Wednesday, April 15, 2009

Kengkawan Ku

Selamat petang, langit dah memberi amaran untuk sediakan payung sebelum hujan. Sekarang sudah menghampiri 4.55 petang. Rasanya ramai hari ini yang akan kelam kabut untuk memungut baju di ampaian. Hanya Dya yang masih lagi disini menghadap sebuah teknologi komputer yang dihasilkan oleh para manusia. Tugasan-tugasan dan kerja- kerja lain juga agak berlambak kat atas meja nie, tapi biasalah suka sangat bertangguh kerja walaupun tahu "ORANG YANG BERTANGGUH KERJA ITU AKAN RUGI".
Dya ada cerita berkenaan dengan kengkawan Dya hari nie. To kengkawan soryla sebab Dya nak cita pasal hampa hehe..
Semangat untuk kengkawan ku dengan perisian Counter Strike(CS) bagi student boy, dan yang girl pulak asyik dengan ebuddy diorang sangat berkobar-kobar. Sebab tu jugak lah Dya telah letak widget ebuddy kat page nie. Macam-macam gelagat boleh dilihat. Semalam ada yang jadi lecturer untuk ajar tentang ebuddy. Itulah si Ain cek mek molek dari klate, petah bercakap kalah lecturer. Hari nie pulak yang boy huru-harakan Lab Hyper diorang kejakan, sebab tengah fight Counter Strike. Lucu pun ada jugak bila Cik Zaza, lecturer Web autoring cakap, "kamu nak main,main la tapi janganla bising macam pasar"..
hihi

Mungkin Cik Zaza tengah pening, tak dapat lagi nak membendung semangat studentnya untuk main-main kat dlam kelas, yang kelakarnya cik zaza tak pulak marah tapi beri kebenaran, sporting habislah cik zaza nie. Memahami anak-anak muda zaman sekarang..hehe. Tapi sebenarnya cik zaza tu muda lagi dalam 23 macam tu. Still single tapi tak pasti la available ke tak..hehe
Walaupun macam tu diorang still kena buat jugak lab yang diberi. Main, main jugak tapi keje mesti beres.

Dya dulu ada try jugak CS nie asyik kena tembak dan mampus jer (tak pandai sebenarnya) Photobucketsakit hati jugak, terus tak main lagi. haritu ada kasi software kat abang, dia cakap nak try game nie, tak tau la sekarang dia dah menang ke belum...hehegelak

Dulu akak Dya pernah bagitahu tentang madah nie, tapi tak tau la dia dapat dari mana..
STUDY BIAR LEPAK,
EXAM BIAR GEMPAK.
fuh;
Rasanya kalau Dya ikut pepatah tu, maunya exam berterabur dibuatnya..
Masa sekolah menengah ada jugak ikut pepatah tu, tapi satu jer time dalam kelas kena fokus dan faham betul-betul, baru la exam boleh gempak.

Tak lama lagi study dah nak habis, ada jugak rasa sedih sebab mungkin takkan jumpa lagi kengkawan. Tapi bila diingat balik, ada kengkawan yang agak berkawan kerana kepentingan dan terpaksa serta kureng ikhlas nie, terasa nak cepat-cepat jer tamatkan study nie. Ingat dihati kenapa ada orang yang macam nie, tak boleh kah kalau menerima seseorang itu dengan seadanya dan tanpa banyak rungutan. BERKAWAN SEADANYA.Photobucket Biarkanlah.

Kejap tadi baru siapkan permohonan kerja kat KKM, itu pun akak yang suruh isi permohonan tu. Isi je la lagipun tak rugi. Tapi ingat dihati nak study lagi sampai ijazah baru pikir soal keja dan lain-lain. Tak kesah lah apapun janji cita-citaku akan tercapai walau sejauh mana perjalanan dan rintangan untuk ditempuhi.erm;Amin..

Rasanya cukup setakat ini saja catatan tuk kali nie...


No comments:

Post a Comment

say hi to me..i say hello to you toooo...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...