beraya dulu sebelum keluar beraya dengan orang lain, tapi takpelah dah terlupa nak buat macam mana..Emak dan ayah terima duit raya dari kakak dan abang
di pagi raya

seterusnya bermula sesi beraya bersama ahli keluarga, dimulakan emak bersalaman dengan ayah,kakak dengan suaminya, dan selepas itu kami sebagai anak-anak memohon maaf kepada ayah dan emak. Masa beraya yang bestnya time tu ada jugak duit raya yang diberi oleh kakak dan abang,dah besar pun dapat duit raya lagi..(",)
Balik kampung kat Kuala Kedah semua family berhimpun kat situ. Makcik, mak su, pak ngah, pak tam, dan mak lang. Setiap kali raya semestinya keluarga sebelah emak akan berhimpun beramai-ramai, ada saja cerita masing-masing yang akan dikongsikan. Gelak-tawa akan kedengaran mengamatkan suasana rumah teres 2 tingkat di Taman Kampung Nelayan. walaupun suasananya bukanlah seperti di kampung tapi dengan berkumpul semua ahli keluarga tidak kirala dia mana pun..Hari Raya tetap meriah.
banyak makanan yang disediakan oleh tok. yang paling best sekali ketupat palas pulut hitam kegemaran ayah, sesetengah orang dan tempat saja yang tahu dan suka ketupat nie.. bagi siapa-siapa yang tak pernah mengenalinya.. cubalah cari dimana-mana, rasanya yang sedap dan lemak ditambah pulak dengan kuah kacang air tangan tok..memang sedap.
Sebelah petang, dya dan keluarga pulang ke Perlis, selalunya kalau tahun sebelumnya kami akan bermalam di sana, tapi kali ini disebabkan ada baby baru dan kakak masih lagi dalam pantang menyukarkan sikit untuk bermalam dia sana. Lagipun di sana memang dah ramai dengan anak sedara, jadi kalau bermalam di sana mungkin baby tak boleh tidur. Biasala kalau anak mak cik, 5 orang diorang tu dah macam tentera-tentera yang tengah bergempur kalau mereka ada..tak pernah duduk diam..lasak ya amat.
Malam tu tak buat apepun. sampai rumah dalam pukul 8.00, adala rasa letih jugak badan nie. Masa tengah tengok rancangan raya malam tu, planning dengan ayah nak buat open house, buat bihun sup aje, pastu ayah cakap ok . So esok tu yang datang ke rumah ramai la jugak.. Saudara sebelah ayah dan mak jugak member Adil dan Mira pun ada datang..
Sekianlah rutin Raya tahun nie..




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...