Monday, August 18, 2008

HAJAT EMAS OLIMPIK TIDAK KESAMPAIAN

PEMAIN Malaysia, Lee Chong Wei (kiri) mengucapkan tahniah kepada pemain nombor satu dunia dari China, Lin Dan selepas perlawanan akhir badminton perseorangan lelaki di Sukan Olimpik, Beijing malam tadi. Chong Wei kecundang kepada pilihan utama itu 21-12, 21-8PINGAT PERTAMA: Lee Chong Wei bersama pingat perak yang dimilikinya selepas tumpas pada perlawanan akhir badminton perseorangan lelaki di tangan pemain China, Lin Dan, malam tadi.
SEKADAR PERAK... Hasrat Lee Chong Wei untuk menghadiahkan emas pertama Olimpik kepada negara tidak kesampaian apabila beliau sekadar meraih pingat perak setelah tewas kepada Lin Dan dalam perlawanan akhir badminton di Gimnasium Universiti Teknologi Beijing di Beijing, China, malam tadi.

“MAAFKAN saya,” menjadi perkataan pertama yang diluahkan Lee Chong Wei apabila gagal merealitikan impian emas selepas kecundang mudah 12-21, 8-21 kepada pemain China, Lin Dan pada final badminton perseorangan lelaki, malam tadi, sekali gus bermakna penantian Malaysia untuk kilauan pingat itu berterusan.
walau bagaimanapun pencapaian beliau harus dibanggakan setelah dapat melayakkan diri ke final. kejayaan yang diperolehnya hari ini merupakan hasil usaha yang bersungguh-sungguh darinya. memang kekalahannya hari ini sedikit mengecewakan, dan corak permainannya semalam kalau dilihat seperti mati langkah dan segala serangan tidak menjadi, juga ada beberapa keputusan yang tidak adil tetapi semuanya sudah berakhir. apapun kita ,masih ada peluang cuba lagi di masa akan datang, nantikan Sukan Asia Guangzhou 2010, dan Sukan Olimpik 2012 di London.
.. kejayaan pasti ada buat kita.

2 comments:

  1. Chong Wei ni memang nampak mcm kasihan kita tengok muka dia... hehe.
    Semoga Berjaya Chong Wei!

    ReplyDelete

say hi to me..i say hello to you toooo...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...