Tuesday, November 03, 2009

Coming Back!!

Assalamualaikum, sebelum membuka lembaran kehidupan yang baru ucap ikhlas dilontar dari hati.
Rasanya lebih kurang 3 bulan tak meng"open"kan minda untuk berada dia alam maya siber nie.. walau macam manapun terasa rindu nak meng"update" posting kat sini. boring jugakkan kalau tiap kali, kesini posting yang lama. Ada banyak sebab yang mengagalkan usaha untuk berada dia alam maya ini; satu sebab yang paling baik adalah, Dya terputus bekalan internet. Dya dah tak lagi menggunakan apa talian internet semenjak 3bulan lepas. Streamyx dah dipotong dan broadband jugak dah tak digunakan lagi. sebenarnya Dya gunakan internet nie pada mulanya hanya untuk tujuan memudahkan sistem pembelajaran Dya di Poli, kalau tidak ketinggalan lah Dya. And then, selepas habis Poli Dya berikannya pada akak, bukan apa rasa tak tertanggung nak membayar bilnya sebab, Dya sekarang tengah menganggur..hehe
kadang kala boring jugak bila tak boleh mengakses internet nie, banyak maklumat semasa kita boleh dapat dari sini betul tak? Nak pergi cc, sory la Dya tak minat langasung sebab tak de privacy.. so pasrah je lahhhh.. itulah sebabnya bukan sengaja tak nak update (menatang) nie..
3 bulan yang berlalu ini rupanya banyak masa Dya yang terisi, ada kala sampai rasa penat, sebab tiada masa terluang(mungkin ada cuma tak perasan kot!!) selepas musim raya berlalu, Dya sibuk menjaga Atiq, bunda, ayah dan keluarga. Tapi yang paling banyak dijaga ialah budak kecik sorang tu, yang punya akal bijak, diiringi dengan keaktifan untuk mengaktifkan diriku jua.. Best tau jaga baby, but for someone yang ada sifat keibuan la... untuk melihat telatah anak-anak. Atiq nie periang selain banyak mulut walaupun tak boleh bercakap lagi. "yah-yah, dik,babababa, dan taaaaa" itu antara bait-bait percakapan atiq yang sempat dikenang, sebab dia dah tidur. kalau tidak jangan harap lah tak de mengadap laptop nie dengan tenang. Because sesapa je yang mengadap laptop akan diganggu oleh atiq sebab dia pun nak tengok jugak..hehe
Sekarang rutin Dya dah semakin sibuk, memandangkan Dya tak de pe nak buat Dya bantu ayah untuk merealisasikan cita-citanya selepas ayah pencen nanti. Ayah nak sangat menjadi pengusaha Putu Piring kat Taman kemajuan. Kemahiran yang ayah dapat nie adalah berkat tunjuk ajar abang ipar Dya, Sarol. Thank you abang, sebab ajarkan cara nak buat putu piring pada ayah. cayalah...
Buat masa nie kitorang meniaga setiap hari dan buat kecil-kecilan aje. Ayah buat tepung dan siapkan barang niaga, Dya dengan adik uruskan di tempat niaga. Deal.. Selain daripada tu ayah cuma tunggu masa untuk besarkan lagi perniagaannya, sebab ayah tengah tunggu hari pencennya iaitu pada hujung bulan februari. Baguslah.. dah lebih dari 31++ ayah berkhidmat untuk kerajaan tapi satu anugerah pun tidak pernah diberikan kepada ayah atas khidmat cemerlangnya, jadi eloklah ayah pencen. Kata ayah baik dia sendiri yang jadi bos dan kuli. senang hati... haaa betul-betul..
And now, Dya tak saba nak tunggu result permohonan poli, macam mana la agaknya keputusannya nanti. Apapun Dya Redho'. Yang penting Dya dah ada plan B kalau plan A tak berjaya. HIDUP INI MESTI MERANCANG WALAUPUN TUHAN YANG MENENTUKAN, YANG PENTING KITA SEBAGAI HAMBA DAN KHALIFAH DI MUKA BUMI INI, TERUS BERUSAHA DAN BERJUANG MENDAPATKANNYA..

Walaupun Dya tak de sambungan internet kat rumah, tapi bagi membuktikan dya tak ketinggalan arus sosial dan permodenan, Dya berjaya juga kunjungi KARNIVAL BROADBAND, di Dewan 2020 Kangar, pada sabtu lepas... Best jugak karnival nie kalau dibuat selalu event seperti nie mesti bagus tak lah sunyi jer, tapi Dya malas nak cita banyak tentang Karnival nie. Apapun Dya tak pulang dengan tangan kosong, wajib jugak dapatkan sesuatu..hehe




Maxis Broadband, nie la yang Dya dapatkan.
Dulu dah pakai Celcom Broadband sekarang kita kasi tukar.
But have a sad story about that..

-

ramai jugak yang datang sambutannya hebat... oklah..

No comments:

Post a Comment

say hi to me..i say hello to you toooo...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...