Showing posts with label Life and Love. Show all posts
Showing posts with label Life and Love. Show all posts

Thursday, October 25, 2012

One Fine day

Salam petang, petang yang sangat indah.
Salam Aidiladha buat semua yang bakal menyambut Aidiladha pada besok hari. Petang ini pasti sangat indah buat mereka-mereka yang akan menyambut Aidiladha bersama keluarga, serta yang membuat korban haiwan ternakan samaada lembu atau kambing, selamat hari raya korban..
Pasti bermula petang ini semua lalulintas akan mengalami kesesakan ( ceh wahhh, macam pegawai pelapor trafik semasa je..keke), terutamanya lebuhraya utara-selatan, timur-barat. Dan tak lupa juga lalulintas yang menghala ke Kelantan dan Terengganu.

Waahh, bestnya nak raya. Yang Dya paling suka time raya nie satu je, untuk semua hari raya adalah apabila semua ahli keluarga berkumpul. Itulah yang Dya paling idamkan apabila tibanya malam raya, pagi raya, hari raya. Semua ahli keluarga akan berkumpul, berbual, dan melakukan persiapan bersama-sama, itulah yang Dya paling idam-idamkan.

Tapi Dya sedih sikit(tak banyak, sikit je la...) tiap-tiap kali raya, bila family Dya berkumpul mesti ada salah faham, mesti ada yang tak puas hati dan gaduh.. itu  yang Dya paling terkilan sedikit. Entahlah kenape macam tu ye?? Terima dengan seadanya..

Untuk Raya Haji pada kali nie, percaya tak Dya tak balik raya??  Mulanya 2-3 hari lepas tak la terasa ape-ape, tapi petang nie, rasa macam sebak n sedih je.. tak tahu kenapa(malas nak cakap). Nie la first time Dya sambut raya, sorang2 lagi. Memang sedih dah rasa, tapi buat macam tak de pa pe. Memang la raya Haji je, tapi raya tetap raya. Walaupun lepas 2minggu raya Dya balik kampung jugak, tapi perasaannya tetap tak sama.

Sebenarnya ada sebab Dya tak balik raya kali nie, tapi biarlah Dya simpan dalam hati. Nak diluah tak sampai hati, Nak ditelan takut terluka diri. Serba salah biarlah Dya tanamkan jauh-jauh dalam hati.
Selalu tiap-tiap kali raya Dya akan sibuk membuat persiapan walaupun tak semewah mana tetapi perasaan excited untuk hari raya sangat berkobar-kobar dalam diri. Kalau masa memasak untuk juadah raya, Dya akan suruh mak jugak ade kat dapur sebab mak main chef, Dya pulak cuma asst, walaupun mak belum sembuh sepenuhnya daripada penyakit stroknya, tapi mak tetap bersemangat untuk menyambut raya walaupun mak sentiasa kata dia tak semangat untuk sambuat raya selepas kemalangan yang menimpanya empat tahun lepas yang diikuti dengan strok setahun selepas itu. Tapi walau macam manapun emak tetap membantu Dya dalam persiapan. Kalau time masak tu Dya akan siapkan bahan2 campurkan bahan2 kemudia tugas merasa dan menyedapkan lagi makanan, Dya memang serah pada mak, sebab mak lagi arif tentang bab tu...kekek...  Kalau suruh Dya yang rasa habislah... Sebabnya Dya hanya tahu dua jenis rasa je, iaitu SEDAP @TAK SEDAP JE.. Tiap-tiap kali kalau mak suruh rasa Dya akan bagi salah satu jawapan tersebut, dan lepas tu mulalah mak nak naik angin..hehe  Lain ditanya lain dijawab...

Sangat Senang hati bila teringatkan suasana masa tu, semuanya kenangan.  Waaa.... Ini adalah post yang pertama sejak tahun 2007, Dya mulakan blog, post kali ini diiringi dengan titisan air mata, aduh tak boleh kena cover nie. Bagi membuktikan pemilik nama Nurdiyana ini mempunyai hati yang kebal dan kuat, tak pernah mengalah dan putus asa, serta tak pernah sedih.

Tapi kalau sedih simpan dalam hati, sorang je tau. bila tak tahan nangis sorang-sorang bawah bantal. janji tak de orang tahu. Sebab kalau orang tahu akan kata Dya lemah dan tak kuat. konon nak jaga status diri, yang selalu cool dan fresh jer tak kira apa terjadi. Tapi hati yang bergolak, tunggu masa nak meletup simpan kat dalam. Tak pernah nak marah kalau depan orang konon nak jaga air muka. Tapi tak tau sampai bila. Perangai sebenar kalau orang-orang kenal boleh dikatakan panas baran. Belum kenal belum tau.
Bagi Dya, biar mula-mula persepsi orang yang baru kenal dengan kita semuanya baik-baik je, apa yang penting adalah pandangan pertama orang pada kita, akan menjadi ingatan sampai bila-bila.

Erm dah banyak celoteh, Dah habis sudah setiap kata yang tersimpan dalam hati Dya tampalkan kat sini. Rasa lega sikit dah. Lastly, SalamAidiladha, bersama kita menghayati erti pengorbanan.
Dya's weather forecast for today: Cool, but not fresh, maybe will have a heavy rain or snow..we never know. ... Anything is possible.. Alone...

Wednesday, October 17, 2012

Cameron Version 4

 Selamat pagi, hari yang indah, bunga-bunga kembang mekar menandakan hari ini akan membuatkan hidupku seceria-cerianya(ye la tu..).

Rencanakan penceritaan sambil mendengar lagu dari T-Ara- Don't Leave DOWNLOAD LINK mp3


Dalam post yang lepas Dya ada cerita yang my sis and my bro, nak ke cameron so, Dya tak dapat ikut sebab keje kan. Tapi weekend yang lepas nie terjadilah Cameron version 4. Dah 4 kali menjejakkan kaki di tempat sejuk tu, walaupun tak berapa nak sejuk sangat. Tapi bolehlah kalau nak dibandingkan dengan negeri lain di malaysia, Cameron boleh lah dikategorikan seperti Jeju-Do Malaysia, Nak juga Korea nye.. hehehe

Rasanya lepas nie dah tak nak pergi dah, sebabnya dah tak larat nak tanggung mabuk, dan pening naik kereta. Ruginya kan orang yang mudah mabuk keta nie.. Tak boleh jalan jauh sikit mulalah dia nak muntah segala, Tapi setakat nie baru sekali je perkara tu terjadi kepada diri ini iaitu pada kali pertama naik Cameron, itupun masa tu masih guna jalan lama. Likuk dan lekuk untuk jalan lama tu banyak sangat. Sekarang ok sikit lah sebab jalan dah baru tapi still lagi berpusing kepala nie, biasalah jalan bukit.

Memandangkan ini dah kali yang ke-4, perasaan excited tu dah kurang sikit, sebab dah selalu pergi, jadi dah tahu ape yang ada kat atas tu. Tapi kai ini apa yang dya perasan ada satu kelainan sikit, dulu kalau pergi nak beli hiasan yang berunsurkan strawberi seperti bantal atau bola-bola starwberi tu, yang kita selalau nampak adalah selalunya warna merah atau hijau, tapi kali ini yang Dya perasan sudah ada Starwberi warna hitam, ungu dan kuning. Banyak variasi, mula-mula macam pelik, tapi Ok la..

Kitorang pergi pun sebab permintaan my sis, biasalah my sis tiap-tiap kali pregnant mesti nak naik Cameron.  Entah apa yang dia syok sangat kat atas tu tak tahu la. Selain daripada cendawan goreng dan teh Cameron valley tu, yang lain semua dia tak layan. Percaya tak kitorang naik Cameron semata nak minum teh and Cendawan goreng, pelikk.. But that's true.. That's my sister.. Weekend yang letih, tapi lebih baik dari weekend Dya yang lepas-lepas.

                                                         tempek bahan bukti kejadian... 
Dya's weather forecast for today: It won't be a life where everyday is clear and mild, but even if   a pitch black darkness passes, where nothing can be seen, if this world  and I are together, I feel like can muster up the courage and continue walking.

Monday, September 24, 2012

Morning Prayer, Sept Week 4

Mornings....
Hope monday morning is a new good day for us..

Pukul 9.00pg tadi, baru je lepas kitaorang punya small event for morning prayer. Events nie selalu kita adakan pada hari pertama minggu baru, itu sebab la kita panggil Morning Prayer. Banyak la perkara berbangkit dan terbangkit. 
Macam-macam perkara naik semak, jugak otak nak terima semua, pelbagai masalah baru dan lama. By the way, kalau pasal kerja, setakat ni semua ok. Morning prayer pagi tadi khusus untuk terangkan aktiviti setiap pegawai and staff. Kemana nak pergi, event apa bagaimana, bila dan kenapa.

First, disebabkan minggu ini adalah minggu terakhir bulan, jadi kitorang memang akan mula sibuk. Tiap-tiap bulan selalu macam nie. Pada hari Rabu 26 Sept, akan diadakan Mesyuarat JKTP bil.8 untuk  2012. Paling lambat esok dah mula kena prepare semua data-data maklumat dan fail. Pada Rabu Pagi Mesyuarat pukul 9.00pg, Kemudian pada sebelah petangnya, HUKUMNYA HARUS, mengUPDATE semua maklumat-maklumat projek yang terkini sebanyak 40 projek pembangunan di Sarawak. Semua maklumat nie mesti habis update sebelum Jumaat minggu tersebut.. kekeke nasib..

Dya take care  maklumat projek negeri Sarawak sahaja. Negeri-negeri lain, telah dibahagikan sama rata dengan staf yang lain. Nasib baik Dya dapat Sarawak... hehe suke..suke..


Minggu ni desktop pc dah penuh dengan Senarai WHAT TO DO!!
Mana taknya minggu ni jugak Dya kena hadiri Exam SPA di PICC, Putrajaya, nasib baik hari sabtu, jadi tak menganggu hari kerja. Tapi Dya kena STUDY, itu yang lemah sikit, tu nak faham balik semua soalan matematik waktu SPM, dan Diploma tu bukan main susah lagi. Sudahlah tu, matematik adalah merupakan subjek non-favorite buat Dya. Memang risau sangat. Tapi apapun dya akan cuba yang terbaik. Dya baru je start Study sikit-sikit, biasala buat perangai lama balik. STUDY LAST MINUTE IS MY MOTO.
Tak tahu nak jadi apa?? Pusing kepala!!


Harap Semua Berjalan Lancar...

Dya's Weather: I'm so cool, want a simple day and a simple view.
want to remove the boredom in me

Thursday, August 16, 2012

Attraction Raya

Raya-raya, wah harini betul -betul la rasa mood raya dah sampai..
Esok Dya dah start cuti, lagi la malam nie pulak nak bertolak balik Perlis, terasa berdebar-debar.
Mungkin sebab ini first time Dya rasa perasaan balik ke kampung untuk beraya memanga teruja.
Rindunya pada ayah dan bunda.

Persiapan raya, untuk apa yang Dya perlu dapatkan disini(Putrajaya) dah complete semuanya cuma tunggu untuk persiapan 4-5 helai baju lagi untuk ayah dan bunda, baju diorang takut nak beli kat sini, takut silap saiz. Semuanya akan disempurnakan, esok sesampainya Dya ke Perlis. Bajet untuk persiapan raya kat sana pun Dya dah tetapkan. Alhamdulillah, syukur rezeki kali nie, dapat Dya buat duit raya untuk bunda dan ayah. First time nak bagi, bunda dan ayah hasil kerja diri sendiri, sebelum nie tau mintak aje..hehe.. bahagianya rasa..

Sebelum nie, rancangan asal untuk pulang pada hari jumaat, tapi rancangan baru pulangnya malam ini... wah hebat rasanya.. petang nie  Dya tak mau masak, nak makan beli je ataupun fast food je untuk berbuka.
Kalau nak masak-masak nanti lambat pulak, ye la, masak-makan-ngemas balik.. pukul brapa nak sempat balik. Tapi kalau buat sandwich tu boleh, sebab boleh makan waktu berbuka kat dalam keta nanti. Ok. nanti tengahari Dya balik buat ok. My sister and bro, korang makan je sandwich untuk berbuka, boleh jimat nak raya nie haha...(muka kedekut)...

Ungu Violet.
Ermm.. Tema family kitorang tahun nie adalah ungu, purple..hehe Tahu tak Dya suka sangat warna nie, tak tahu kenapa, JUST LIKE IT!!
Mulanya susah jugak nak warna ape, tapi just decide and then sebarkan hehe.. Dah semua setuju, So Dya menang la...
Mula tu ingat senang la nak cari baju-baju yang warna cam tu tapi skali pening jugak otak nie, tambahnya bila nak cari baju melayu. Akak Dya kan jenis manusia yang cerewet, so bila Dya pilih baju mesti la nak yang unik, orang tak pernah pakai, fabrik ape dan macam2 lagi. Penat la kalau ikut dia pergi shopping.. mesti lenguh punya, Nasib baik la tahun nie Dya tak ikut.. Selamat..

Harini ofis sunyi je, kan dah ramai yang balik raya, cuma tinggal baki-baki je yang sayang nak tinggalkan ofis,keke(diri sendiri..)
harini kerja tak banyak, boleh cakap takdepun, tu yang boleh bersenang lenang sikit nie..hehe..
Ooh ye tak ye, sekolah kan cuti harini..mesti jem.. haha.. takpe nanti malam Dya spare kan roti banyak-banyak yer..
Dya's Weather: Tak sabar nak balik raya!!
 Bunda, Ayah miss you SO MUCH..

Wednesday, August 08, 2012

Star to the Moon

Wednesday, Morningggg.. Hari nie Diya Nak buka kembali lembaran pondok buruk Diya yang telah lama bersarang.. Kemalasan tahap gaban yang tidak dapat digambarkan meruntun diri..hehe (shortform nye=PEMALAS) hari nie dengan wajah dan title header yang baru, Dya nak start balik dengan posting baru, kalau boleh tu satu hari satu post.. harap je la.. kadang-kadang tu bila penyakit malas tu dah datang, ermmm jangan cakap la..nak cari idea sikit-sikit kat celah kuku pun takde.. Nasib..

(asalnya nak letak gambar kuning cari2 tak ade, nak buat malas.. yg ado je la..)

Nak tahu tak kenapa Dya pilih Star To The Moon? sebab Dya suka bulan dan bintang, tambah-tambah lagi nak raya nie lagi la suka.. Kalau takde bulan dan bintang tak meriah la raya kan, kan? Ye la lampu Liplap@kelip-kelip tak ceria la, kan bintang dengan bulan tu selalu ada kat lampu Liplap tu.hehehe..

Mulai saat ini, Dya lebih suka jadikan blog ini sebagai diari harian, tak kisah la ape orang nak cakap, tapi Dya cuma suka-suka dan nak buat apa yang Dya suka.. Happy Always...

Sekarang nie dah menamatkan zaman bergelar sebagai pelajar dah kira-kira dua bulan, dan dah pun bergelar sebagai pekerja pula di Bahagian Perancangan dan Pembangunan di KKM Putrajaya. Alhamdulillah, Dan syukur kepada Allah kerana berkat doa Diya padaNya dan juga dengan izinNya, serta restu ayah bonda, Dya mendapat pekerjaan sekarang, inilah permulaan kehidupan Dya setelah penat membanting tulang, mentelaah dan menimba ilmu sejak kecil, Terima Kasih Allah. Terima Kasih Ayah, Terima Kasih Bonda. 
    thank from dyana
Sayang Achik untuk Semua...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...