Monday, March 14, 2011

Mata Kenapa Kau

Salam petang..
Sudah 3 jam masa berlalu dan sejak itu juga hujan yang turun lebat dari tadi tidak mahu-mahu berhenti. Entah sampai bila. Hari ni aku bertekad untuk menginap di Poli. Banyak kerja perlu aku selesaikan. Dah lama aku menangguh kerja aku, assignment, projek, Database, Algo, Os, OOP, dan HCI dah mula bertimbun.
Tapi petang ini, dengan cuaca begini, kesejukan menusuk sampai ke tulang hitam, selimut sudah ku tarik sampai kehujung kepala cuma jari jemari aku untuk menaip dan mata aku saja yang kelihatan, sejuk rasanya macam berada di puncak.. Yaa mungkin juga sebab aku berada di kawasan berbukit dan berhutan jadik kawasan ini lebih sejuk dari tempat lain. Hujan masih lagi lebat, tarian air hujan yang mencecah bumi, turut membuatkan mataku semakin layu, walau ketika aku sedang mengarang buih-buih kata ini. Mood juga turut berubah, selalu petang seperti ini mood ceria saja yang ada padaku tapi sekarang telah berubah menjadi sentimental...


Mata oh mata kenapa kau siksa aku begini tak mampu ku melawan, banyak lagi tugas aku sebagai seorang pelajar harus ku laksanakan sebelum aku bercuti. Terpaksa juga aku laksanakan semasa aku di sini, jika pada masa aku bercuti, tak kuyakin untuk ku gagahi bagi menyiapkan semua itu.
Jadi izinkan aku melelapkan mata dan dibuai mimpi buat seketika..


2 comments:

  1. dari karena mataa... yang mempunyai kuasa.. opss.. silap.. hehe.. caiyook

    ReplyDelete

say hi to me..i say hello to you toooo...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...