Friday, August 07, 2009

DOAKANKU SEMOGA BERJAYA

Alhamdulillah, Dya baru saja selesai mendaftar permohonan sambung belajar kat Politeknik. Harapan semoga permohonan Dya tu diterima lah.Insyallah. Kali nie Dya mohon untuk Diploma, haritu buat sijil jer, tak puas hati lagi, tapi kursus yang diberi adalah Sijil Teknologi Maklumat(Pengaturcaraan). Itu saja pilihan yang ada sebab, memang tidak diberi pilihan lain. Member yang lain dah lama dah mendaftar permohonan nie tapi Dya baru jer nak buat. Entahlah selalu sangat terbabas lupa haluan.
Untuk Diploma kali nie hanya 2 tahun sebab tu la kalau boleh nak sangat diterima untuk in-take Jan 2010 nie. Kursus kali nie jangan cakap laa Dya pun pikir 2 kali nak ambik kursus nie. Dya nie lemah sikit dalam aturcara nie. Nak coding sana coding sini memang terbabas lah Dya. Tapi Dya nak buat macam mana lagi Dya terpaksa jugak untuk tempuhi perjalanan ini. Dah tak boleh undurkan lagi. Ini kerana, kalau Dya tolak kursus ini masa depan yang Dya rancang akan putus ditengah jalan. Lagi satu ini harapan Ayahanda dan Bunda, Dya tak nak hampakan mereka, Dya nak mereka bangga dengan Dya. Kejayaan yang Dya bakal perolehi akan berbaloi untuk mereka selama membesarkan Dya kerana dapat melihat anak mereka ini berjaya. Lagipun Diploma yang Dya pohon nie untuk satu tahun saja masa pembelajarannya=2 sem. Yang penting Dya kena fokus tumpukan perhatian hanya untuk kursus nie saja. Dya tak nak lagi kenangan dulu terjadi lagi. Dya akan berusaha untuk berjaya walau sesukar atau sesusah mana pun. Harapnya Dya dpat sambung pengajian nie di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin lagi. Nak tahu sebab apa? Sebab Yuran Pendaftaran yang dikenakan murah sikit berbeza kalau Dya dapat di Poli yang lain. Insyaallah. Semoga berjaya untuk diriku.. erm;

No comments:

Post a Comment

say hi to me..i say hello to you toooo...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...