Wednesday, August 13, 2008

MALANG TAK SUDAH(olimpik)


Rasanya itulah tajuk yang paling sesuai buat pemain badminton negara yang sorang nie..
nak kata malang atau sengaja cari penyakit untuk choong hann, sapa pun tak tau!!
sentuhan hebatnya seperti ketika menundukkan juara bertahan, Taufik Hidayat, hilang setelah dia telah kalah di tangan pemain Taiwan. Choong Hann gagal meneruskana saingan apabila ditumbangkan lawan dari Taiwan, Hsieh Yu Hsing 21-14, 17-21, 18-21 di pusingan ketiga.
kalau diikutkan choong hann mampu untuk meneruskan perlawanan sehingga ke separuh akhir kerana pemain yang bertemunya kali ini bukan pemain pilihan dan kurang ternama.. choong hann merupakan pemain no.9 dunia gagal ditangan pemain taiwan selepas mengalahkan taufik hidayat, pemain dari Indonesia yang merupakan juara bertahan.
Keputusan itu membuatkan ramai yang terkejut kerana sebelum ini telah menjangkakan yang choong hann akan menang mudah kepada lawannya itu tapi ternyata silap.
kesimpulanyya ialah, bukan choong hann tidak boleh menang game tersebut tetapi kerana pemikiran dan standard yang telah diletakkan untuk pertarungan tersebut kemungkinan sedikt kurang. choong hann berupaya mengalahkan taufik secara straight set, dan mengapa tiba- tiba kalah di tangan pemain taiwan yang bukan pilihan merupakan satu tanda kekesalan. kita boleh mengatakan yang choong hann kalah mudah kerana choong hann adalah salah seorang pemain profesional yang juga telah diletakkan harapan tinggi kepadanya..
apapun itu semua sudah berlalu, dan tidak guna untuk dikesali. seterusnya, usaha yang terbaik. harapan sebagai salah seorang peminat sukan badminton kepada wong choog hann dan juga pemain lain tak akan pernah pudar walaupun kamu tewas... tak semua kemenangan milik kita. tetapi kalau difikirkan kita boleh..kita pasti boleh melakukan.. yang penting jangan putus asa..
"Don't take things for granted"

No comments:

Post a Comment

say hi to me..i say hello to you toooo...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...