Thursday, August 16, 2012

Attraction Raya

Raya-raya, wah harini betul -betul la rasa mood raya dah sampai..
Esok Dya dah start cuti, lagi la malam nie pulak nak bertolak balik Perlis, terasa berdebar-debar.
Mungkin sebab ini first time Dya rasa perasaan balik ke kampung untuk beraya memanga teruja.
Rindunya pada ayah dan bunda.

Persiapan raya, untuk apa yang Dya perlu dapatkan disini(Putrajaya) dah complete semuanya cuma tunggu untuk persiapan 4-5 helai baju lagi untuk ayah dan bunda, baju diorang takut nak beli kat sini, takut silap saiz. Semuanya akan disempurnakan, esok sesampainya Dya ke Perlis. Bajet untuk persiapan raya kat sana pun Dya dah tetapkan. Alhamdulillah, syukur rezeki kali nie, dapat Dya buat duit raya untuk bunda dan ayah. First time nak bagi, bunda dan ayah hasil kerja diri sendiri, sebelum nie tau mintak aje..hehe.. bahagianya rasa..

Sebelum nie, rancangan asal untuk pulang pada hari jumaat, tapi rancangan baru pulangnya malam ini... wah hebat rasanya.. petang nie  Dya tak mau masak, nak makan beli je ataupun fast food je untuk berbuka.
Kalau nak masak-masak nanti lambat pulak, ye la, masak-makan-ngemas balik.. pukul brapa nak sempat balik. Tapi kalau buat sandwich tu boleh, sebab boleh makan waktu berbuka kat dalam keta nanti. Ok. nanti tengahari Dya balik buat ok. My sister and bro, korang makan je sandwich untuk berbuka, boleh jimat nak raya nie haha...(muka kedekut)...

Ungu Violet.
Ermm.. Tema family kitorang tahun nie adalah ungu, purple..hehe Tahu tak Dya suka sangat warna nie, tak tahu kenapa, JUST LIKE IT!!
Mulanya susah jugak nak warna ape, tapi just decide and then sebarkan hehe.. Dah semua setuju, So Dya menang la...
Mula tu ingat senang la nak cari baju-baju yang warna cam tu tapi skali pening jugak otak nie, tambahnya bila nak cari baju melayu. Akak Dya kan jenis manusia yang cerewet, so bila Dya pilih baju mesti la nak yang unik, orang tak pernah pakai, fabrik ape dan macam2 lagi. Penat la kalau ikut dia pergi shopping.. mesti lenguh punya, Nasib baik la tahun nie Dya tak ikut.. Selamat..

Harini ofis sunyi je, kan dah ramai yang balik raya, cuma tinggal baki-baki je yang sayang nak tinggalkan ofis,keke(diri sendiri..)
harini kerja tak banyak, boleh cakap takdepun, tu yang boleh bersenang lenang sikit nie..hehe..
Ooh ye tak ye, sekolah kan cuti harini..mesti jem.. haha.. takpe nanti malam Dya spare kan roti banyak-banyak yer..
Dya's Weather: Tak sabar nak balik raya!!
 Bunda, Ayah miss you SO MUCH..

No comments:

Post a Comment

say hi to me..i say hello to you toooo...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...