Tuesday, August 12, 2008

ADA HARAPAN KILAUAN EMAS


Lee Chong Wei, harapan Malaysia untuk meraih pingat pada Sukan Olimpik.
bukan saja harapan malaysia tapi harapan ku juga...
lee chong wei merupakan salah seorang pemain badminton yang palaing aku minat. corak permainannya ketika perlawanan amat mengagumkan. reaksi muka yang selambawaktu permainan membuatkan sesiapa pun tidak boleh membaca reaksinya ketika itu. dia suka ka sediah ka, tak siapa yang tahu.. bagi peminat badminton sesiapa saja menyaksikan pertarungannya di gelanggang pasti akan terpegun dengan aksi nya.. yang kadang2 juga membuatkan kita kecut perut..
tahniah juga kepada lee chong wei kerana berjaya menewaskan Ronald Susilo dari Singapura 21-13, 21-14 pada perlawanan pusingan kedua acara badminton perseorangan lelaki semalam.

Juga tahniah kepada Wong Choong Hann kerana berjaya melepasi halangan untuk melangkah ke pusingan ketiga acara perseorangan lelaki pada Sukan Olimpik XXIX semalam.
Wong Choon Hann bersorak gembira selepas mengalahkan juara bertahan, Taufik Hidayat dengan permainan terus 21-19, 21-16 dalam acara perseorangan lelaki pusingan kedua badminton Sukan Olimpik 2008 di Gimnasium Universiti Teknologi Beijing, semalam.

dengan harapan yang menggunung diharap pasukan badminton malaysia dapat meraih kemenangan pingat emas..
mesti besh....haha

No comments:

Post a Comment

say hi to me..i say hello to you toooo...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...