Atiq kini kembali ke Putrajaya, adikku yang bongsu sekarang menjaganya. Tetapi bera hati untuk berpisah dengannya di malam itu. Aku berlakon lagi, kesedihan malam itu berjaya aku tutup dengan kegembiraan palsu aku. Tetapi hatiku meronta sahaja. Hanya yang tahu pasti akan merasa.
Kini setiap hari aku pilu, aku tak dapat lagi melihat wajah comel atiq yang selalunya nakal dan membuat huru hara di rumah. selama bersama denganku, tak pernah sekalipun aku memarahinya walaupun dia terlalu nakal, kerna umurnya baru sahaj setahun, semuanya ingin dicobanya.
Aku masih lagi terbawa-bawa dengan rutin harian sewaktu menjaganya, aku akan bangun seawal 5 pagi untuk buatkan susu untuk Atiq, tapi pabila aku membuka mata baru aku tersedar bahawa atiq bukan disini lagi. Setiap petang aku akan membawa atiq berjalan-jalan, tapi kini tidak lagi. Tetapi aku harap, mereka yang menjaganya, tolonglah menjaganya dengan sebaik mungkin. Bagiku dia adalah nyawaku. Bila dia tiada disisiku seolah-olah nyawa dan badanku tak lagi bersatu. Walaupun dia bukanlah anakku tetapi kasihsayangku kepadanya seluas alam cakerawala. Walaupun gelap tetapi indah..
Ini adalah kenanganku pada Atiq yang selalu ditatap apabila kerinduan mula menjelma..
Semasa Aidilfitri yang lalu
di rumah di perlis
No comments:
Post a Comment
say hi to me..i say hello to you toooo...