Wednesday, August 08, 2012

Star to the Moon

Wednesday, Morningggg.. Hari nie Diya Nak buka kembali lembaran pondok buruk Diya yang telah lama bersarang.. Kemalasan tahap gaban yang tidak dapat digambarkan meruntun diri..hehe (shortform nye=PEMALAS) hari nie dengan wajah dan title header yang baru, Dya nak start balik dengan posting baru, kalau boleh tu satu hari satu post.. harap je la.. kadang-kadang tu bila penyakit malas tu dah datang, ermmm jangan cakap la..nak cari idea sikit-sikit kat celah kuku pun takde.. Nasib..

(asalnya nak letak gambar kuning cari2 tak ade, nak buat malas.. yg ado je la..)

Nak tahu tak kenapa Dya pilih Star To The Moon? sebab Dya suka bulan dan bintang, tambah-tambah lagi nak raya nie lagi la suka.. Kalau takde bulan dan bintang tak meriah la raya kan, kan? Ye la lampu Liplap@kelip-kelip tak ceria la, kan bintang dengan bulan tu selalu ada kat lampu Liplap tu.hehehe..

Mulai saat ini, Dya lebih suka jadikan blog ini sebagai diari harian, tak kisah la ape orang nak cakap, tapi Dya cuma suka-suka dan nak buat apa yang Dya suka.. Happy Always...

Sekarang nie dah menamatkan zaman bergelar sebagai pelajar dah kira-kira dua bulan, dan dah pun bergelar sebagai pekerja pula di Bahagian Perancangan dan Pembangunan di KKM Putrajaya. Alhamdulillah, Dan syukur kepada Allah kerana berkat doa Diya padaNya dan juga dengan izinNya, serta restu ayah bonda, Dya mendapat pekerjaan sekarang, inilah permulaan kehidupan Dya setelah penat membanting tulang, mentelaah dan menimba ilmu sejak kecil, Terima Kasih Allah. Terima Kasih Ayah, Terima Kasih Bonda. 
    thank from dyana
Sayang Achik untuk Semua...

No comments:

Post a Comment

say hi to me..i say hello to you toooo...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...