Sunday, July 26, 2009

AKU DAN KEHIDUPAN

Alhamdulillah syukur, dya telah dapat menamatkan pengajian peringkat sijil di Politeknik tuanku syed sirajuddin. Kini sudah hampir 2 bulan dya meninggalkan zaman menjadi seorang pelajar di sana. Hanya tuhan saja yang tahu bagimana harus dya gambarkan perasaan sedih mengenangkan saat yang bermakna ketika disana, ada pahit manis yang ditempuhi salama hampir 2 tahun. Sekarang tidak ada lagi teman-teman yang dapat bergurau senda mengenai assignment "last minit" yang akan kami usahakan dengan jayanya. Kurang tidur, banyak ketawa hingga larut malam menjadi rutin pada waktu, kini semuanya kenangan. Ingin sahaja kembali kepada waktu itu, tapi sayang dunia tidak boleh berputar balik yang ada hanya kenangan.
Selama 2 bulan ini juga dya telah meninggalkan laman ini sendiri, setiap hari dya akan datang kesini membuka lembaran ini, banyak yang ingin diluahkan disini tetapi jari jemari ini tidak terasa ingin dicoretkan sesuatu buat kenangan, walaupun ada banyak luahan isihati yang perlu dirungkaikan agar hati ini menjadi ceria kembali.
Dalam hampir 2 bulan banyak perkara terjadi setelah tamat pengajian, 3 minggu dirumah bunda di kangar. Rutin ku bermula seawal jam 5.oopg dan seterusnya. Atiq Tarique, buah hatiku yang pertama tinggal bersamaku, jadi biasalah untuk menjaga buah hatiku ini bukan senang dia akan mengejutkan aku seawal 5 pagi untuk minum susu. Selain itu hari yang akulalui juga dihiasi dengan mengemas rumah memasak membasuh mencuci dan segalanya. Bagiku ini sudah biasa sejak dari aku menjadi pelajar Poli lagi hujung minggu bercuti di rumah bunda inilah yang aku selalu lakukan.

Dalam pada itu aku selalu merasakan tekanan, bukan apa selepas tamat pengajian, rutin hidup yang aku jalani selama 2 tahun hilang entah kemana. Kuliah, pensyarah ,assignment dan jtmk tiada lagi. Dulu waktu di poli aku bukak bisnes printer, selalunya pendapatan yang aku dapat cukup untuk tanggung aku semasa di poli, kadang-kadang berlebihan pulak. syukur jugak sebab dah tak payah untuk mintak duit pada ayah. Sekarang dan jadi penganggur terasa lain macam sebab duit takde dalam tangan, duit tu memang la penting tapi kasih sayang lagi penting.

Selepas 3minggu aku kerumah kekandaku di Putrajaya bersama buah hatiku jugak, mana boleh berpisah. KERJA, dalam perancangan, aku akan berkerja disini, tetapi bukan sekarang sebab aku nak selesaikan banyak lagi hal yang belum aku selesaikan. Kalau pada orang aku bilang aku masih lagi dalam percutian. Kerja aku disini akan bermula selepas konvokesyen yang bakal dihadiri nanti, dijangka pada bulan 10 ini, Insyallah. Aku akan gunakan sijil yang aku dapat tu untuk menyelitkan diri aku dalam government, itu hanya sementara sahaja kerana dalam rancangan yang lain, aku akan melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi lagi, itulah harapan ayahanda, harapnya hingga ijazah, jadi aku bahagia kalau ayahanda bisa berbangga dengan anaknya ini. Satu rahsia aku tidak mahu menceburkan diri ke alam pekerjaan buat masa ini ialah, aku tidak mahu berpisah dengan orang tersayang yang berada disekeliling aku. Hatiku tidak kebal untuk pertahankan perasaan rindu yang akan beraja dihati apabila berjauhan. Aku akan rindukan bunda tercinta, tetapi kalau bunda benar-benar sihat aku akan lega walaupun sakit rindu datang. Aku akan rindukan buah hatiku Atiq Tarique. Sekarang aku bersamanya tidak pernah berpisah walaupun sesaat, aku tidak tahu bagaimana akan terjadi nanti jika aku berjauhan dari dia. Mengenangkan saat itu hatiku sudah sakit sekali. Aku tidak sanggup sibuk dengan urusan lain tetapi aku rindu pada mereka.. ayahanda, bunda, buah hatiku dan keluargaku.
Tetapi aku mengerti, aku tidak akan dapat ,memperoleh semua itu sekaligus, aku perlu teruskan hidup, aku perlu memberi dan menerima demi kehidupan.
oleh itu selepas selesai urusan pengambilan sijil SPM yang telah lama aku abaikan dan permohonan untuk melanjutkan pengajian, aku akan menjadi individu yang berkerjaya, walaupun mungkin hanya sementara, selepas itu aku akan meneruskan hidupku samaada akan menjadi seorang pelajar lagi atau tidak. Namun begitu aku akan sentiasa belajar dalam hidup.

No comments:

Post a Comment

say hi to me..i say hello to you toooo...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...