Friday, August 29, 2008
AKU PUAS HATI
sepanjang minggu ini merupakan hari-hari yang paling dya rasakan sangat seronok
sebabnya minggu ni merupakan antara minggu yang paling banyak kerja dya dapat.
dan lagi satu semunya nak segera. dahla kerja yang diberi tu agak mencabar tapi takpela.
kerja yang dya dapat untuk minggu ini adalah yang berkaitan untuk dya membuat rekaan. contohnya buat kulit buku&buat buku atur cara. memang sepanjang minggu ni dyana sangat sibuk. hinggakan sampai tak sempat nak baca berita terbaru pun. masa pula dirasakan amat cepat berlalu. sedangkan kalau dulu sejam yangb berlalu terasa amat lama sekali. masa seperti mencemburui apa yang sedang dyana lakukan. sepanjang minggu ini juga dyana selalu sahaja tak sempat keluar makan tengahari, sebab byk kerja nak kena siapkan. jadi kalau balik, alamat tak siapla keje tu, dah la nak segera..
dyana juga telah diberi gelaran designer oleh en. irham(saja bergurau) kerana kerja yang selalu buat ialah design macam-macam.. designer untuk BPTM..ha.. lawak.. bahagian pengurusan teknologi maklumat sepatutnya buat benda berkaitan teknologi ni apa ntah, macam2 design dyana kena buat.hehe
tapi takpa la boleh menimba ilmu. walaupun dya tak kreatif hasil kerja dyana diorang terima.. its ok. dyana dah puas hati.
hari ni BPTM dah jadi macam pusat percetakan..hehe
dah la tadi kena siapkan buku aturcara sambutan ambang merdeka pastu kena print 300 salinan. fuuyooo!!! banyak gila... tu tak masuk yang salinan khas untuk VIP lagi, raja lagi, mb.. sebenarnya kalau nak ikut kena buah 3oo buah buku atur cara. satu buku atur cara kena guna 2 helai kertas, print depan belakang. laman depan bukuaturcara ambang merdeka 2008
design:nurdyana abd rahman
jadi kalau ikutkan kena semuanya lebih kurang 1000 salinan la campur semua sekali. oleh sebab kerana nak buat salinan banyak sangat, dyana buat keputusan untuk guna dua printer sekali gus.. kalu tidak mana sempat sebab time ni dah pukul 3.00 lebih camtu(kurang periksa) haha.. bermaharajalela nampaknya. sebenarnya tempat yang dyana duduk sekarang ditempatkan satu meja khas yang memang dah ada, dengan sebuah pc. pc yang dyana pakai sekarang nie.. dihubungkan dengan 2 printer HP Laser Jet 5100 PCL 6 dan HP Colour Laser Jet 5550 PCL 6. Networking kat sini(BPTM) boleh diakses ke semua kompleks kerajaan negeri. dah nama pun bahagian pengurusan teknologi maklumat..mesti la dapat buat semua tu. nanti sambung len ada keja banyak rasa nya balik lewat lg ni. la pun dah kul 5.00ptg aduh... nanti kat rumah sambung hehe..
minggu ni aja dah beberapa hari balik lewat. sebelum ni time baru masuk asyik merungut keje tak dak. la ni keja berlambak sampai tak sempat nak makan tengahari dan time petang plak balik lewat dari orang lain. tapi besh giler... tak tau pasaipa tapi dyana memang suka. sebab tak tension pun enjoy je time buat benda nie. masa buat buku aturcara tadi yang tolong kak ila la.. pagawai laman web tu. dia la banyak dok pebaik2 tunjuk sikit2. member praktikal lain buat dono je.. cuma syaza la ada jugak bantu masukkan kertas kat printer. mau tak nya mana sempat nak kejar dua printer yang berjalan sekali gus. nasib baik printer tu kat belakang dyana je. kat situ senang ofis kecik je jadi nak apa senang capai tolak je kerusi dah sampai tak yah jalan pun haha..
tak sangka kan buku aturcara yang dya buat tu akan dibaca oleh semua jemputan sambutan ambang merdeka pada malam 31 ni nanti. termasuk la dif-dif kehormat, menteri besar, dan juga raja muda sendiri, yang hadir pada malam tu. wah bangga gila tu. walaupun atas buku atur cara tu ditaip disediakan oleh bahagian pengurusan teknologi maklumat tapi dya bangga sebab yang tu hasil kerja dya. acara yang akan diadakan disenaraikan oleh jabatan protokol perlis. (sape yang nak tau acara ambang merdeka ni boleh tanya dya). tapi merdeka tahun takde bunga api. kereta berhias pun takde. just nyanyi2 lagu patriotik jer...
mesti syok sapa yang dok kat tempat dya. walaupun bila time ada keja tu banyak sampai bertimbun2 tapi best sangat.
tadi balik kat pukul 6.00ptg la jugak. sebab time tu baru siap. dan time dok print yang last tu jugak la printer HP Colour Laser Jet tu buat hal. colour tak mau lekat pulak.. aduh dah la time tu tengah print salinan yang last untuk raja.. tup-tup dia jadi camtu. tanya la kak ila awat jadi camtu, takkan raja murka kot..hehe.. pastu dia tanya kat en.saffuan, pastu ntah pa tah yang en.saffuan dok ketuk2, pastu print dah ok sikit.
tadi masa dok buat tu pegawai yang 3 orang u pun turut tak balik sama. bukan pa kalau depa nak balik pun dya tak kisah, tapi depa still nak tunggu gak.. no,hal lah..
time dok buat keja tu tadi ada jugak dengar bajet 2009 kat radio internet. pak lah bagi bonus RM 1000 dan buat sapa yang guna eletrik kurang dari RM 20 akan dapat percuma ja.. tak yah bayar. so tunggu apa lagi sama-samala kita jimatkan eletrik..hihi
apapun buat kakitangan kerajaan walaupun dapat RM1000 bonus baik dari tak dapat langsung, so jangan merungut ucap alhamdulllah kerana dilimpahkan rezeki.
ok kat situ je post harini. gambar buku aturcara nanti dyana upload.
Thursday, August 28, 2008
Listen quietly to the beat of this moment
nukilan ini memberi maksud yang mendalam untuk dyana. dipetik dari filem mission kashmir
Listen quietly to the beat of this moment
In this moment is life all of it
The world of dreams is right here
Look with my eyes
A shikara floating on the waters
I saw it with your eyes
Listen quietly to the beat of this moment
Love has worked its strange magic on me
My gaze doesn’t move from your face
Only this feeling of love
A sudden gust of fragrance perfume us
And we know nothing, nothing but us
Far away the wedding music sounds
And memory becomes a bride
And on your chest I rest my head
I rest my head
I saw it with your eyes
Wednesday, August 27, 2008
MENGUJI KEWIBAANKU
Kak ila memberi tugas itu pada 25-8-2008, malangnya tugas itu diminta siapkan pada besok hari.
Melalui makluman dari kak ila, tugas ini datangnya daripada Unit Perancangan Ekonomi Negeri(UPEN). Sepatutnya tugas ini dilakukan oleh kedai atau syarikat yang menguruskan design, tapi malangnya last minit baru tugas ini diberi kepada BPTM, bahagianku.
Pada hari pertama menerima tugas ini, dyana still lagi relaks sebab time tu tengah ketandusan idea, jadi masa itu dihabiskan dengan melayari internet, juga maklumat yang dyana dapat pula diberi lebih kurang dalam pukul 3.00 ptg camtu..
Pada esok hari, dyana pun mula mencari idea untuk melaksanakan tugas yang diberi. Tugas yang dyana dapat ialah untuk mereka satu design kulit buku untuk UPEN. Semua idea perlu datang dari dyana sendiri.. Inilah yang jadi masalah kerana dyana bukannya seorang yang kreatif, masalah utama yang membelenggu skrg ialah kurangnya idea. Bukan kurang, memang takde idea langsung nih..
So sekarang apa yang perlu dyana buat adalah
Hasil design ni nanti dyana postkan sebab benda tu ade kat ofis skng kat rumah hehe...
apa yang kurang ya.. ada tu yang kurang haaha..
Ok hari last yang pengarah Upen nak design ni adalah hari ini iaitu 26-8-2008. Dyana akhirnya dah siapkan 3 design. Setelah susah payah memikirkan idea untuk menyiapkan design tu akhirnya design tu siap jugak pada jam 4.55 petang.
Tapi yang malangnya bos aku datang, tengok jer muka dia mmg ada rasa tak puas hati dekat riak muka wajahnya. Tapi dia tetap kata ok walau dia nampak cam tak berminat dengan design yang aku buat tu.dia cakap pergi je tunjukkan dulu. Aku tahu sbab apa aku pun tak puas hati..haha..
Dah last minit baru dapat dan baru buat kerja ni la akibat dia.. Tapi tak pa aku lebih suka buat kerja last minit sebab apa, daya kreativiti aku tercabar time tu sebabnya aku ni jenis yang tak boleh buat kerja ada orang tengok tambah2 lagi bos sendiri, time tu 3 orang pegawai atasan bahagian aku ada sekali sebab time tu sepatutnya waktu balik tapi aku disuruh buat semula design yg aku buat tadi sebab puan pengarah UPEN tu tak puas hati setelah aku memanjat tingkat 4 untuk ke jabatan UPEN untuk menyerahkan design yg telah aku buat untuk diorang. Dengan rasa tak puas hati dia suruh aku buat sekarang jugak dan hantar padanya sekejap lagi, padahal waktu tu dah pukul 5.05 petang. Apapun aku kembali ke ofis aku dan cakap dengan 3orang pegawai aku tu, aku kena buat balik sekarang jugak.
Dengan rasa agak sedikit kesian mungkin bos merangkap penyelia aku iaitu pengurus BPTM, en. Saffuan, berkata padaku "dyana saya mintak maaf ye.."
alamak aku terasa pelik la bila seorang bos cakap macamtu. So aku terus cakap kat dia "it’s ok
kalau ada yang nak tahu aku nih lagi suka kena buat lagi design ni, dalam hati aku gelak je sorang-sorang.hihi..ntah sebab apa aku memang suka sangat buat keja tu walaupun aku tahu aku nih bukan kreatif sangat.
Lagipun aku ni bukannya designer pun. Aku just belajar perisian adobe photoshop tu basic je... Yang lain semua aku teroka sendiri. Tapi tak pe aku suka kerja yang mencabar. Petang tu jugak pukul 6.00 macam tu aku pergi pejabat UPEN tu balik dan serah pada pengarah dia. Tapi aku still tengok muka dia pun cam tak puas hati lagi. Tapi aku tak kisah aku still boleh senyum lagi. Sebab apa firasat aku mengatakan bahawa design tu tak cantik haha..
Pelik sungguh perangai budak ni anak sapa ni ha.....
Time tu aku Cuma terpikir satu je... Ingat senang ke orang atasan nak tengok hasil kerja yang tak seberapa yang aku buat tu dan design yang aku buat tu jugak akan digunakan untuk buat buku diorang untuk dibaca oleh ramai pegawai. Aku jugak nak ada orang yang anggap aku ni sebahagian daripada diorang jugak.
Banyak yang kata pengarah upen tu kalau dia nak sesuatu benda, sampai pukul 12 tgh malam pun dia sanggup tunggu. Diorang dah ada pengalaman sebab tu kata cam tu hehe.. Oleh itu, aku tak kisah kalau aku kena buat lagi design tu pada haritu jugak. Tapi terpikir kesian pulak kat 3 orang pegawai aku tu dah la rumah diorang jauh2 kang tak sempat nak gi ambik anak pulak.
Lepas aku serahkan design tu kat pengarah tu dia cakap nak aku buat yang lg ok. Dia cakap yang satu serabut. Walaupun aku dah serahkan 3 design yang berlainan. Tapi ok lah janji dia terima yang aku bg tu sudah, esok kira lain.
27-8-2008
ok pagi tadi aku dah mula cari idea untuk buat satu design yang lain, malas dah nak guna yang kemarin. Ada la try untuk sesuaikan gambar, tapi semua tak menjadi. Pastu en.saffuan datang dan dia cakap kalau boleh letakkan gambar DUN dewan undangan negeri sebagai watermark(latarbelakang). Aku pun try la cari gambar DUN tu yang lawa-lawa sikit. Pastu kak ila cakap dia ada gambar DUN. So aku amik yang dia punya jadi ubah sikit2 dan juga letak gambar buah anggur oleh sebab si pengarah UPEN tu nak ada gambar ladang anggur. Jadi ladang aku cari tak dapat aku letak je buah anggur. Sama jugak hehe..tadi pengarah tu siap fon, cakap yang dia nak sebelum tengahari.
2 design ni diterima dan akan dimaklumkan
Jadi pukul 11.45 pagi aku dah siap buat terus aku hantar kat pengarah tu. Kali ni aku bagi 2 design kat dia. Dia belek2 cam puas hati je. Pastu dia kata nak maklumkan kemudian. Hah.. Pastu legalah aku..abis dah satu cabaran haha... Aku turun tangga tingkat 4 bangunan tu pun lega la sikit. Sebenarnya pejabat UPEN tu tak jauh pun kat dalam kawasan yang sama gak pusat pentadbiran kerajaan negeri, tu yang boleh jalan kaki tu. Cuma bangunan je yang lain-lain.
Balik je ofis, kak ila tanya, macam mana. Aku cakap apa yang pengarah tu cakap kat aku je..
So untuk kak ila thanks bebanyak kerana bantu dyana..hehe
buat my bos en.saffuan thanks sebab belikan nasi lemak katanya sebab aku kena balik lewat kemarin, hehe..tak taula betul ke tak.. Dan kepada en. Irham beri sokongan dan mempermainkan@mengusik saya sepanjang sy buat design tu..hehe
anda semua best....layannnnnn
Friday, August 22, 2008
21082008 bukan hari untukku
1. Dyana ke hospital untuk mendapat rawatan susulan untuk rawatan ketumbuhan breast lump, dyana dapat tahu diorang nak ambik spesimen untuk buat kajian. samaada benda tu bahaya atau tidak. dyana sebenarnya takut akan kesakitan jadi fikiran dyana berbelah bahagi. kalau boleh dyana tak nak tapi dyana dah cakap tanda setuju so lagi 2 minggu iaitu pada tanggal 02092008 dyana akan menjalani prose itu. doktor tu jugak ada cakap sakit la jugak proses ni tapi kenala tahan. selepas proses ini keputusan ujian itu akan siap selepas 6 minggu. dan sepanjang tempoh itu dyana akan tunggu untuk mengetahui samada ianya berbahaya atau tidak. selepas itu antara dua samada kanser atau ketumbuhan biasa. samada pembedahan atau menjalani kehidupan seperti biasa.
2. Dyana nie bukannya jenis orang yang tahan sakit, sebab tu la sekarang baru dyana buat keputusan nak buat rawatan. walaupun dyana mula sedar tentang ketumbuhan nie sejak 6 bulan yang lalu. dan perkara ini juga turut dirahsiakan drpd pengetahuan keluarga dan juga siapapun. dyana taknak diorang tahu.
3. Hari yang sama jugak iaitu 02092008 dyana akan buat ujian ultrasound untuk memastikan ketumbuhan tu di bilik x-ray hospital tuanku fauziah, kangar. dyana tak berapa suka. sebab sebagai seorang perempuan kita akan berasa malu juga,bukan sebab penyakit itu. tapi sebab yang tak dapat dinyatakan disini. apapun dyana akan cuba terus mendapat rawatan itu. tetapi andai kata doktor yang akan merawat dyana itu terdiri drpd para doktor dari kaum adam, dyana akan membuat pertimbangan semula samaada akan meneruskan@menamatkan rawatan tersebut atau tidak. kerana rasa tidak selesa untuk berdepan dengan mereka.
4. Malam tadi dyana telah membuat satu tindakan yang boleh dianggap tidak bijak. apabila tanpa usul periksa ,kurang membaca dan research, dyana telah mengaktifkan pelan untuk hotlik 365. rupanya pelan ini akan menyerap baki kredit kita sebanyak RM33.00, dan kita tak boleh menggunakan kredit itu lagi. dyana tak tahu perkara ini telah mengikut langkah seterusnya dan kemudian kehilangan RM33. akhirnya semalam dyana terpaksa topup kembali fon dyana RM30 supaya pelan 365 dapt diaktifkan. semalam dyana telah kehilangan sebanyak RM63.00 akibat tindakan yang kurang bijak ini.
5. Semalam hari yang amat menyedihkan terutama dyana akan berhadapan dengan berita yang dyana dapat dari hospital tentang rawatan yang dyana akan jalani. pada masa ini hanya seorang teman yang tahu mengenai dugaan rawatan yang akan di alami. dan dia bersama dyana semasa dya ke hospital. terima kasih teman tas kesudianmu menjadi peneman di kala aku gusar.
YA ALLAH BERIKAN AKU KEKUATAN DAN SEMANGAT UNTUK MENEMPUH HIDUP INI DAN DUGAAN DARIMU YA ALLAH.
Wednesday, August 20, 2008
Didicazli - Dambaan Cinta (OST Cinta Si Rempit)
Ungkapan kata selindung hasrat nan di hati
Andainya ditafsir terserlah makna yang tersembunyi
Renungan mata bukan pandangan biasa
Bertahun andai terjalin hingga waktu ini
Gurauan mesra menghiasi masa kita bersama
Semakin berputik perasaan ini
Kini baru ku sedari
Selama ini kau ku sayangi
Andai bukan itu hakikatnya
Mengapa rindu yang ku rasa
Mungkin tiada ku fahami
Tidak dapat ku nafikan lagi
Beban rahsia kian membakar diri
Kalimah cinta selongkar renungan dicipta
Mungkinkah dibiar terdampar
Kasih tak kesampaian
Naluri bisik bukannya dambaan cinta
Kini baru ku sedari
Selama ini kau ku sayangi
Andai bukan itu hakikatnya
Mengapa rindu yang ku rasa
Mungkin tiada ku fahami
Tidak dapat ku nafikan lagi
Beban rahsia kian membakar diri
Ikhlas ku nyatakan
Kau yang ku sayangi
Kau yang ku cintai
Walau tak mampu ku miliki
Ingin ku luahkan
Mungkin satu hari
Kan terbuka pintu hati
Dapat juga kau terima
Diriku akhirnya
Ikhlas ku nyatakan
Kau yang ku sayangi
Kau yang ku cintai
Walau tak mampu ku miliki
Ingin ku luahkan
Mungkin satu hariKan terbuka pintu hati
Dapat juga kau terima
Diriku akhirnya
Tuesday, August 19, 2008
TAHNIAH BUAT LEE CHONG WEI
dicium ibunya, Khor Kim Shooi dan dan kakaknya, Lee Mei Ching
ketawa bangga di KLIA petang semalam.
Tadi ada terbaca kat berita harian, tentang Lee Chong Wei nie. apapun tahniah buat dia kerana dapat menyumbang walaupun pingat perak ianya cukup bererti buat malaysia dan dia sendiri.
Chong Wei ni memang pemain yang bagus tetapi Lin Dan lebih bagus sedikit daripadanya. Itu saja masalahnya. dipetik dari berita harian dia berkata
KECEWA di Beijing masih terasa, namun Lee Chong Wei sudah menetapkan resipi pengubat duka - menjadi pemain pertama negara bergelar juara pada Kejohanan Badminton Dunia, tahun depan.
"Tiada pemain Malaysia pernah memenangi pingat emas pada Kejohanan Dunia dan saya berharap dapat memenanginya,". semoga harapannya berjaya.
Rumah RM6.6b 27 tingkat
KOS pembinaan rumah jutawan petrokimia India, Mukesh Ambani setinggi 27 tingkat di Altamount Road, Mumbai melampaui belanjawan membina hotel ternama dan dikenal pasti rumah termahal di dunia. 'Istana' yang dinamakan Antilla itu dijangka siap awal tahun depan. Rumahnya juga diiktiraf antara rumah termahal didunia.
Mukesh Ambani bakal menggaji 600 pekerja bagi membersih dan menyelenggara kediaman mewah 27 tingkat. Rumah itu dijangka siap pada awal Januari 2009. dan bakal diduduki oleh Mukesh dan isterinya Nita Ambani, Kokilaben iaitu ibunya serta 3 orang anak mereka.
Tanggungjawab membina rumah impian Nita dan suaminya itu diamanahkan sepenuhnya kepada firma arkitek Perkins + Wills and Hirsch Bedner yang sebelum ini diakui kebolehan mereka melalui pembangunan Mandarin Oriental Dallas dan Los Angeles.Struktur seni bina berkenaan dibentuk menerusi prinsip Vaastu yang boleh disamakan dengan feng shui. Matlamat utamanya untuk mendapatkan aliran pergerakan sihat ruang berpandukan susun atur strategik bilik, objek dan kemasan.
Kuarters keluarga yang memuatkan sebuah lobi dan menghimpunkan sembilan lif, beberapa bilik penyimpanan serta ruang bersantai terletak di aras tujuh selepas enam tingkat tempat meletak kereta untuk 170 lot parkir. Sebaik menuruni dua sayap tangga dengan selusur bersepuh perak, tetamu bertemu dewan tari menari berhias siling kristal.
Ruang ini menjadi wadah seni menerusi sisipan monitor LCD lengkap sistem pembesar suara selain dibina sebuah pentas pertunjukan.
Sesuai statusnya sebagai usahawan ternama, Mukesh sering menganjurkan majlis korporat di kediamannya. Namun, pandangan isteri dan anak-anak yang menginginkan gaya penataan menggambarkan akar umbi bangsa tidak diabaikan.
Buktinya, sinki yang dibina memanjang dari ruang santai berlanjutan ke ruang hiburan dilengkapi pawagam dan stor wine direka menyerupai daun gingko, spesies tumbuhan yang dekat dengan masyarakat India. Saliran paipnya menampilkan rekaan mirip batang daun yang 'menjalar' hingga ke sinki.
'Health level', aras yang dikhususkan untuk sukan dan riadah menempatkan patio, kolam renang, gimnasium dan studio yoga. Pasangan Ambani memenuhi kawasan patio dengan pelbagai spesies pokok tempatan.
Aras ini juga menyediakan bilik berais khusus kegunaan penghuni dan tetamu melarikan diri dari bahang cuaca kota Mumbai. Menariknya, bilik sejuk ini menawarkan pengalaman berada di negara empat musim apabila disertakan hujan salji buatan manusia.
Pada ketika cuaca nyaman, Ambani sekeluarga berpeluang menghirup udara segar yang ditawarkan empat tingkat landskap terbuka. Kayu yang menguatkan alang dan menyokong dua pertiga bahagian atas bangunan berbentuk ‘W’ mengilhamkan atrium terbuka untuk taman dan halaman.
Landskap hidroponik dan pokok bersifat kekal elemen paling rumit direalisasikan namun kewujudannya didorong dengan sebab. Keupayaan tumbuh-tumbuhan menyerap cahaya matahari dimanfaatkan menjadi sumber tenaga yang boleh diubahsuai merujuk keperluan. Menerusinya, suasana kediaman pada musim panas boleh menjadi dingin manakala ketika cuaca sejuk, suhu menyamankan tubuh.
Empat tingkat teratas dijadikan ruang peribadi Ambani sekeluarga termasuk ibunya, Kokilaben. Istimewanya ruang ini kerana menampilkan pemandangan Laut Arab dan seluruh kota Mumbai.
Fakta Menarik Antilla
-Merujuk pelan, bangunan ini menawarkan ketinggian 173.12 meter bersamaan ketinggian bangunan 60 tingkat. Namun, disebabkan Antilla memperuntukkan 27 tingkat, ini bermakna setiap arasnya dilengkapi siling berketinggian lebih tiga meter daripada ukuran sepatutnya.
-Enam tingkat tempat meletak kereta bakal memuatkan 170 kereta import tuan rumah. Turut disediakan pusat servis kereta yang ditempatkan di aras tujuh.-Tingkat lapan mengandungi pusat hiburan lengkap mini pawagam dengan kapasiti 50 orang pada satu masa.
-Dua tingkat di atas 'health level' menempatkan unit pangsapuri berdinding kaca untuk penginapan tetamu.
-Dua tingkat di atas kediaman keluarga diperuntukkan sebagai kawasan penyelenggaraan. Di atasnya pula, disediakan 'ruang udara' berfungsi sebagai bilik kawalan untuk helikopter mendarat.
4 RUMAH TEMAHAL DI DUNIA
Memang mewahkan kediaman ini. Tetapi ini tinggi sangat, memang nampak mewah tapi kalau rumahnya berada di kawasan yang lapang, luas dan semua struktur bangunan di atas tanah, seperti Villa La Leopolda,Updown Court Windlesham, Starwood/Hala Ranch,ataupun Maison de L'Amitie, rasanya lebih rumahnya tampak lagi hebat dengan keluasan berkali-kali ganda berbanding 4 rumah termahal di dunia yang ada sekarang ini.Maison de' LAmitie merupakan rumah agam yang dibeli oleh Donald Trump pada tahun 2004, dalam satu lelongan yang berharga RM 136 juta. Luas kediaman: 43,000 kaki persegi. tetapi rumah ini berada di tangga yg keempat. Dya lebih sukakan kawasan ini berbanding dengan rumah yang lainnya. Rumah agam ini dikelilingi dengan kawasan hijau yang anat mendamaikan.
Monday, August 18, 2008
PANORAMA TAKJUB BLUE MOUNTAINS
pelbagai flora dan fauna
BLUE MOUNTAINS adalah satu daripada tempat paling menarik di Australia. Terletak pada jarak 104 kilometer di Barat Sydney, pergunungan itu adalah sebuah kawasan yang mempunyai daya tarikan dan panorama eksotik lagi mengagumkan. Ia juga dikenali sebagai Australia’s Grand Canyon dengan bentuk rupa buminya dikatakan mirip Grand Canyon di Arizona, Amerika Syarikat.
Kawasan ini berada dalam lingkungan Taman Negara seluas kira-kira 200,000 hektar yang berpusat di Katoomba. Lokasinya menjadi tumpuan pelancong yang ingin melihat dari dekat bentuk rupa bumi kawasan terbabit terutama Grand Canyon. Perjalanan ke Blue Mountains dengan bas dari Sydney mengambil masa kira-kira dua jam.
HAJAT EMAS OLIMPIK TIDAK KESAMPAIAN
“MAAFKAN saya,” menjadi perkataan pertama yang diluahkan Lee Chong Wei apabila gagal merealitikan impian emas selepas kecundang mudah 12-21, 8-21 kepada pemain China, Lin Dan pada final badminton perseorangan lelaki, malam tadi, sekali gus bermakna penantian Malaysia untuk kilauan pingat itu berterusan.
walau bagaimanapun pencapaian beliau harus dibanggakan setelah dapat melayakkan diri ke final. kejayaan yang diperolehnya hari ini merupakan hasil usaha yang bersungguh-sungguh darinya. memang kekalahannya hari ini sedikit mengecewakan, dan corak permainannya semalam kalau dilihat seperti mati langkah dan segala serangan tidak menjadi, juga ada beberapa keputusan yang tidak adil tetapi semuanya sudah berakhir. apapun kita ,masih ada peluang cuba lagi di masa akan datang, nantikan Sukan Asia Guangzhou 2010, dan Sukan Olimpik 2012 di London.
.. kejayaan pasti ada buat kita.
Friday, August 15, 2008
CHONG WEI MARA KE FINAL
Kejayaan lee chong wei membuka harapan untuk malaysia meraih pingat emas.Perseorangan lelaki negara, Lee Chong Wei mencatat sejarah dengan memastikan sebutir pingat pertama milik Malaysia apabila melangkah ke perlawanan akhir badminton Sukan Olimpik Beijing selepas menewaskan Lee Hyun Il dari Korea Selatan, hari ini.
Chong Wei yang juga pemain nombor dua dunia, menang 21-18, 13-21, 21-13 dalam tempoh 62 minit pada perlawanan separuh akhir di Gimnasium Universiti Teknologi Beijing sekali gus mengakhiri kemarau pingat Malaysia dalam Sukan Olimpik sejak 2000 di Sydney.
tetapi permainan lee chong wei pada petang ini amat mengagumkan. setiap mata perlawanan yang dikutipnya adalah dengan hasil keras dia untuk berusaha menumpaskan lawan.
tdak dinafikan lawannya hari ini memberikan tentangan sengit.
tahniah buat chong wei. final pada hari ahad nanti akan mempertemukan dia dan lindan wakil dari pasukan tuan rumah iaitu lin dan.
baner yang dya buat sendiri untuk BPTM suk negeri
percaya tak?? haha jangan tak percaya baner nie dya buat sendiri tau... bukan susah tapi susah jugak la... tension buat menatang nie.. asyik nak pi kot len ja. ada kadang-kadang geram jugak sebab tak cantik, tapi geram punya pasal, last-last siap jugak benda nie
HARAPAN PINGAT...
Hanya tinggal Lee Chong Wei menjadi pertaruhan terbaik negara untuk meraih pingat pertama setakat ini selepas pemain kelahiran Pulau Pinang itu berjaya melayakkan diri ke separuh akhir
acara badminton perseorangan lelaki Sukan Olimpik.
Namun tugas berat menanti pemain nombor dunia itu apabila bakal bertemu pemain Korea Selatan, Lee Hyun-il pada pukul 6.30 petang hari ini untuk layak ke perlawanan akhir.
Rekod kedua-dua pemain ini adalah 5-5 daripada 10 pertemuan Siri Super sebelum ini namun Hyun-il memiliki kelebihan moral kerana menang perlawanan terakhir mereka pada Terbuka Korea, Januari lalu.
Diharap chong wei dapat menamatkan kemarau pingat oleh malaysia. semua atlet badminton lain telah kecundang, setelah hanya layak ke peringkat suku akhir kecuali pemain noombor dua negara ini.
Thursday, August 14, 2008
Tulang rusukku
WANITA: Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini? LELAKI: Kamu!!! WANITA: Menurut kamu, saya ini siapa? LELAKI: (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti). Kamu, tulang rusukku! Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam sedang lena tidur, Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa. Semua LELAKI mencari tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya, tidak lagi merasakan sakit di hatinya… Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuk sementara. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukan masing-masing dan kelelahan hidup yang ada. Hidup mereka menjadi membosankan. Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan cinta satu sama lain. Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai menjadi semakin panas. Pada suatu hari pada akhir sebuah pertengkaran WANITA lari keluar rumah. Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak “Kamu tidak cintakan saya lagi!!!”. LELAKI Sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara spontan juga berteriak “Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulang rusukku!!!” Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat. LELAKI menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan, tetapi seperti air yang telah tertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali. Dengan berlinang air mata, WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekad untuk berpisah. “Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi. Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing”. Lima tahun berlalu. LELAKI masih belum lagi berkahwin, tetapi berusaha mencari khabar akan kehidupan WANITA. WANITA pernah ke luar negeri tetapi sudah kembali. Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan bercerai. LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu, sepertinya. Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan merasakan sakit di hatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan WANITA. Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali. Di airport, tempat di mana banyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya oleh sebuah dinding pembatas. LELAKI: Apa khabar? WANITA: Baik… kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang? LELAKI: Belum. WANITA: Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut. Saya akan kembali 2 Minggu lagi. Telefon saya kalau kamu berkesempatan. Kamu tahu nombor telepon saya kan? Tidak ada yang berubah. WANITA tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz “Selamat tinggal…” Satu minggu kemudian, LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah seorang korban Menara WTC. Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk kopinya dan kembali merasakan sakit dihatinya. Akhirnya dia sedar bahqwa sakit itu adalah kerana WANITA, tulang rusuknya sendiri yang telah dengan bodohnya dia patahkan sendiri… |
Wednesday, August 13, 2008
MALANG TAK SUDAH(olimpik)
Rasanya itulah tajuk yang paling sesuai buat pemain badminton negara yang sorang nie..
nak kata malang atau sengaja cari penyakit untuk choong hann, sapa pun tak tau!!
sentuhan hebatnya seperti ketika menundukkan juara bertahan, Taufik Hidayat, hilang setelah dia telah kalah di tangan pemain Taiwan. Choong Hann gagal meneruskana saingan apabila ditumbangkan lawan dari Taiwan, Hsieh Yu Hsing 21-14, 17-21, 18-21 di pusingan ketiga.
kalau diikutkan choong hann mampu untuk meneruskan perlawanan sehingga ke separuh akhir kerana pemain yang bertemunya kali ini bukan pemain pilihan dan kurang ternama.. choong hann merupakan pemain no.9 dunia gagal ditangan pemain taiwan selepas mengalahkan taufik hidayat, pemain dari Indonesia yang merupakan juara bertahan.
Keputusan itu membuatkan ramai yang terkejut kerana sebelum ini telah menjangkakan yang choong hann akan menang mudah kepada lawannya itu tapi ternyata silap.
kesimpulanyya ialah, bukan choong hann tidak boleh menang game tersebut tetapi kerana pemikiran dan standard yang telah diletakkan untuk pertarungan tersebut kemungkinan sedikt kurang. choong hann berupaya mengalahkan taufik secara straight set, dan mengapa tiba- tiba kalah di tangan pemain taiwan yang bukan pilihan merupakan satu tanda kekesalan. kita boleh mengatakan yang choong hann kalah mudah kerana choong hann adalah salah seorang pemain profesional yang juga telah diletakkan harapan tinggi kepadanya..
apapun itu semua sudah berlalu, dan tidak guna untuk dikesali. seterusnya, usaha yang terbaik. harapan sebagai salah seorang peminat sukan badminton kepada wong choog hann dan juga pemain lain tak akan pernah pudar walaupun kamu tewas... tak semua kemenangan milik kita. tetapi kalau difikirkan kita boleh..kita pasti boleh melakukan.. yang penting jangan putus asa..
"Don't take things for granted"
Tuesday, August 12, 2008
OLIMPYC BEIJING MENARIK PERHATIANKU
dya memang dah tunggu lama ketibaan sukan ni..
bukan apa tengah tunggu satu sukan nie yang paling dya minat... sukan badminton. ni adalah sukan favorite dya ngan family.
apapun, acara yang paling ditunggu-tunggu telah tiba semalam yang dya tau choong han, chong wei, dan mew choo menang.. wah nie satu permulaan yang baik..
harap diorang teruskan lagi rentak permainan yang bertenaga tu.. walaupun ada perlawanan tu yang tak sempat tengok tapi dapat tau diorang menang pon dah cukup puas hati..
kalau sukan lain kalah takpa lagi, tapi kalo badminton yang kalah?? aduh sesak nafas frust gilerr..
bukanya tak sokong sukan lain, tapi dah tau dah, pencapaian atlet malaysia kurang baik berbanding atlet negara lain..
tapi kan kalau sebelum nak pi tu...semangat mak aiiii tinggi lebih dari gunung. cakap pulak bersemangat gila bila dah sampai sana, dah jadi lagu lain..
tak tau la sebab apa atlet malaysia macam tu.. diorang macam takdak semangat bila sampai time ada perlawanan.. tak tau la nak cakap..
apapun kontinjen badminton malaysia mesti menang...
satu lagi maskot fuwa tu comel-comel la..
geram tengok......nak satu!!!! >>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
ADA HARAPAN KILAUAN EMAS
Lee Chong Wei, harapan Malaysia untuk meraih pingat pada Sukan Olimpik.
bukan saja harapan malaysia tapi harapan ku juga...
lee chong wei merupakan salah seorang pemain badminton yang palaing aku minat. corak permainannya ketika perlawanan amat mengagumkan. reaksi muka yang selambawaktu permainan membuatkan sesiapa pun tidak boleh membaca reaksinya ketika itu. dia suka ka sediah ka, tak siapa yang tahu.. bagi peminat badminton sesiapa saja menyaksikan pertarungannya di gelanggang pasti akan terpegun dengan aksi nya.. yang kadang2 juga membuatkan kita kecut perut..
tahniah juga kepada lee chong wei kerana berjaya menewaskan Ronald Susilo dari Singapura 21-13, 21-14 pada perlawanan pusingan kedua acara badminton perseorangan lelaki semalam.
Juga tahniah kepada Wong Choong Hann kerana berjaya melepasi halangan untuk melangkah ke pusingan ketiga acara perseorangan lelaki pada Sukan Olimpik XXIX semalam.
OLIMPYC BEIJING 2008
同一个世界同一个梦想 (One World, One Dream. The "Dancing Beijing" emblem, depicting a Chinese seal inscribed with the character "Jīng" (京, from the name of the
host city) in the form of a dancing figure.
The official emblem of Beijing 2008 entitled "Chinese Seal-Dancing Beijing" cleverly combines the Chinese seal and the art of calligraphy with sporting features, transforming the elements into a human figure running forward and embracing triumph. The figure resembles the Chinese character "Jing", which stands for the name of the host city and represents a particularly significant Chinese style. The artwork embodies four messages:
- Chinese culture,
- the color of red China
- Beijing welcomes friends from all over the world
- to challenge the extreme and achieve the perfect and promote the Olympic motto of "Citius, Altius, Fortius (Faster, Higher, Stronger).
Friday, August 08, 2008
KEPENATAN...
hari ini setelah 3kali ulang alik ke mpk(majlis perbandaran kangar) untuk urusan tapak jualan pasar ramadhan.. ni semua gara-gara abg ngan kakak ku.. diorang yang nak meniaga aku yang susah.. apa pun takpa la janji dah settle. lagipun bukan orang lain kakak aku jugak..
alhamdulillah semua selesai..
tapi kerana benda ni.. 3 kali jugak la aku ponteng waktu kerja..haha
biaq pi la lagipun bukanya depa bayar gaji aku haha.. kakak ngan abg tunggu aku akan tuntut duit minyak ku yang kering-kotang gara-gara korang...haha
Monday, August 04, 2008
life is life
segersang pemikiran hati
terkisah ku diantara cinta yang rumit
kasih bukan sekadar cinta
pengorbanan cinta yang
agung ku pertaruhkan
maafkan bila ku tak sempurna
cinta ini tak mungkin kucegah
ayat-ayat cinta bercerita
cintaku padamu
bila bahagia mulai menyentuh
seakan kubisa hidup lebih lama
namun harus ku tinggalkan cinta
ketika ku bersujud
terutamanya maafkan aku bila tak sempurna cinta ini tak mungkin ku cegah..
walaupun aku bukannya dilamun cinta tapi maksudnya agak mengusik hati..bila mana diri dirasakan tidak sempurna tetapi perasaan cinta itu datang mengusik hati, dan tidak mampu untuk ditolak.
tetapi aku bukan orang yang sebertuah itu..kerana tiada siapa yang dapat membuka hatiku untuk mencinta atau menyayangi..sehingga kini. ini juga disebabkan oleh "maafkan aku bila tak sempurna".