Thursday, September 18, 2008

AHAD, 14 SEPT 2008

Sepanjang minggu lepas banyak perkara yang menyeronokkan terjadi. Walau bagaimanapun dyana tak sempat nak postkan kat sini apa yang dya telah alami sepanjang minggu lepas, bukannya apa, tapi kerana tersangat busy sehingga terasa waktu semakin mencemburui dikala ingin menatap laptop di rumah. Tapi kalau di ofis berlainan pulak jadinya.. Pc memang didepan mata tetapi tak sempat jugak untuk postkan apa-apa walaupun memang banyak yang terlintas di otak kepala setiap hari.
Ok, untuk mulakan post harini dyana nak mulakan dengan berita gembira yang kadangkala dyana sendiri tak percaya yang semuanya dah jadi kenyataan.
Pada tanggal yang dyana tulis kat atas tu, pada pukul 5.45 ptg, dyana telah mendapat seorang ahli keluarga baru, dan gelaran baru iaitu ibu sedara, ataupun dengan panggilan mo'k cik(bkn mak cik). Saja letak panggilan tu supaya lain dari yang lain. kalau makcik tu bunyinya macam tua sangat, padahal dyana baru nak menjangkau 20 januari depan. Nak buat macam mana, muda lagi dah nak kena jadi mo'k cik.. panggilan nie dyana dapat masa menonoton filem anak mami yang dilakonkan oleh wahida, apek dan fasha sandha. ade part last tu wahida sebut tentang gelaran mo'k cik, sedap pulak bunyinya, tu yang dyana saja nak letak gelaran mo'k cik tu
Baby yang akak dyana lahirkan tu adalah baby boy seberat 3.25 kg. Namanya belum letak lagi tapi dalam rancangan tu mungkin nama yang bakal dipilih adalah Atiq Tariq, sedapkan nama tu, yang bermaksud bintang subuh.. sama comel cam babynya jugak la..
harini dia dah berumur 5 hari..tak sangkakan baru 5 hari dia kat muka bumi nie..
Tapi sayangnya dan kesiannya setelah 2 hari dilahirkan, dari pemeriksaan didapati baby menghidap deman kuning ditahap 11. Doktor tidak membenarkan baby dibawa pulang kerana mahu meletakkannya di dalam inkubator, tapi ibu pula tidak diletakkan di dalam wad sekali kerana tempat telah penuh. Tetapi abang dan kakak tetap mahu membawa baby pulang bersama walupun doktor melarang dengan alasan yang bermacam-macam,biasala doktor, dyana juga menyetujui keputusan itu walaupun tahu kesan penyakit kuning ini ada risiko tinggi juga untuk menganggu otak bayi di masa hadapan. Tetapi keputusan untuk tidak meninggalkan bayi ini juga dibuat atas dasar baby tidak dapat tidur malam, juga sering muntah-muntah akibat semasa proses menyucikan badan bayi selepas bersalin sisa-sisa yang ada di dalam perut bayi tidak disedut sepenuhnya, justeru itu membuatkan bayi sering muntah-muntah. tindakan untuk menbawa pulang bayi ini juga diambil setelah melihat layanan suster atau jururawat terhadap bayi itu sendiri, sudahlah susu ibu tidak mencukupi, susu botol dilarang, bila baby menangis dan diadukan masalah ini pada mereka, jawapan yang diberikan amat menyakitkan hati, walaupun baby menangis sehingga habis suara mereka tidak ambil peduli selagi tiada ibu yang menyuruh mereka berbuat sesuatu.
apa akan terjadi jika baby ditinggal seorang
Sekarang baby berada dirumah, ahli keluarga dyana berusaha mencari penawar panyakit kuning baby mengikut cara tradisional orang dulu-dulu iaitu dengan menjemur bayi di bawah matahari pagi, memandikan bayi menggunakan ubat herba cina dan macam-macam lagi.
Semoga ada perubahan untuk anak sedaraku yang sorang tu..
Kembalilah sembuh dan sihat anakku..
doakan semoga baby sihat..
( gambarnya akan dipostkan jika ada kelapangan )

No comments:

Post a Comment

say hi to me..i say hello to you toooo...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...