Friday, August 15, 2008

HARAPAN PINGAT...


Hanya tinggal Lee Chong Wei menjadi pertaruhan terbaik negara untuk meraih pingat pertama setakat ini selepas pemain kelahiran Pulau Pinang itu berjaya melayakkan diri ke separuh akhir
acara badminton perseorangan lelaki Sukan Olimpik.

Namun tugas berat menanti pemain nombor dunia itu apabila bakal bertemu pemain Korea Selatan, Lee Hyun-il pada pukul 6.30 petang hari ini untuk layak ke perlawanan akhir.

Rekod kedua-dua pemain ini adalah 5-5 daripada 10 pertemuan Siri Super sebelum ini namun Hyun-il memiliki kelebihan moral kerana menang perlawanan terakhir mereka pada Terbuka Korea, Januari lalu.

Diharap chong wei dapat menamatkan kemarau pingat oleh malaysia. semua atlet badminton lain telah kecundang, setelah hanya layak ke peringkat suku akhir kecuali pemain noombor dua negara ini.

1 comment:

  1. wah, dya peminat badminton ye. sapphire suka swimming dan diving juga gymnastic. badminton buat sapphire berdebar debar bila menonton. thanks yar kerana selalu singgah di blog sapphire

    ReplyDelete

say hi to me..i say hello to you toooo...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...