Showing posts with label sad. Show all posts
Showing posts with label sad. Show all posts

Friday, December 17, 2010

JUMAAT 17 DEC 2010

Sorylah sebab dah taktahu tajuk apa nak letak..malas nak pikir letak je la tajuk yang kat atas...
So, dengan lafaz doa makan, tersebutlah alkisahnya...pagi tadi aku dah ter"miss" satu kelas Database coz sebenarnya aku tak tahu masa dah ditukar, asalnya pukul 3.00ptg dah jadi ke pukul 8.00pg, ermm..sebenarnya tu akibat kecuaian aku jgak.. aku kalau dah balik ke rumah memang akan selalu meng"anak tirikan" fon aku. Yang sebenonye aku tak dengar bunyi fon sbb fon tu di"vibrate"kan(lupa nak tukar balik). Wlaupun ada dua fon tapi kedua-duanya tak boleh diharap (ke tuannya???) Biarlh aku nak nyesal tunggang langgang pon dah tak guna, biar jadi pengajaran di kemudian hari. Cik Mime minggu depan je la saya gi kelas cik yer...(mmg muka tak malu)hehe
Jumaat
Aku memang suka hari ini, antara sebab yang baik aku suka, hari nie merupakan penghulu segala hari..(itu mmg fakta yer..sbg umat islam harus tahu tu)
Aku juga paling suka hari ni dengan niat aku la...
1. kelas habis awal dari yang biasa....coz kena gi masjid solat jumaat
2.last day untuk aku balik rumah...haha (walaupun dah lama dok kat poli masih lagi nak cepat je balik rumah)
3. besok tu cuti lagi... aku mmg suka hujung minggu(walaupun jadual untuk hujung minggu hanya "lepak kat rumah"je..)
Aku ni, orang nampak je cam baik(baik le sangat), tapi yang sbnrnya dalam masa aku kat poli banyak jugakla aku buat rules sendiri... lantak aku je, sememangnya salah seperti aku cabut dari poli cam tu je.. tak penahnye nak outing...(ada aku kesah), tapi aku takut jugak kalu kantoi makan tak habis namanya.. Aku rasa aku adalah manusia paling payah, nak tahu sebab apa? Aku paling susah sekali nak ikut peraturan, ada je yang aku tak setuju, lagi, aku paling ak suka dengan komitmen cotohnya macam sekarang aku terikat dengan poli, dengan jadual kelas, tapi kalu dengan orang tu lain cerita, tapi buat masa skng ni belum lagi la..haha(tak do yang sudi..dan eden pon tak hendak lg..buet menghabiskan boras ajo, takdo nyo pekdah..)

Sebelum aku menutup alkisah aku yang ntah papo tu hari nie.. untuk perhatian sesape jelah yang mengenali, ada sorang lecturer dari jabatan It Ptss yang akan bertukar dan mungkin tak kan mengajar lagi dah.. sedey la dah lama kenal dia dari aku buat sijil lagi, skng baru je nak ngam dengan subjek yang dia ajar dah nak pindah pulak...isk..isk..isk(sedeylah!!) tengoklah bila-bila aku make la story...cont..

Friday, November 27, 2009

Atiq Tarique dan Diriku

Coretan kali ini adalah tentang kenanganku bersama Atiq. Aku dan dia bersama lebih dari 6 bulan. Dalam coretan ku yang lepas pernah aku lahirkan bagaima perasaanku jika harus berpisah dengan Atiq, kini perkara itu benar terjadi. Aku jadi serba salah memikirkan antara untuk mengikut Atiq atau bersama ibu dan ayah di pagi raya. Jadi keputusan yang aku pilih adalah bersama ibu. Ku pendamkan perasaanku sendiri terhadap Atiq. Sesungguhnya aku tak mahu berpisah dengan Atiq. Tapi aku tak dapat melakukan semua perkara yang aku mahu serentak. Aku perlu memilih.

Atiq kini kembali ke Putrajaya, adikku yang bongsu sekarang menjaganya. Tetapi bera hati untuk berpisah dengannya di malam itu. Aku berlakon lagi, kesedihan malam itu berjaya aku tutup dengan kegembiraan palsu aku. Tetapi hatiku meronta sahaja. Hanya yang tahu pasti akan merasa.
Kini setiap hari aku pilu, aku tak dapat lagi melihat wajah comel atiq yang selalunya nakal dan membuat huru hara di rumah. selama bersama denganku, tak pernah sekalipun aku memarahinya walaupun dia terlalu nakal, kerna umurnya baru sahaj setahun, semuanya ingin dicobanya.
Aku masih lagi terbawa-bawa dengan rutin harian sewaktu menjaganya, aku akan bangun seawal 5 pagi untuk buatkan susu untuk Atiq, tapi pabila aku membuka mata baru aku tersedar bahawa atiq bukan disini lagi. Setiap petang aku akan membawa atiq berjalan-jalan, tapi kini tidak lagi. Tetapi aku harap, mereka yang menjaganya, tolonglah menjaganya dengan sebaik mungkin. Bagiku dia adalah nyawaku. Bila dia tiada disisiku seolah-olah nyawa dan badanku tak lagi bersatu. Walaupun dia bukanlah anakku tetapi kasihsayangku kepadanya seluas alam cakerawala. Walaupun gelap tetapi indah..

Ini adalah kenanganku pada Atiq yang selalu ditatap apabila kerinduan mula menjelma..

Semasa Aidilfitri yang lalu




di rumah di perlis


telatah atiq



sukanya dia bermain air



ulangtahun Muhammad Atiq Tarique yang Pertama



Sayang Atiq....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...