Thursday, October 25, 2012

One Fine day

Salam petang, petang yang sangat indah.
Salam Aidiladha buat semua yang bakal menyambut Aidiladha pada besok hari. Petang ini pasti sangat indah buat mereka-mereka yang akan menyambut Aidiladha bersama keluarga, serta yang membuat korban haiwan ternakan samaada lembu atau kambing, selamat hari raya korban..
Pasti bermula petang ini semua lalulintas akan mengalami kesesakan ( ceh wahhh, macam pegawai pelapor trafik semasa je..keke), terutamanya lebuhraya utara-selatan, timur-barat. Dan tak lupa juga lalulintas yang menghala ke Kelantan dan Terengganu.

Waahh, bestnya nak raya. Yang Dya paling suka time raya nie satu je, untuk semua hari raya adalah apabila semua ahli keluarga berkumpul. Itulah yang Dya paling idamkan apabila tibanya malam raya, pagi raya, hari raya. Semua ahli keluarga akan berkumpul, berbual, dan melakukan persiapan bersama-sama, itulah yang Dya paling idam-idamkan.

Tapi Dya sedih sikit(tak banyak, sikit je la...) tiap-tiap kali raya, bila family Dya berkumpul mesti ada salah faham, mesti ada yang tak puas hati dan gaduh.. itu  yang Dya paling terkilan sedikit. Entahlah kenape macam tu ye?? Terima dengan seadanya..

Untuk Raya Haji pada kali nie, percaya tak Dya tak balik raya??  Mulanya 2-3 hari lepas tak la terasa ape-ape, tapi petang nie, rasa macam sebak n sedih je.. tak tahu kenapa(malas nak cakap). Nie la first time Dya sambut raya, sorang2 lagi. Memang sedih dah rasa, tapi buat macam tak de pa pe. Memang la raya Haji je, tapi raya tetap raya. Walaupun lepas 2minggu raya Dya balik kampung jugak, tapi perasaannya tetap tak sama.

Sebenarnya ada sebab Dya tak balik raya kali nie, tapi biarlah Dya simpan dalam hati. Nak diluah tak sampai hati, Nak ditelan takut terluka diri. Serba salah biarlah Dya tanamkan jauh-jauh dalam hati.
Selalu tiap-tiap kali raya Dya akan sibuk membuat persiapan walaupun tak semewah mana tetapi perasaan excited untuk hari raya sangat berkobar-kobar dalam diri. Kalau masa memasak untuk juadah raya, Dya akan suruh mak jugak ade kat dapur sebab mak main chef, Dya pulak cuma asst, walaupun mak belum sembuh sepenuhnya daripada penyakit stroknya, tapi mak tetap bersemangat untuk menyambut raya walaupun mak sentiasa kata dia tak semangat untuk sambuat raya selepas kemalangan yang menimpanya empat tahun lepas yang diikuti dengan strok setahun selepas itu. Tapi walau macam manapun emak tetap membantu Dya dalam persiapan. Kalau time masak tu Dya akan siapkan bahan2 campurkan bahan2 kemudia tugas merasa dan menyedapkan lagi makanan, Dya memang serah pada mak, sebab mak lagi arif tentang bab tu...kekek...  Kalau suruh Dya yang rasa habislah... Sebabnya Dya hanya tahu dua jenis rasa je, iaitu SEDAP @TAK SEDAP JE.. Tiap-tiap kali kalau mak suruh rasa Dya akan bagi salah satu jawapan tersebut, dan lepas tu mulalah mak nak naik angin..hehe  Lain ditanya lain dijawab...

Sangat Senang hati bila teringatkan suasana masa tu, semuanya kenangan.  Waaa.... Ini adalah post yang pertama sejak tahun 2007, Dya mulakan blog, post kali ini diiringi dengan titisan air mata, aduh tak boleh kena cover nie. Bagi membuktikan pemilik nama Nurdiyana ini mempunyai hati yang kebal dan kuat, tak pernah mengalah dan putus asa, serta tak pernah sedih.

Tapi kalau sedih simpan dalam hati, sorang je tau. bila tak tahan nangis sorang-sorang bawah bantal. janji tak de orang tahu. Sebab kalau orang tahu akan kata Dya lemah dan tak kuat. konon nak jaga status diri, yang selalu cool dan fresh jer tak kira apa terjadi. Tapi hati yang bergolak, tunggu masa nak meletup simpan kat dalam. Tak pernah nak marah kalau depan orang konon nak jaga air muka. Tapi tak tau sampai bila. Perangai sebenar kalau orang-orang kenal boleh dikatakan panas baran. Belum kenal belum tau.
Bagi Dya, biar mula-mula persepsi orang yang baru kenal dengan kita semuanya baik-baik je, apa yang penting adalah pandangan pertama orang pada kita, akan menjadi ingatan sampai bila-bila.

Erm dah banyak celoteh, Dah habis sudah setiap kata yang tersimpan dalam hati Dya tampalkan kat sini. Rasa lega sikit dah. Lastly, SalamAidiladha, bersama kita menghayati erti pengorbanan.
Dya's weather forecast for today: Cool, but not fresh, maybe will have a heavy rain or snow..we never know. ... Anything is possible.. Alone...

No comments:

Post a Comment

say hi to me..i say hello to you toooo...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...