Thursday, August 16, 2012

Attraction Raya

Raya-raya, wah harini betul -betul la rasa mood raya dah sampai..
Esok Dya dah start cuti, lagi la malam nie pulak nak bertolak balik Perlis, terasa berdebar-debar.
Mungkin sebab ini first time Dya rasa perasaan balik ke kampung untuk beraya memanga teruja.
Rindunya pada ayah dan bunda.

Persiapan raya, untuk apa yang Dya perlu dapatkan disini(Putrajaya) dah complete semuanya cuma tunggu untuk persiapan 4-5 helai baju lagi untuk ayah dan bunda, baju diorang takut nak beli kat sini, takut silap saiz. Semuanya akan disempurnakan, esok sesampainya Dya ke Perlis. Bajet untuk persiapan raya kat sana pun Dya dah tetapkan. Alhamdulillah, syukur rezeki kali nie, dapat Dya buat duit raya untuk bunda dan ayah. First time nak bagi, bunda dan ayah hasil kerja diri sendiri, sebelum nie tau mintak aje..hehe.. bahagianya rasa..

Sebelum nie, rancangan asal untuk pulang pada hari jumaat, tapi rancangan baru pulangnya malam ini... wah hebat rasanya.. petang nie  Dya tak mau masak, nak makan beli je ataupun fast food je untuk berbuka.
Kalau nak masak-masak nanti lambat pulak, ye la, masak-makan-ngemas balik.. pukul brapa nak sempat balik. Tapi kalau buat sandwich tu boleh, sebab boleh makan waktu berbuka kat dalam keta nanti. Ok. nanti tengahari Dya balik buat ok. My sister and bro, korang makan je sandwich untuk berbuka, boleh jimat nak raya nie haha...(muka kedekut)...

Ungu Violet.
Ermm.. Tema family kitorang tahun nie adalah ungu, purple..hehe Tahu tak Dya suka sangat warna nie, tak tahu kenapa, JUST LIKE IT!!
Mulanya susah jugak nak warna ape, tapi just decide and then sebarkan hehe.. Dah semua setuju, So Dya menang la...
Mula tu ingat senang la nak cari baju-baju yang warna cam tu tapi skali pening jugak otak nie, tambahnya bila nak cari baju melayu. Akak Dya kan jenis manusia yang cerewet, so bila Dya pilih baju mesti la nak yang unik, orang tak pernah pakai, fabrik ape dan macam2 lagi. Penat la kalau ikut dia pergi shopping.. mesti lenguh punya, Nasib baik la tahun nie Dya tak ikut.. Selamat..

Harini ofis sunyi je, kan dah ramai yang balik raya, cuma tinggal baki-baki je yang sayang nak tinggalkan ofis,keke(diri sendiri..)
harini kerja tak banyak, boleh cakap takdepun, tu yang boleh bersenang lenang sikit nie..hehe..
Ooh ye tak ye, sekolah kan cuti harini..mesti jem.. haha.. takpe nanti malam Dya spare kan roti banyak-banyak yer..
Dya's Weather: Tak sabar nak balik raya!!
 Bunda, Ayah miss you SO MUCH..

Monday, August 13, 2012

5 days to go..dak sabar










selamat pagi, salam sejahtera, and good morning..morninggg and morninggg..
Wahh, pagi ni Dya bukan main ceria lagi... (mood sampai awal ke ofis..wahaha). Pagi nie awal je Dya nak merepek kat sini kan.. ye la mana taknya, sedar tak sedar tinggal 5 hari je lagi... hehe NAK RAYA LA..
Tahu tak macam mana senang dan gembiranya hati nie.. walaupun persiapan raya tak la semegah dan semewah mana, tapi yang penting keikhlasan dan kenikmatan kita menyambutnya, betol tak? 
Biar jawab sendiri..
Aah Betol-Betol.

Sesi Dya Cakap-Cakap!!
Nak cakap, nak bagitau, dan nak habaq nie.. Dya n family punya persiapan raya tahun nie, boleh kata tak bersiap pun, Dya tak tahu kenapa? Dulu kalau tahun2 lepas selalu  seminggu nak raya persiapan semua dah ready dah.. tapi tahun ni muram semacam. Ntahlah, mungkin sebab tahun nie Dya kat sini(keje), dulu time menganggur dan masa belajar slalunya Dya yang beria-ria belikan itu ini untuk ayah bunda adik dan persiapan rumah. Memang dah hujung-hujung ramadan nie memang tak lekat kat rumah la, buat persiapan raya, beli kueh raya, baju raya ,raya dan raya. Dalam kepala nie untukkk raya je... Tak sempat nak pikir benda lain.
Tapi tahun nie lain la, mood dari awal ramadan sampai sekarang asyik berubah-ubah je, kadang naik bosan pon ade. Persekitaran yang tak baik mungkin mendorong mood yang tak betul nie.. Terasa nak balik rumah ayah dan bunda je. Aahh.. rindu nya.. Rindu setengah mati..

Alah tak dapat nak meneruskan catattan pd hari nie ade meeting...Huh awalnya meeting!!!

Dya's weather : Hot and Cold from the morning..

Thursday, August 09, 2012

Disiplin Di Pagi Hari

Pagi nie kekalutan dan kekabutan menyelubungi diri. Sudah pagi-pagi lagi dah stres semacam... macammane la life sampai ke petang nanti kalau pagi-pagi lagi dah buat hal.. Tekanan perasaan yang cukup melampau..
Bangun lewat, jalan jem memang menambah kekusutan dan mendorong kepada kelewatan hari nie 7 minit, itulah akibatnya apabila waktu punch card adalah sebelum 7.30 pagi, ape la nak jadi Cik Dya sorang nie.. hehe 
Bulan depan Harus BERTUKAR masuk 8.00 pg ye...("o")

KeAngkaraan menyiapkan kuih raya semalam, menyebabkan punch card Dya merah pagi nie... Erm.. mana tak nya dalam bulan ni dah tiga kali merah, yang syoknya berbaris je merah nyer.. mula la otak Dya merah skali..
Kali pertama, ok ambik ttangan cc, kali kedua pun sama, kali ke-3 dah malas, mana taknya merah je.. TAPI merah tu terlambat 3 minit je pun...ishhh macam nak ketuk je mesin punch card(x tau namanyer) tu. Tapi silap sendiri mengaku je la...

Itulah bunda selalu pesan malam-malam jadik burung hantu, pagi-pagi bangunya pukul 1. Haish... Nasib baik la terBangun pagi tadi kalau tak, erm tak tahu la... 
itulah nie semuanya salah siSemprit dan siAlmond Tu.. 
Orang lain buat kuih awal-awal malam Dya & akak buat kuih start nya pukul 11.00 mlm, cuba la imagine pukul brape nak siap kuih tu.. aduh letih la..
Dya sebenarnya MEMANG tak suka nak buat kuih raya yang moden nie, yang guna buttercup segala tu.. Tak tahu la kenapa, so Dya cuma nak tolong bakar n susun kuih je la, Dya memang tak suka kalau yang kena uli-uli tu..
tapi dengan perangai my sis yang macam hape tuh, mengarah orang je keje dia, pakse rela Dya buat je la. 
Atas dasar hormat seorang adik kepada kakak kan..kan..
Tapi separuh daripada kuih tu jugak nak bawak balik kampung kita, jadi ok la.. No hal punye..
TAPI kalu buat kuih tengah malam buta, tu apa ke halnya nya.. Penat Mengantuk mengiringi proses pembakaran kuih.. Adoiii..

Dah kalau boleh malam nie nak buat kuih awal sikit la yer my sis, supaya esok saya tak merah lagi ok...


Wednesday, August 08, 2012

Star to the Moon

Wednesday, Morningggg.. Hari nie Diya Nak buka kembali lembaran pondok buruk Diya yang telah lama bersarang.. Kemalasan tahap gaban yang tidak dapat digambarkan meruntun diri..hehe (shortform nye=PEMALAS) hari nie dengan wajah dan title header yang baru, Dya nak start balik dengan posting baru, kalau boleh tu satu hari satu post.. harap je la.. kadang-kadang tu bila penyakit malas tu dah datang, ermmm jangan cakap la..nak cari idea sikit-sikit kat celah kuku pun takde.. Nasib..

(asalnya nak letak gambar kuning cari2 tak ade, nak buat malas.. yg ado je la..)

Nak tahu tak kenapa Dya pilih Star To The Moon? sebab Dya suka bulan dan bintang, tambah-tambah lagi nak raya nie lagi la suka.. Kalau takde bulan dan bintang tak meriah la raya kan, kan? Ye la lampu Liplap@kelip-kelip tak ceria la, kan bintang dengan bulan tu selalu ada kat lampu Liplap tu.hehehe..

Mulai saat ini, Dya lebih suka jadikan blog ini sebagai diari harian, tak kisah la ape orang nak cakap, tapi Dya cuma suka-suka dan nak buat apa yang Dya suka.. Happy Always...

Sekarang nie dah menamatkan zaman bergelar sebagai pelajar dah kira-kira dua bulan, dan dah pun bergelar sebagai pekerja pula di Bahagian Perancangan dan Pembangunan di KKM Putrajaya. Alhamdulillah, Dan syukur kepada Allah kerana berkat doa Diya padaNya dan juga dengan izinNya, serta restu ayah bonda, Dya mendapat pekerjaan sekarang, inilah permulaan kehidupan Dya setelah penat membanting tulang, mentelaah dan menimba ilmu sejak kecil, Terima Kasih Allah. Terima Kasih Ayah, Terima Kasih Bonda. 
    thank from dyana
Sayang Achik untuk Semua...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...