Friday, November 27, 2009

Aidiladha Kau Tiba, Hatiku Hiba

Selamat menyambut hari raya aidiladha kepada seluruh umat islam di seluruh dunia. Semoga mereka yang menyambut hari ini berbahagia bersama keluarga harapnya.
Namun bagi aku hanya kepuraan menjadi bahagia menjadi topengku untuk beberapa hari ini. Sesungguhnya raya kali ini adalah raya yang paling tak bermakna bagi ku. Untuk pertama kali dalam hidupku, aku beraya di rumah nenda sebelah ibu. Itu aku masih lagi dapat bertahan tapi yang paling aku sedih dan perlahan-lahan membuat aku tidak bahagia setiap tahun adalah apabila kekandku mula berkahwin. Aku hanya mempunyai 3 orang adik-beradik di dalam keluargaku, kami hanya keluarga kecil tapi semenjak beberapa tahun yang lepas, setiap kali hari raya aidiladha menjelang, keluargaku kekurangan seorang ahli keluarga, hanya empat orang dalam keluargaku meraikan pagi raya setiap kali aidiladha tiba. Ini bukan salahnya kerana aku tahu dia kini harus memikul banyak tanggungjawab. Tapi hati kecilku ini tetap bersuara, "dia harus pulang". Kekanda, aku megerti situasimu. Tapi raya kali ini, amat meruntun hatiku apabila, sudahlah aku beraya di rumah nenda sebelah ibu, apa yang aku tidak selesa adalah makcik-makcik ku tidak sekepala dengan ku(keluargaku juga). Ini mungkin kerana keluargaku bukan lah hidup semewah mereka. pandangan rendah terhadap keluargaku tak pernah pudar dari dulu sehingga sekarang. Walaupun aku dan sedaraku sudah berjaya, tapi itu tidak cukup bagi mereka untuk menghormati keluargaku. Bukan kupinta sebuah penghormatan yang besar cuma sedikit rasa hormat untuk kami berada dalam keadaan yang selesa diantara kalian, itu sudah cukup. Ditambah pula kali ini aku beraya hanya dengan bunda dan ayah sahaja, hanya tiga orang. Adik pula beraya dirumah kekandaku. Apa yang aku boleh buat. Sunyi sekali di malam raya.

Bunda dan ayah pernah berkata "sunyi raya kali ni. Kalau ramai bolehla kita buat makan-makan". oleh sebab itulah bunda dan ayah mengambil keputusan untuk beraya di rumah nenek. Walaupun aku tidak suka aku tidak membantah kerana bunda sakit, biarlah dia senang hati. Aku harap apabila mengikut cadangan bunda beban sakit yang ditanggungnya berkurangan. Insyaallah..
Semenjak bunda sakit bermula dengan kemalangan yang dihadapinya dengan ayah, bunda tak lagi meraikan hari raya dengan gembira. Selepas bunda sihat walaupun belum sepenuhnya, bunda diserang strok yang melumpuhkan sebelah sistem bandannya. waktu itu aku masih lagi menuntut di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin. tapi dengan izin allah sekarang ibu sudah beransur pulih.

Tapi dengan pengalaman yang aku tempuh sekarang aku mengerti walau sejauh mana aku merantau, sejauh mana aku pergi, kecuali mati, walau aku sudah hidup bersama pasanganku, bila tiba hari raya, yang pasti dipagi raya aku tetap bersama ibu dan ayah. Aku tidak mahu menyesal apabila selepas mereka tiada aku masih belum puas beraya dengan mereka. Keluargaku kecil jika salah seorang tiada, ketiadaan mereka itu amatlah dirasai. Tambahan sedaraku semuanya perempuan. Kini aku sedar, suasana kekeluargaan bagiku adalah suasana yang indah, aku suka gelak tawa, riang ria, bergaduh pun tak apa, kerna aku tahu ia tak lama, air dicincang sampai akhir zaman pun takkan putus.

Sampai di sini saja coretan ku di malam raya. Walaupun pahit akan kutelan, semoga ia dapat menyembuhkan luka sesiapa saja yang berada disekelilingku kerna yang pahit itu penawar, tetapi bukan bagiku, yang pahit tetap akan selamanya, biar aku menanggung asalkan ada yang bahagia. Itulah aku. Senyuman atau tawa yang tak bermakna bakal menutup segala keperitan yang meruntun hati ini, bermula saat ini. Aidiladha tidak bersalah, yang terasa hanya aku. Only me!!

No comments:

Post a Comment

say hi to me..i say hello to you toooo...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...