Untuk Diploma kali nie hanya 2 tahun sebab tu la kalau boleh nak sangat diterima untuk in-take Jan 2010 nie. Kursus kali nie jangan cakap laa Dya pun pikir 2 kali nak ambik kursus nie. Dya nie lemah sikit dalam aturcara nie. Nak coding sana coding sini memang terbabas lah Dya. Tapi Dya nak buat macam mana lagi Dya terpaksa jugak untuk tempuhi perjalanan ini. Dah tak boleh undurkan lagi. Ini kerana, kalau Dya tolak kursus ini masa depan yang Dya rancang akan putus ditengah jalan. Lagi satu ini harapan Ayahanda dan Bunda, Dya tak nak hampakan mereka, Dya nak mereka bangga dengan Dya. Kejayaan yang Dya bakal perolehi akan berbaloi untuk mereka selama membesarkan Dya kerana dapat melihat anak mereka ini berjaya. Lagipun Diploma yang Dya pohon nie untuk satu tahun saja masa pembelajarannya=2 sem. Yang penting Dya kena fokus tumpukan perhatian hanya untuk kursus nie saja. Dya tak nak lagi kenangan dulu terjadi lagi. Dya akan berusaha untuk berjaya walau sesukar atau sesusah mana pun. Harapnya Dya dpat sambung pengajian nie di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin lagi. Nak tahu sebab apa? Sebab Yuran Pendaftaran yang dikenakan murah sikit berbeza kalau Dya dapat di Poli yang lain. Insyaallah. Semoga berjaya untuk diriku..
Friday, August 07, 2009
DOAKANKU SEMOGA BERJAYA
Untuk Diploma kali nie hanya 2 tahun sebab tu la kalau boleh nak sangat diterima untuk in-take Jan 2010 nie. Kursus kali nie jangan cakap laa Dya pun pikir 2 kali nak ambik kursus nie. Dya nie lemah sikit dalam aturcara nie. Nak coding sana coding sini memang terbabas lah Dya. Tapi Dya nak buat macam mana lagi Dya terpaksa jugak untuk tempuhi perjalanan ini. Dah tak boleh undurkan lagi. Ini kerana, kalau Dya tolak kursus ini masa depan yang Dya rancang akan putus ditengah jalan. Lagi satu ini harapan Ayahanda dan Bunda, Dya tak nak hampakan mereka, Dya nak mereka bangga dengan Dya. Kejayaan yang Dya bakal perolehi akan berbaloi untuk mereka selama membesarkan Dya kerana dapat melihat anak mereka ini berjaya. Lagipun Diploma yang Dya pohon nie untuk satu tahun saja masa pembelajarannya=2 sem. Yang penting Dya kena fokus tumpukan perhatian hanya untuk kursus nie saja. Dya tak nak lagi kenangan dulu terjadi lagi. Dya akan berusaha untuk berjaya walau sesukar atau sesusah mana pun. Harapnya Dya dpat sambung pengajian nie di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin lagi. Nak tahu sebab apa? Sebab Yuran Pendaftaran yang dikenakan murah sikit berbeza kalau Dya dapat di Poli yang lain. Insyaallah. Semoga berjaya untuk diriku..
Saturday, August 01, 2009
LIFE & LOVE MY ChEnTAhAtI
Oklah balik kepada tajuk asal.. sepanjang berada kat sini (Putrajaya) selalu melihat keletah Atiq Tarique je lah.. Biasala ada saja kegiatan baru yang dia akan lakukan untuk memening dan mengusutkan kepala Dya.. Baby zaman sekarang cerdas genius sesangat. My Chentahati tu baru berumur 10 bulan tapi macam dah umur setahun, beza dengan baby sebaya dengan dia. Atiq nie cepat jemu dengan sesuatu perkara jadi setiap masa dia akan mencuba sesuatu yang baru. Bila dia mencuba biasala, kekadang terjatuh, kekadang tersenget, cukup untuk membuatkan orang menjerit melihat aksi lasaknya. Atiq sekarang tengah belajar berjalan, walaupun belum sepenuhnya lagi dia cukup yakin dengan dirinya, dan Atiq memang tak boleh duduk diam seminit pun, asyik bergerak jer 24 jam. Penat jugaklah jaga hero nie sorang, tapi terhibur tengok keletah dan idea baru yang dia dapat.
Antara perkara yang paling tak tahan dengan Atiq nie, dia suka sepahkan barang mainan dia. Selalunya barang mainan dia kat dalam bakul khas kat ruang tamu. bangun jer pagi dia akan pegi cari mainan dia dulu. Dia buang semua mainan dari bakul tu dan kemudian bila dah habis dia akan tinggalkan mainan dia pegi la cari mainan lain pulak. bukannya dia nak main pun , tapi cuma suka sepahkan... Adoi tension jugak la dibuatnya.Sebab lepastu kena kemaskan.
Kad Astro. Ni satu lagi, masa tengah best jer layan cite Atiq dengan senangnya akan meniti ke dekoder astro untuk menaik kad astro, jadi lepastu nak tengok ape tengok skrin hitam je la... Keddudukan dekoder tu hanya beberapa inci dari lantai, walaupun berada pada almari tv, kedudukannya telah diatur sebegitu rupa...
Mata pun dah ngantuk nie, bila malam tak sedar masa berlalu.
Kasini ada gambar bagaimana atiq mengusutkan kepala dengan keletahnya, dan juga gambar-gambar yang diambil kat Alamanda. walaupun dah banyak kali ke alamanda baru kali nie teringat nak snap beberapa gambar atiq.



Sampai sini saja..
Sunday, July 26, 2009
KERIANGAN BUAH HATIKU
Beberapa memori yang sempat terpaut oleh fonku..
bersantap di Mc D sebelum ke Downtownjalan-jalan kat downtown carik meow-meow Atiq
ke Serting rumah kampung abang Sarol
Atiq membelasah sepupu perempuannya sian budak tu.
kat The Mines abg sarol lawan boling
baby boy my chentahati Atiq..hensome sungguh
AKU DAN SIFAT(salahkah??)
banyak perkara yang mereka lakukan aku tak pernah ambil hati walaupun kadang-kadang aku juga terasa kerana aku juga punya hati. tapi aku tidak menegur kembali perbuatan mereka kerana bagiku itu bukan perkara besar. Tetapi bagi mereka satu ayat yang aku ungkapkan dalam nada gurauan tidak dapat diterima oleh mereka dan menyebabkan satu pergaduhan iaitu"....... jangan lah gelabah kita bukannya nak masuk exam yang sebenar".
Akma, linda, mila, ayu, nadia,wani, terutamanya farah ashila yang mengingatiku hingga kini, terima kasih teman yang menerima aku seadanya sentiasa mengingatkanku semasa aku dalam kealpaan. Lupakan mereka yang kadangkala pernah menghancurkan keyakinanku terhadap diriku sendiri, adalah perkara yang terbaik, jika aku kenangan mereka, hatiku sakit...
Aku bahagia jika punyai teman yang ikhlas, itu sudah memadai
AKU DAN KEHIDUPAN
Selama 2 bulan ini juga dya telah meninggalkan laman ini sendiri, setiap hari dya akan datang kesini membuka lembaran ini, banyak yang ingin diluahkan disini tetapi jari jemari ini tidak terasa ingin dicoretkan sesuatu buat kenangan, walaupun ada banyak luahan isihati yang perlu dirungkaikan agar hati ini menjadi ceria kembali.
Dalam hampir 2 bulan banyak perkara terjadi setelah tamat pengajian, 3 minggu dirumah bunda di kangar. Rutin ku bermula seawal jam 5.oopg dan seterusnya. Atiq Tarique, buah hatiku yang pertama tinggal bersamaku, jadi biasalah untuk menjaga buah hatiku ini bukan senang dia akan mengejutkan aku seawal 5 pagi untuk minum susu. Selain itu hari yang akulalui juga dihiasi dengan mengemas rumah memasak membasuh mencuci dan segalanya. Bagiku ini sudah biasa sejak dari aku menjadi pelajar Poli lagi hujung minggu bercuti di rumah bunda inilah yang aku selalu lakukan.
Dalam pada itu aku selalu merasakan tekanan, bukan apa selepas tamat pengajian, rutin hidup yang aku jalani selama 2 tahun hilang entah kemana. Kuliah, pensyarah ,assignment dan jtmk tiada lagi. Dulu waktu di poli aku bukak bisnes printer, selalunya pendapatan yang aku dapat cukup untuk tanggung aku semasa di poli, kadang-kadang berlebihan pulak. syukur jugak sebab dah tak payah untuk mintak duit pada ayah. Sekarang dan jadi penganggur terasa lain macam sebab duit takde dalam tangan, duit tu memang la penting tapi kasih sayang lagi penting.
Selepas 3minggu aku kerumah kekandaku di Putrajaya bersama buah hatiku jugak, mana boleh berpisah. KERJA, dalam perancangan, aku akan berkerja disini, tetapi bukan sekarang sebab aku nak selesaikan banyak lagi hal yang belum aku selesaikan. Kalau pada orang aku bilang aku masih lagi dalam percutian. Kerja aku disini akan bermula selepas konvokesyen yang bakal dihadiri nanti, dijangka pada bulan 10 ini, Insyallah. Aku akan gunakan sijil yang aku dapat tu untuk menyelitkan diri aku dalam government, itu hanya sementara sahaja kerana dalam rancangan yang lain, aku akan melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi lagi, itulah harapan ayahanda, harapnya hingga ijazah, jadi aku bahagia kalau ayahanda bisa berbangga dengan anaknya ini. Satu rahsia aku tidak mahu menceburkan diri ke alam pekerjaan buat masa ini ialah, aku tidak mahu berpisah dengan orang tersayang yang berada disekeliling aku. Hatiku tidak kebal untuk pertahankan perasaan rindu yang akan beraja dihati apabila berjauhan. Aku akan rindukan bunda tercinta, tetapi kalau bunda benar-benar sihat aku akan lega walaupun sakit rindu datang. Aku akan rindukan buah hatiku Atiq Tarique. Sekarang aku bersamanya tidak pernah berpisah walaupun sesaat, aku tidak tahu bagaimana akan terjadi nanti jika aku berjauhan dari dia. Mengenangkan saat itu hatiku sudah sakit sekali. Aku tidak sanggup sibuk dengan urusan lain tetapi aku rindu pada mereka.. ayahanda, bunda, buah hatiku dan keluargaku.
Tetapi aku mengerti, aku tidak akan dapat ,memperoleh semua itu sekaligus, aku perlu teruskan hidup, aku perlu memberi dan menerima demi kehidupan.
oleh itu selepas selesai urusan pengambilan sijil SPM yang telah lama aku abaikan dan permohonan untuk melanjutkan pengajian, aku akan menjadi individu yang berkerjaya, walaupun mungkin hanya sementara, selepas itu aku akan meneruskan hidupku samaada akan menjadi seorang pelajar lagi atau tidak. Namun begitu aku akan sentiasa belajar dalam hidup.
Friday, April 17, 2009
Tugasan (AVD) Ku untuk Atiq Tarique
Akak, video nie untuk Atiq. Nanti kalau dia dah besar boleh tunjukkan.
Rindu sangat kat Muhd Atiq Tarique.
Dengan sush payahnya baru dapat upload menda nie..Tension betul.
ok. wait and see yeah..
Wednesday, April 15, 2009
Kengkawan Ku
Dya ada cerita berkenaan dengan kengkawan Dya hari nie. To kengkawan soryla sebab Dya nak cita pasal hampa hehe..
Semangat untuk kengkawan ku dengan perisian Counter Strike(CS) bagi student boy, dan yang girl pulak asyik dengan ebuddy diorang sangat berkobar-kobar. Sebab tu jugak lah Dya telah letak widget ebuddy kat page nie. Macam-macam gelagat boleh dilihat. Semalam ada yang jadi lecturer untuk ajar tentang ebuddy. Itulah si Ain cek mek molek dari klate, petah bercakap kalah lecturer. Hari nie pulak yang boy huru-harakan Lab Hyper diorang kejakan, sebab tengah fight Counter Strike. Lucu pun ada jugak bila Cik Zaza, lecturer Web autoring cakap, "kamu nak main,main la tapi janganla bising macam pasar"..
Mungkin Cik Zaza tengah pening, tak dapat lagi nak membendung semangat studentnya untuk main-main kat dlam kelas, yang kelakarnya cik zaza tak pulak marah tapi beri kebenaran, sporting habislah cik zaza nie. Memahami anak-anak muda zaman sekarang..hehe. Tapi sebenarnya cik zaza tu muda lagi dalam 23 macam tu. Still single tapi tak pasti la available ke tak..hehe
Walaupun macam tu diorang still kena buat jugak lab yang diberi. Main, main jugak tapi keje mesti beres.
Dya dulu ada try jugak CS nie asyik kena tembak dan
Dulu akak Dya pernah bagitahu tentang madah nie, tapi tak tau la dia dapat dari mana..
EXAM BIAR GEMPAK.
Masa sekolah menengah ada jugak ikut pepatah tu, tapi satu jer time dalam kelas kena fokus dan faham betul-betul, baru la exam boleh gempak.
Tak lama lagi study dah nak habis, ada jugak rasa sedih sebab mungkin takkan jumpa lagi kengkawan. Tapi bila diingat balik, ada kengkawan yang agak berkawan kerana kepentingan dan terpaksa serta kureng ikhlas nie, terasa nak cepat-cepat jer tamatkan study nie. Ingat dihati kenapa ada orang yang macam nie, tak boleh kah kalau menerima seseorang itu dengan seadanya dan tanpa banyak rungutan. BERKAWAN SEADANYA.
Kejap tadi baru siapkan permohonan kerja kat KKM, itu pun akak yang suruh isi permohonan tu. Isi je la lagipun tak rugi. Tapi ingat dihati nak study lagi sampai ijazah baru pikir soal keja dan lain-lain. Tak kesah lah apapun janji cita-citaku akan tercapai walau sejauh mana perjalanan dan rintangan untuk ditempuhi.
Rasanya cukup setakat ini saja catatan tuk kali nie...
Tuesday, April 07, 2009
Kenangan Tersirat
Apa yang nak dikarang nie sudah
Sepanjang hari yang Dya telah lalui selama ini:
1. Dimulakan dengan Karnival ICT,PTSS. Dya tak ambil acara apapun cuma bantu booth JMSK (Jabatan Matematik Sains dan Komputer).
2. Pada hari khamis, Karnival berlangsung Dya mendapat call dari adik, yang bunda ada masuk hospital. Hati ada la rasa tak sedap jugak pagi tu. Untuk itu terus ambil keputusan untuk pulang ke rumah pd hari tu juga. Sampai kat rumah ambik Atiq Kat rumah jiran sebab ayah tinggalkan Atiq kat rumah jiran, mummy dan daddy dia ada kat Putrajaya. Selepas ayah pulang dapat tahu bunda kena Strok sebelah badan."Ya Allah satu lagi dugaan menimpa bunda selepas kemalangan haritu". Mungkin ini kesannya selepas kemalangan tragis itu.
3. Hujung minggu yang lepas, kerja-kerja untuk melaksanakan tugasan terpaksa dilakukan juga. Final project kumpulan ini untuk subjek Audio Video Digital(AVD). Bagi kumpulan Dya, kami memilih untuk membuat dokumentari tentang "Jelajah Perlis" agak menyeronokkam jugak la tugasan nie walaupun ada sedikit sebanyak masalah yang terpaksa di harungi.
4. Pada hari ahad, Atiq Tarique mengalami deman yang agak teruk, suhu badanya mencecah 3.8'c. Atiq ditahan di wad Pediatrik HTF, selama 2 hari. Kesian la tengok Atiq rasa sayu tengok muka dia sebelah malam, asyik nangis. yang kesian skali bila sebelah malam demamnya naik memuncak, demam malam. Alhamdulillah Atiq sekarang dah agak sihat cuma ada sedikt sahaja lagi demam yang belum kebah. Namun begitu Atiq masih lagi seorang yang Hyperactive walau macam manapun keadaanya. Mok'cik cayangggg Atiq..
5. Kuliah bermula pada hari selasa, dengan alasan pada harI Isnin ada konvokesyen kali ke-3 untuk PTSS.
posing di taman herba dan ladang anggur..
dara pingitan gitu "TEAM AV(AUDIO VIDEO) PRODUCTION"
Friday, March 06, 2009
Friday, January 02, 2009
TAHUN 2009
Sepanjan cuti selepas Latihan Industri, keseluruhannya boleh dikatakan dihabiskan di rumah kakak di Putrajaya. Selain itu banyak juga perkara yang berlaku. Sememangnya ianya tak pernah dirancang dengan teliti tapi secara spontan. Dalam waktu bergembira itu, ada benar juga kata orang, pasti ada sedikit sebanyak kesedihan yang bakal mengiringi kegembiraan yang kita kecapi. Begitulah kehidupan. Tak usah kita sesal atau bertanya mengapa kita susah, kerana ada masanya kita gembira. Hidup ini bagaikan roda sentiasa berputar, Jadi harungilah hidup kita dengan keredhaan dan keikhlasan, dengan itu kita akan lebih bahagia..
Memandangkan lama sangat diya, bercuti, jadi ada jugaklah, cerita-cerita menarik sepanjang masa itu, bersama keluarga dan juga anak buah baru kesayangan tu.. tapi semua tu akan direalisasikan bila mood dah stabil. Yang pastinya dalam masa lebih kurang 2 minggu lagi Diya akan kembali menjadi pelajar Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin sepenuh masa selama enam bulan akan datang nih. Sekarang juga tengah sibuk dengan Laporan Latihan Yang belum selesai lagi.. Minggu kemalasan
Berbalik kepada tajuk di atas sebenarnya, perubahan tahun 2008 kepada 2009, dan juga ketibaan tanggal 1 Januari tidak ada apa-apa perasaan bagi Diya. Diya tak mengerti kenapa ada rasa begitu tak seperti tahun lepas sekurang-kurangnya ada juga sedikit keghairahan menerima kedatangan tahun baru. Tapi itu bukan masalah besar kan? Cuma sengaja cari tahu sebab apa, mungkin sengaja untuk memeningkan kepala.. Yang penting teruskan perjalanan hidup. Berkaitan dengan azam pula, Dya tak berapa nak pusing tentang hal itu sebab apa, kadangkala kita cakap azam kita itu ini, tapi tak pernah nak jadi, kerana cakap saja, usahanya erm..tak pernah.. Oleh itu, Dya tak berapa nak kesah sangat tentang azam nie(memanglah tak kenal pon..hehe) yang penting cita-cita tu..akan dicapai walau sejauh mana perjalanan









