Friday, April 30, 2010

Kekasihku

padamu kuharap
kau hadir dalam hariku
agarnya kau tahu betapa kucinta padamu
setiap masa
seolah ada di sisi
kasih padamu takkan pernah padam

sayangku hanya engkau di hati
jiwaku ini kosong tanpa pelukanmu
oh belaianmu

kasih kita ditakdirkan
bersama takkan engkau ku persiakan
walau terkadang hatimu dah terusik olehku

selagi ada nyawa seluruh daya
kan ku pastikan kau gembira
segala cinta dan saat bahagia
oh ... ke akhir hayatku

didedikasikan khas buat atiq

Wednesday, December 16, 2009

ATIQ I'M COMING

wah exited nie nak jumpa my chentahati, hati nie riang sekali sukar nak digambarkan..
sekarang Dya sama ayah dan bunda on the way to Putrajaya. kita naik bas Sani Express. ok lah bas nie, selesa. tapi yang penting kita dpat jumpa atiq.. best sesangat.
nasib ada celcom bband. leh;ah hilang boring sikit.. jom layang facebook hehe..
nak taip pon susah kat dalam bas nie ok lah bye... atiqqqqq muah for you....

Friday, November 27, 2009

Atiq Tarique dan Diriku

Coretan kali ini adalah tentang kenanganku bersama Atiq. Aku dan dia bersama lebih dari 6 bulan. Dalam coretan ku yang lepas pernah aku lahirkan bagaima perasaanku jika harus berpisah dengan Atiq, kini perkara itu benar terjadi. Aku jadi serba salah memikirkan antara untuk mengikut Atiq atau bersama ibu dan ayah di pagi raya. Jadi keputusan yang aku pilih adalah bersama ibu. Ku pendamkan perasaanku sendiri terhadap Atiq. Sesungguhnya aku tak mahu berpisah dengan Atiq. Tapi aku tak dapat melakukan semua perkara yang aku mahu serentak. Aku perlu memilih.

Atiq kini kembali ke Putrajaya, adikku yang bongsu sekarang menjaganya. Tetapi bera hati untuk berpisah dengannya di malam itu. Aku berlakon lagi, kesedihan malam itu berjaya aku tutup dengan kegembiraan palsu aku. Tetapi hatiku meronta sahaja. Hanya yang tahu pasti akan merasa.
Kini setiap hari aku pilu, aku tak dapat lagi melihat wajah comel atiq yang selalunya nakal dan membuat huru hara di rumah. selama bersama denganku, tak pernah sekalipun aku memarahinya walaupun dia terlalu nakal, kerna umurnya baru sahaj setahun, semuanya ingin dicobanya.
Aku masih lagi terbawa-bawa dengan rutin harian sewaktu menjaganya, aku akan bangun seawal 5 pagi untuk buatkan susu untuk Atiq, tapi pabila aku membuka mata baru aku tersedar bahawa atiq bukan disini lagi. Setiap petang aku akan membawa atiq berjalan-jalan, tapi kini tidak lagi. Tetapi aku harap, mereka yang menjaganya, tolonglah menjaganya dengan sebaik mungkin. Bagiku dia adalah nyawaku. Bila dia tiada disisiku seolah-olah nyawa dan badanku tak lagi bersatu. Walaupun dia bukanlah anakku tetapi kasihsayangku kepadanya seluas alam cakerawala. Walaupun gelap tetapi indah..

Ini adalah kenanganku pada Atiq yang selalu ditatap apabila kerinduan mula menjelma..

Semasa Aidilfitri yang lalu




di rumah di perlis


telatah atiq



sukanya dia bermain air



ulangtahun Muhammad Atiq Tarique yang Pertama



Sayang Atiq....

Aidiladha Kau Tiba, Hatiku Hiba

Selamat menyambut hari raya aidiladha kepada seluruh umat islam di seluruh dunia. Semoga mereka yang menyambut hari ini berbahagia bersama keluarga harapnya.
Namun bagi aku hanya kepuraan menjadi bahagia menjadi topengku untuk beberapa hari ini. Sesungguhnya raya kali ini adalah raya yang paling tak bermakna bagi ku. Untuk pertama kali dalam hidupku, aku beraya di rumah nenda sebelah ibu. Itu aku masih lagi dapat bertahan tapi yang paling aku sedih dan perlahan-lahan membuat aku tidak bahagia setiap tahun adalah apabila kekandku mula berkahwin. Aku hanya mempunyai 3 orang adik-beradik di dalam keluargaku, kami hanya keluarga kecil tapi semenjak beberapa tahun yang lepas, setiap kali hari raya aidiladha menjelang, keluargaku kekurangan seorang ahli keluarga, hanya empat orang dalam keluargaku meraikan pagi raya setiap kali aidiladha tiba. Ini bukan salahnya kerana aku tahu dia kini harus memikul banyak tanggungjawab. Tapi hati kecilku ini tetap bersuara, "dia harus pulang". Kekanda, aku megerti situasimu. Tapi raya kali ini, amat meruntun hatiku apabila, sudahlah aku beraya di rumah nenda sebelah ibu, apa yang aku tidak selesa adalah makcik-makcik ku tidak sekepala dengan ku(keluargaku juga). Ini mungkin kerana keluargaku bukan lah hidup semewah mereka. pandangan rendah terhadap keluargaku tak pernah pudar dari dulu sehingga sekarang. Walaupun aku dan sedaraku sudah berjaya, tapi itu tidak cukup bagi mereka untuk menghormati keluargaku. Bukan kupinta sebuah penghormatan yang besar cuma sedikit rasa hormat untuk kami berada dalam keadaan yang selesa diantara kalian, itu sudah cukup. Ditambah pula kali ini aku beraya hanya dengan bunda dan ayah sahaja, hanya tiga orang. Adik pula beraya dirumah kekandaku. Apa yang aku boleh buat. Sunyi sekali di malam raya.

Bunda dan ayah pernah berkata "sunyi raya kali ni. Kalau ramai bolehla kita buat makan-makan". oleh sebab itulah bunda dan ayah mengambil keputusan untuk beraya di rumah nenek. Walaupun aku tidak suka aku tidak membantah kerana bunda sakit, biarlah dia senang hati. Aku harap apabila mengikut cadangan bunda beban sakit yang ditanggungnya berkurangan. Insyaallah..
Semenjak bunda sakit bermula dengan kemalangan yang dihadapinya dengan ayah, bunda tak lagi meraikan hari raya dengan gembira. Selepas bunda sihat walaupun belum sepenuhnya, bunda diserang strok yang melumpuhkan sebelah sistem bandannya. waktu itu aku masih lagi menuntut di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin. tapi dengan izin allah sekarang ibu sudah beransur pulih.

Tapi dengan pengalaman yang aku tempuh sekarang aku mengerti walau sejauh mana aku merantau, sejauh mana aku pergi, kecuali mati, walau aku sudah hidup bersama pasanganku, bila tiba hari raya, yang pasti dipagi raya aku tetap bersama ibu dan ayah. Aku tidak mahu menyesal apabila selepas mereka tiada aku masih belum puas beraya dengan mereka. Keluargaku kecil jika salah seorang tiada, ketiadaan mereka itu amatlah dirasai. Tambahan sedaraku semuanya perempuan. Kini aku sedar, suasana kekeluargaan bagiku adalah suasana yang indah, aku suka gelak tawa, riang ria, bergaduh pun tak apa, kerna aku tahu ia tak lama, air dicincang sampai akhir zaman pun takkan putus.

Sampai di sini saja coretan ku di malam raya. Walaupun pahit akan kutelan, semoga ia dapat menyembuhkan luka sesiapa saja yang berada disekelilingku kerna yang pahit itu penawar, tetapi bukan bagiku, yang pahit tetap akan selamanya, biar aku menanggung asalkan ada yang bahagia. Itulah aku. Senyuman atau tawa yang tak bermakna bakal menutup segala keperitan yang meruntun hati ini, bermula saat ini. Aidiladha tidak bersalah, yang terasa hanya aku. Only me!!

Tuesday, November 03, 2009

Coming Back!!

Assalamualaikum, sebelum membuka lembaran kehidupan yang baru ucap ikhlas dilontar dari hati.
Rasanya lebih kurang 3 bulan tak meng"open"kan minda untuk berada dia alam maya siber nie.. walau macam manapun terasa rindu nak meng"update" posting kat sini. boring jugakkan kalau tiap kali, kesini posting yang lama. Ada banyak sebab yang mengagalkan usaha untuk berada dia alam maya ini; satu sebab yang paling baik adalah, Dya terputus bekalan internet. Dya dah tak lagi menggunakan apa talian internet semenjak 3bulan lepas. Streamyx dah dipotong dan broadband jugak dah tak digunakan lagi. sebenarnya Dya gunakan internet nie pada mulanya hanya untuk tujuan memudahkan sistem pembelajaran Dya di Poli, kalau tidak ketinggalan lah Dya. And then, selepas habis Poli Dya berikannya pada akak, bukan apa rasa tak tertanggung nak membayar bilnya sebab, Dya sekarang tengah menganggur..hehe
kadang kala boring jugak bila tak boleh mengakses internet nie, banyak maklumat semasa kita boleh dapat dari sini betul tak? Nak pergi cc, sory la Dya tak minat langasung sebab tak de privacy.. so pasrah je lahhhh.. itulah sebabnya bukan sengaja tak nak update (menatang) nie..
3 bulan yang berlalu ini rupanya banyak masa Dya yang terisi, ada kala sampai rasa penat, sebab tiada masa terluang(mungkin ada cuma tak perasan kot!!) selepas musim raya berlalu, Dya sibuk menjaga Atiq, bunda, ayah dan keluarga. Tapi yang paling banyak dijaga ialah budak kecik sorang tu, yang punya akal bijak, diiringi dengan keaktifan untuk mengaktifkan diriku jua.. Best tau jaga baby, but for someone yang ada sifat keibuan la... untuk melihat telatah anak-anak. Atiq nie periang selain banyak mulut walaupun tak boleh bercakap lagi. "yah-yah, dik,babababa, dan taaaaa" itu antara bait-bait percakapan atiq yang sempat dikenang, sebab dia dah tidur. kalau tidak jangan harap lah tak de mengadap laptop nie dengan tenang. Because sesapa je yang mengadap laptop akan diganggu oleh atiq sebab dia pun nak tengok jugak..hehe
Sekarang rutin Dya dah semakin sibuk, memandangkan Dya tak de pe nak buat Dya bantu ayah untuk merealisasikan cita-citanya selepas ayah pencen nanti. Ayah nak sangat menjadi pengusaha Putu Piring kat Taman kemajuan. Kemahiran yang ayah dapat nie adalah berkat tunjuk ajar abang ipar Dya, Sarol. Thank you abang, sebab ajarkan cara nak buat putu piring pada ayah. cayalah...
Buat masa nie kitorang meniaga setiap hari dan buat kecil-kecilan aje. Ayah buat tepung dan siapkan barang niaga, Dya dengan adik uruskan di tempat niaga. Deal.. Selain daripada tu ayah cuma tunggu masa untuk besarkan lagi perniagaannya, sebab ayah tengah tunggu hari pencennya iaitu pada hujung bulan februari. Baguslah.. dah lebih dari 31++ ayah berkhidmat untuk kerajaan tapi satu anugerah pun tidak pernah diberikan kepada ayah atas khidmat cemerlangnya, jadi eloklah ayah pencen. Kata ayah baik dia sendiri yang jadi bos dan kuli. senang hati... haaa betul-betul..
And now, Dya tak saba nak tunggu result permohonan poli, macam mana la agaknya keputusannya nanti. Apapun Dya Redho'. Yang penting Dya dah ada plan B kalau plan A tak berjaya. HIDUP INI MESTI MERANCANG WALAUPUN TUHAN YANG MENENTUKAN, YANG PENTING KITA SEBAGAI HAMBA DAN KHALIFAH DI MUKA BUMI INI, TERUS BERUSAHA DAN BERJUANG MENDAPATKANNYA..

Walaupun Dya tak de sambungan internet kat rumah, tapi bagi membuktikan dya tak ketinggalan arus sosial dan permodenan, Dya berjaya juga kunjungi KARNIVAL BROADBAND, di Dewan 2020 Kangar, pada sabtu lepas... Best jugak karnival nie kalau dibuat selalu event seperti nie mesti bagus tak lah sunyi jer, tapi Dya malas nak cita banyak tentang Karnival nie. Apapun Dya tak pulang dengan tangan kosong, wajib jugak dapatkan sesuatu..hehe




Maxis Broadband, nie la yang Dya dapatkan.
Dulu dah pakai Celcom Broadband sekarang kita kasi tukar.
But have a sad story about that..

-

ramai jugak yang datang sambutannya hebat... oklah..

Friday, August 07, 2009

Putrajaya Floria Festival 2009


PUTRAJAYA FLOWER AND GARDEN FESTIVAL 2009

Putrajaya Flower and Garden Festival will be organised once again in Putrajaya, Malaysia. The 9 day fiesta will commence on 1st August until 9th August 2009.

PUTRAJAYA FLORIA 2009 is an international event that is hosted by Perbadanan Putrajaya (Putrajaya Corporation) and the Ministry of Federal Territories. This year’s theme ‘Celebration of Colours’ reflects the exciting and vibrant colours of flowers and plants. Arranged and landscaped in various settings with dedicated locations for photo opportunities, the intertwining flowers and foliage will create a magnificent medley of colours aimed to enthrall visitors. It is hoped that the festival shall inculcate in visitors a respect for nature, love for colours, flowers, plants and gardening.

Untuk entry kali nie merupakan kali kedua Dya mengunjungi Floria nie. First time, Dya pegi ingatkan macam biasa je ada pameran bunga alakadar je la. Sekali Dya masuk , kat pintu depan Floria, aduh.. cantiknya tak terkata. Indahnya Taman Wetland seluas 15 ekar ini dipenuhi hiasan bunga-bunga yang pelbagai. Riang di hati saat berada disana. Dya mula rasa tak sabar2 untuk menjelajahi apa yang ada di sana.

Dya tak pasti apa nama tempat tu, tapi Dya sendiri kasi namanya "House of Flower" sebab sebuah rumah dibina dengan kelengkapan pendingin hawa dan ditempatkan beribu jenis bunga-bunga yang dihias menjadi pelbagai bentuk. Ada bunga yang dirangkai menjadi bola, haiwan sperti tenuk, menara bunga dan banyak lagi. Semua pengunjung yang datang tak putus-putus memuji keindahan yang menghiasi kawasan itu. Cantik sangat, percayalah. banyak jugak gambar yang Dya sempat capture. Oh, lupa pulak, Dya ke sana dengan akak, abang dan MyChentahati Muhd atiq. Lepas puas kami menjamu mata di "House of Flower", kami melawat pulak taman-taman yang didekorasikan oleh syarikat-syarikat,sekolah dan juga universiti yang mengambil bahagian, seperti PJH Holding, Lim Kok Wing Universiti dan Smk Putrajaya. Cantik sangat dan pelbagai. Ada Taman Rimba, Taman Syurgawi, banyaklah kalau nak tahu datanglah. Lagi satu Hot Air Balloon pun ada.


Malam tadi adalah kali kedua kami pergi. Saja nak jalan-jalan katsitu, bukan apa boring kat rumah. Kali nie kami jalan-jalan kat tasik putrajaya pulak tempat yang sama dengan Floria09. Dengan ice bended Feeko dan burger menjadi santapan kami untuk malam tadi.

Eh tersasar pulak, kalau Sesiapa yang belum datang dan teringin nak datang cepat sebab tarikh akhir adalah 9 ogos nie jer.
Floria Festival nie bukan calang-calang Festival tapi hasil karya dan kreativitti ang mereka hasilkan amat menarik. Sedangangkan orang asing datang dari jauh untuk melihat sendiri festival ini, apalagi kita sebagai rakyat Malaysia, patutnya menyokong usaha-usaha sihat sebegini. Hehehe..Pandainya berkata-kata..
Ada banyak gambar Dya nak upload tapi tahap kemalasan dah melanda memandangkan jam dah hampir 3.00pagi, jadi nantilah bila ada masa.
Yang pastinya Festival nie best. Banyak bunga rose, I like.
Floria 09 bertempat di
Putrajaya Flower and Garden Festival
2009

WATERFRONT, PRECINT 2

1 - 9 August 2009

DOAKANKU SEMOGA BERJAYA

Alhamdulillah, Dya baru saja selesai mendaftar permohonan sambung belajar kat Politeknik. Harapan semoga permohonan Dya tu diterima lah.Insyallah. Kali nie Dya mohon untuk Diploma, haritu buat sijil jer, tak puas hati lagi, tapi kursus yang diberi adalah Sijil Teknologi Maklumat(Pengaturcaraan). Itu saja pilihan yang ada sebab, memang tidak diberi pilihan lain. Member yang lain dah lama dah mendaftar permohonan nie tapi Dya baru jer nak buat. Entahlah selalu sangat terbabas lupa haluan.
Untuk Diploma kali nie hanya 2 tahun sebab tu la kalau boleh nak sangat diterima untuk in-take Jan 2010 nie. Kursus kali nie jangan cakap laa Dya pun pikir 2 kali nak ambik kursus nie. Dya nie lemah sikit dalam aturcara nie. Nak coding sana coding sini memang terbabas lah Dya. Tapi Dya nak buat macam mana lagi Dya terpaksa jugak untuk tempuhi perjalanan ini. Dah tak boleh undurkan lagi. Ini kerana, kalau Dya tolak kursus ini masa depan yang Dya rancang akan putus ditengah jalan. Lagi satu ini harapan Ayahanda dan Bunda, Dya tak nak hampakan mereka, Dya nak mereka bangga dengan Dya. Kejayaan yang Dya bakal perolehi akan berbaloi untuk mereka selama membesarkan Dya kerana dapat melihat anak mereka ini berjaya. Lagipun Diploma yang Dya pohon nie untuk satu tahun saja masa pembelajarannya=2 sem. Yang penting Dya kena fokus tumpukan perhatian hanya untuk kursus nie saja. Dya tak nak lagi kenangan dulu terjadi lagi. Dya akan berusaha untuk berjaya walau sesukar atau sesusah mana pun. Harapnya Dya dpat sambung pengajian nie di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin lagi. Nak tahu sebab apa? Sebab Yuran Pendaftaran yang dikenakan murah sikit berbeza kalau Dya dapat di Poli yang lain. Insyaallah. Semoga berjaya untuk diriku.. erm;

Saturday, August 01, 2009

LIFE & LOVE MY ChEnTAhAtI

Sekejap saja masa berlalu, ramadhan bakal menjelma tak lama lagi. Bagaikan tak puas menikmati hidup yang lepas, masih ada banyak perkara yang belum tercapai hasrat. Ahh.. kenapa begitu cepat masa berlalu? Selama ini banyak kepada relaks dan merapu saja yang lebih. Mesti diubah cara hidup begini. Kalau tak boleh jugak diubah sendiri, mesti perlukan sokongan dan bantuan orang lain jugakan? Erm...apa pun Dyana do the best... It's my life.

Oklah balik kepada tajuk asal.. sepanjang berada kat sini (Putrajaya) selalu melihat keletah Atiq Tarique je lah.. Biasala ada saja kegiatan baru yang dia akan lakukan untuk memening dan mengusutkan kepala Dya.. Baby zaman sekarang cerdas genius sesangat. My Chentahati tu baru berumur 10 bulan tapi macam dah umur setahun, beza dengan baby sebaya dengan dia. Atiq nie cepat jemu dengan sesuatu perkara jadi setiap masa dia akan mencuba sesuatu yang baru. Bila dia mencuba biasala, kekadang terjatuh, kekadang tersenget, cukup untuk membuatkan orang menjerit melihat aksi lasaknya. Atiq sekarang tengah belajar berjalan, walaupun belum sepenuhnya lagi dia cukup yakin dengan dirinya, dan Atiq memang tak boleh duduk diam seminit pun, asyik bergerak jer 24 jam. Penat jugaklah jaga hero nie sorang, tapi terhibur tengok keletah dan idea baru yang dia dapat.

Antara perkara yang paling tak tahan dengan Atiq nie, dia suka sepahkan barang mainan dia. Selalunya barang mainan dia kat dalam bakul khas kat ruang tamu. bangun jer pagi dia akan pegi cari mainan dia dulu. Dia buang semua mainan dari bakul tu dan kemudian bila dah habis dia akan tinggalkan mainan dia pegi la cari mainan lain pulak. bukannya dia nak main pun , tapi cuma suka sepahkan... Adoi tension jugak la dibuatnya.Sebab lepastu kena kemaskan.
Kad Astro. Ni satu lagi, masa tengah best jer layan cite Atiq dengan senangnya akan meniti ke dekoder astro untuk menaik kad astro, jadi lepastu nak tengok ape tengok skrin hitam je la... Keddudukan dekoder tu hanya beberapa inci dari lantai, walaupun berada pada almari tv, kedudukannya telah diatur sebegitu rupa...

Mata pun dah ngantuk nie, bila malam tak sedar masa berlalu.
Kasini ada gambar bagaimana atiq mengusutkan kepala dengan keletahnya, dan juga gambar-gambar yang diambil kat Alamanda. walaupun dah banyak kali ke alamanda baru kali nie teringat nak snap beberapa gambar atiq.

Tarique di rumah



aksi memanjat dan lagak ngeri oleh atiq (berani sungguh, nasib tak jatuh)



atiq suka memandu di Alamanda




Sampai sini saja..

Sunday, July 26, 2009

KERIANGAN BUAH HATIKU

Sebelum tu, baru jer dapat ym dari wani jam 7.40 pg tadi tak sempat nak sembang lama skit dia terus offline cam tu jer... tertanya-tanya??!! Pelik sungguh budak ni...

Beberapa memori yang sempat terpaut oleh fonku..







bersantap di Mc D sebelum ke Downtown



jalan-jalan kat downtown carik meow-meow Atiq






ke Serting rumah kampung abang Sarol
Atiq membelasah sepupu perempuannya sian budak tu.




kat The Mines abg sarol lawan boling


baby boy my chentahati Atiq..hensome sungguh

AKU DAN SIFAT(salahkah??)

Aku dan sifatku, bagaimana harus membuat seseorang itu menerima kita seadanya?? sekarang aku bosan pening, pusing, memikirkan persepsi sebilangan orang terhadap diriku. Dibilang gaya aku bercakap menyakitkan hati orang sebilanganya. Sebilangan lagi tidak kisah bagaimanapun aku. sebilangan hati walaupun aku bergurau dibilangnya tidak boleh terima sebilangan lagi bilang biasa saja tidak ada yang perlu diambil kisah. bila kau menyingkap kembali semasa aku di kampus poli, ramai sahabat-sahabat dari pelbagai negeri bermacam ragam masing-masing. Aku juga punya teman, ramai teman. Tapi teman aku tidak seperti teman sahabat-sahabatku yang lain. Mereka dari Pahang dan Johor tidak semua hanya satu dua orang sahaja, tidak dapat menerima aku seadanya, mereka bilang gaya percakapanku kasar, mereka bilang orang perlis memang cakap kasar. Sedikit ditegur sudah masam muka. Bila meminta tolong aduh berat sekali. bila mereka meminta aduhai dengan senang hati. merEka bilang perlis tiada apa-apa yang boleh dibeli,tidak menarik katanya lagi. Aduh sakitnya hati, tapi aku tidak ambil peduli.

banyak perkara yang mereka lakukan aku tak pernah ambil hati walaupun kadang-kadang aku juga terasa kerana aku juga punya hati. tapi aku tidak menegur kembali perbuatan mereka kerana bagiku itu bukan perkara besar. Tetapi bagi mereka satu ayat yang aku ungkapkan dalam nada gurauan tidak dapat diterima oleh mereka dan menyebabkan satu pergaduhan iaitu"....... jangan lah gelabah kita bukannya nak masuk exam yang sebenar".
Sekarang perkara itu aku dah tak ambil kisah kerana:

Teman-teman seperjuanganku yang lain dapat menerima kehadiranku sebagai teman mereka seadanya, kerana mereka tidak mengambil hatiku, dan aku pun tak mahu semua itu, mereka berkawan dengan ikhlas jujur, jika ada salah dan silap mereka tak pernah ambil pusing...
Akma, linda, mila, ayu, nadia,wani, terutamanya farah ashila yang mengingatiku hingga kini, terima kasih teman yang menerima aku seadanya sentiasa mengingatkanku semasa aku dalam kealpaan. Lupakan mereka yang kadangkala pernah menghancurkan keyakinanku terhadap diriku sendiri, adalah perkara yang terbaik, jika aku kenangan mereka, hatiku sakit...
Aku bahagia jika punyai teman yang ikhlas, itu sudah memadaiyoyoyo;

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...