Friday, December 24, 2010

ChurpChurp | Social Share » The Celcom Everyone Sale is back! (Preview)

ChurpChurp | Social Share » The Celcom Everyone Sale is back! (Preview)

Thursday, December 23, 2010

Outing ke Outgoing

Perjalanan cerita nya macam ni, nak dikisahkan adala beberapa orang kawan aku yang telah mengambil kesempatan atas niat baik ku ini..haha(gurau je). Selasa yang lepas my member ajak la aku hantar diorang pegi ke mana tu, KWSP la, bank la, guardian la, watson la, kedai mas pon ade...(sabo jela) T maklum la diorang semua kayo-kayo.. aku ni ape jela kayu je... hik..hik Nak tahu sebab pe diorang mintak tolong ngan aku? Sebabnya aku ni baik..haha, takdelah.. Aku de bawak transport ke Poli so aku pon dengan perasaan kesian tolong la diorang ni..hehe. Kalau diorang ambik teksi, pergi je (Pauh-Kgr) dah RM20, kalau pegi balik dah berapa? Aaa..cubola kira sendiri yo... Pokoknya nak ke mana pon takpe aku akan bawak korang pergi... yang penting....... APA YANG PENTINGGG!!! Toup minyak keta aku hehe... aku bukannya nak buat duit pun, tapi biasalaa.. aku pun pakai loan mak bapak aku je..mana mampu nak support minyak nak bawak korang jugak... mati kering aku haaa...

Maka berbekalkan sebijik eh sebuah kot, keta wira milik bapak aku yang dipinjamkannya pada aku(sbb bapak aku dah beli keta baru..hihi) aku pun bawak la diorang tuk menunaikan hasrat masing-masing. Aku muatkanlah 5 orang termasuk aku jadi 6 kedalam keta..mcam tin sardin cap King jugak lah..budak2 nie..hehe (sapa soh nak ikut..haha)


Meh, sini aku perkenalkan yang dok tepi aku tu namanya Hasnidar,nie orang KL tau... nasib aku la..dia dok kat tepi aku..diorang cakap aku bawak laju..tapi aku rasa cam biasa ja.. aku mmg nak puji si Has ni..kalo kat tepi aku tak payah susah2, dia akan cakap bila nak behenti, bila nak ketepi.. mereng gak la otak aku...
ok yang kat blakang tu terdiri daripada Miza ngan Sheila, dua org nie dari Sabah,yang muka cam "Chinese look" sikit tu... kesian dua orang nie jauh-jauh datang sebab nak belajar, tak macam aku tempat belajar 10 minit je dari rumah.. (ermm..lama jugak tu drive..hehe). Wana dari Perak(nie roommate aku) si Wana nie badan dia kecik aje..kalau nak dibanding aku 1/3 pun aku rasa blum tentu..kah..kah,makannya sama banyak ngan aku tapi badan dia tu macam lagu Amy Search aje Isi dan Kulit(ntah betul ke tak), dan Shira Dari Alor Setar.

Inilah gelagat kami waktu kat dalam keta, tengah "drive pon boleh bgambar lagi sampai tak nampak keta kat depan dah jauh...best jugak la keluar dengan diorang nie...

Friday, December 17, 2010

JUMAAT 17 DEC 2010

Sorylah sebab dah taktahu tajuk apa nak letak..malas nak pikir letak je la tajuk yang kat atas...
So, dengan lafaz doa makan, tersebutlah alkisahnya...pagi tadi aku dah ter"miss" satu kelas Database coz sebenarnya aku tak tahu masa dah ditukar, asalnya pukul 3.00ptg dah jadi ke pukul 8.00pg, ermm..sebenarnya tu akibat kecuaian aku jgak.. aku kalau dah balik ke rumah memang akan selalu meng"anak tirikan" fon aku. Yang sebenonye aku tak dengar bunyi fon sbb fon tu di"vibrate"kan(lupa nak tukar balik). Wlaupun ada dua fon tapi kedua-duanya tak boleh diharap (ke tuannya???) Biarlh aku nak nyesal tunggang langgang pon dah tak guna, biar jadi pengajaran di kemudian hari. Cik Mime minggu depan je la saya gi kelas cik yer...(mmg muka tak malu)hehe
Jumaat
Aku memang suka hari ini, antara sebab yang baik aku suka, hari nie merupakan penghulu segala hari..(itu mmg fakta yer..sbg umat islam harus tahu tu)
Aku juga paling suka hari ni dengan niat aku la...
1. kelas habis awal dari yang biasa....coz kena gi masjid solat jumaat
2.last day untuk aku balik rumah...haha (walaupun dah lama dok kat poli masih lagi nak cepat je balik rumah)
3. besok tu cuti lagi... aku mmg suka hujung minggu(walaupun jadual untuk hujung minggu hanya "lepak kat rumah"je..)
Aku ni, orang nampak je cam baik(baik le sangat), tapi yang sbnrnya dalam masa aku kat poli banyak jugakla aku buat rules sendiri... lantak aku je, sememangnya salah seperti aku cabut dari poli cam tu je.. tak penahnye nak outing...(ada aku kesah), tapi aku takut jugak kalu kantoi makan tak habis namanya.. Aku rasa aku adalah manusia paling payah, nak tahu sebab apa? Aku paling susah sekali nak ikut peraturan, ada je yang aku tak setuju, lagi, aku paling ak suka dengan komitmen cotohnya macam sekarang aku terikat dengan poli, dengan jadual kelas, tapi kalu dengan orang tu lain cerita, tapi buat masa skng ni belum lagi la..haha(tak do yang sudi..dan eden pon tak hendak lg..buet menghabiskan boras ajo, takdo nyo pekdah..)

Sebelum aku menutup alkisah aku yang ntah papo tu hari nie.. untuk perhatian sesape jelah yang mengenali, ada sorang lecturer dari jabatan It Ptss yang akan bertukar dan mungkin tak kan mengajar lagi dah.. sedey la dah lama kenal dia dari aku buat sijil lagi, skng baru je nak ngam dengan subjek yang dia ajar dah nak pindah pulak...isk..isk..isk(sedeylah!!) tengoklah bila-bila aku make la story...cont..

Tuesday, December 14, 2010

Study ke Main-Main..

Banyak benor sejak kebelakangan ni nak cetak2 je kat sini.. tapi tak berapa nak sempat sebok je memanjang(betul ker...ermmm) Nak tahu aku sebuk ke tak, apekata kita review sikit.. untuk kos aku cuma ada 5 subjek je. setiap subjek max masa 2 jam, satu hari ada 2 subjek kadang2 satu subjek aje... huhu banyak jugak ye masa aku fre.. Kemanakah masa aku menghilang setiap hari...(berpikir sejenak)

Adakah aku ni pening...oh mungkin tak, cuma aku punya banyak sangat otak yang tengah berfungsi memikirkan banyak hal(banyakla sangat) Whateverrrr...
Apa yang aku rasa sekarang nie, aku macam tengah bercuti je kat poli ni(buat masa nie la), study tak tension langsung..g kelas boleh kata macam main2 jer..kejap ada kejap takde(cam chipsmore la pulak)mungkin selang waktu yang lama antara kelas2 aku tu yang buat aku rasa macam tu..emmm takpela tu buat masa ni je, aku rasa, nanti belum tahu lagi. we wait and see la ye...

Kadang-kadang aku rasa macam tak terurus je hidup aku ni..kejap kat sana kejap kat sini. Dan aku perlu waktu untuk membereskan beberapa hal yang ada sekarang ni. Yang aku sedar(yang tak sedar lain cerita) sepanjang bulan ni saja aku punya perbelanjaan sangat meningkat, naik pening aku memikirkannya.. banyak yang aku kena habiskan antaranya(jeng..jeng..jeng).... toup minyak keta hari2(toup fon jarang2), bil broadband....,....,...eh takkan yg tu je... apsal aku rasa banyak je yang dibelanja.. oh kos awal2 study...itu tak termasuk kos utk diri sendiri lagi... sebenarnya banyak yang aku gunakan tapi untuk yang berfaedah je lah... sebab mak aku selalu cakap berjimat semasa ada, masa takdak tu takla sengkek sangat,(paham ke, buat2 paham je la) Tapi mak selalu kata, kalau nak diikutkan banyakmana duit pun takkkan pernahnya nak cukup,kecuali kena pandai la uruskannya.. ok mak i follow youuuuu....hehe

will be cont...soooooonnnnn....

Tuesday, December 07, 2010

Siapa Yg Harus Berubah!!

Banyak persoalan yang bermain di otak aku sekarang.. Yang mana satu aku nak kejar, study atau hidup aku yang happy.. kalau betul semua aku nak (tamak betul kan). Aku dah bertekad nak buat betul2 untuk 3Semester pengajian aku ni, tapi tak tahulah sampai mana aku boleh bertahan. Antara keliru dan takut. Aku sebenarnya berperang dengan diri aku sendiri. Yang mana aku harus ada usaha 200% berbanding dengan org lain untuk mencapai apa yang aku nak. Sebabnya otak aku ni lambat proceed sikit(berkali2 kena buat baru faham..mmg payah). Tapi masalahnya sekarang godaan hidup yg aku rasa lebih happy (walau bkn semuanya) lebih menarik minat aku bebanding utk aku tumpukan fokus aku pada study. Aku tahu siapa yang harus berubah,tapi aku masih mahu bertanya soalan itu(kerna aku berharap jika dunia ini boleh berubah mengikut kehendak aku alangkah bahagianya) dan itu tak mungkin berlaku.

Satu fakta tentang diri aku, aku tak pernah mendapat sesuatu dengan mudah, walau apapun ia,aku harus berusaha melebihi usaha sesiapapun jika aku mahu menggengamnya.

Hidup telah mengajar aku pelbagai perkara tapi aku selalu alpa dengan kegembiraan yang sementara, kerana aku ingin semuanya. Bagi aku, aku tak mahu melepaskan walau satu detik pun perjalanan hidup aku. Aku merasa hidup ini terlalu singkat untuk aku lepaskan. Tapi aku tidak boleh terlalu tamak untukpunyai semua itu dlm satu masa. Aku harus berkorban.

Thursday, December 02, 2010

Sabar je Lah...

Hari ke3yg mletihkan. Kem Laluan Kecemerlangan @ lebih kpd orientasi untuk hari ke3 berakhir agak awal tapi still meletihkan lagi.Apa tidaknya kehulu hilir dibawa berlari. Rasanya kalau berjalan dari Pauh ke Kangar pun dah sampai..haha.
Kali aku dapat lagi melanjutkan ilmu aku ke peringkat lebih tinggi,Diploma seperti yg diimpikan oleh ayah.Thanks ayah sebab doakan kakchik, and for my bunda juga.
Lebih menguntungkan apabila aku mendapat poli yg sama ketika Sijil dulu. Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, aku dtg sbg pelajar lagi.

Mata dah mengantuk, badan dah sakit..so nak rehat dulu...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...