Showing posts with label ramadhan to raya. Show all posts
Showing posts with label ramadhan to raya. Show all posts

Thursday, August 16, 2012

Attraction Raya

Raya-raya, wah harini betul -betul la rasa mood raya dah sampai..
Esok Dya dah start cuti, lagi la malam nie pulak nak bertolak balik Perlis, terasa berdebar-debar.
Mungkin sebab ini first time Dya rasa perasaan balik ke kampung untuk beraya memanga teruja.
Rindunya pada ayah dan bunda.

Persiapan raya, untuk apa yang Dya perlu dapatkan disini(Putrajaya) dah complete semuanya cuma tunggu untuk persiapan 4-5 helai baju lagi untuk ayah dan bunda, baju diorang takut nak beli kat sini, takut silap saiz. Semuanya akan disempurnakan, esok sesampainya Dya ke Perlis. Bajet untuk persiapan raya kat sana pun Dya dah tetapkan. Alhamdulillah, syukur rezeki kali nie, dapat Dya buat duit raya untuk bunda dan ayah. First time nak bagi, bunda dan ayah hasil kerja diri sendiri, sebelum nie tau mintak aje..hehe.. bahagianya rasa..

Sebelum nie, rancangan asal untuk pulang pada hari jumaat, tapi rancangan baru pulangnya malam ini... wah hebat rasanya.. petang nie  Dya tak mau masak, nak makan beli je ataupun fast food je untuk berbuka.
Kalau nak masak-masak nanti lambat pulak, ye la, masak-makan-ngemas balik.. pukul brapa nak sempat balik. Tapi kalau buat sandwich tu boleh, sebab boleh makan waktu berbuka kat dalam keta nanti. Ok. nanti tengahari Dya balik buat ok. My sister and bro, korang makan je sandwich untuk berbuka, boleh jimat nak raya nie haha...(muka kedekut)...

Ungu Violet.
Ermm.. Tema family kitorang tahun nie adalah ungu, purple..hehe Tahu tak Dya suka sangat warna nie, tak tahu kenapa, JUST LIKE IT!!
Mulanya susah jugak nak warna ape, tapi just decide and then sebarkan hehe.. Dah semua setuju, So Dya menang la...
Mula tu ingat senang la nak cari baju-baju yang warna cam tu tapi skali pening jugak otak nie, tambahnya bila nak cari baju melayu. Akak Dya kan jenis manusia yang cerewet, so bila Dya pilih baju mesti la nak yang unik, orang tak pernah pakai, fabrik ape dan macam2 lagi. Penat la kalau ikut dia pergi shopping.. mesti lenguh punya, Nasib baik la tahun nie Dya tak ikut.. Selamat..

Harini ofis sunyi je, kan dah ramai yang balik raya, cuma tinggal baki-baki je yang sayang nak tinggalkan ofis,keke(diri sendiri..)
harini kerja tak banyak, boleh cakap takdepun, tu yang boleh bersenang lenang sikit nie..hehe..
Ooh ye tak ye, sekolah kan cuti harini..mesti jem.. haha.. takpe nanti malam Dya spare kan roti banyak-banyak yer..
Dya's Weather: Tak sabar nak balik raya!!
 Bunda, Ayah miss you SO MUCH..

Monday, August 13, 2012

5 days to go..dak sabar










selamat pagi, salam sejahtera, and good morning..morninggg and morninggg..
Wahh, pagi ni Dya bukan main ceria lagi... (mood sampai awal ke ofis..wahaha). Pagi nie awal je Dya nak merepek kat sini kan.. ye la mana taknya, sedar tak sedar tinggal 5 hari je lagi... hehe NAK RAYA LA..
Tahu tak macam mana senang dan gembiranya hati nie.. walaupun persiapan raya tak la semegah dan semewah mana, tapi yang penting keikhlasan dan kenikmatan kita menyambutnya, betol tak? 
Biar jawab sendiri..
Aah Betol-Betol.

Sesi Dya Cakap-Cakap!!
Nak cakap, nak bagitau, dan nak habaq nie.. Dya n family punya persiapan raya tahun nie, boleh kata tak bersiap pun, Dya tak tahu kenapa? Dulu kalau tahun2 lepas selalu  seminggu nak raya persiapan semua dah ready dah.. tapi tahun ni muram semacam. Ntahlah, mungkin sebab tahun nie Dya kat sini(keje), dulu time menganggur dan masa belajar slalunya Dya yang beria-ria belikan itu ini untuk ayah bunda adik dan persiapan rumah. Memang dah hujung-hujung ramadan nie memang tak lekat kat rumah la, buat persiapan raya, beli kueh raya, baju raya ,raya dan raya. Dalam kepala nie untukkk raya je... Tak sempat nak pikir benda lain.
Tapi tahun nie lain la, mood dari awal ramadan sampai sekarang asyik berubah-ubah je, kadang naik bosan pon ade. Persekitaran yang tak baik mungkin mendorong mood yang tak betul nie.. Terasa nak balik rumah ayah dan bunda je. Aahh.. rindu nya.. Rindu setengah mati..

Alah tak dapat nak meneruskan catattan pd hari nie ade meeting...Huh awalnya meeting!!!

Dya's weather : Hot and Cold from the morning..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...