Thursday, September 20, 2012

Peluang Dan Kejayaan

Selamat Petang.
Alhamdulillah sekarang, dah hampir 3 bulan dah menimba pengalaman di Bahagian Perancangan dan Pembangunan, Kementerian Kesihatan. Sampai hari nie, Dya memang happy go lucky kat sini.

Tapi sekarang ada cerita terbaru dalam hidup Dya, PELUANG semakin menghampiri. Doa demi doa, tangan ku tadahkan mengharapkan PELUANG menghampiri diri  ini, dan akhirnya muncul di depan mata dengan harapan impian menjadi KENYATAAN dan seterusnya menjadi KEJAYAAN. Dan bukannya sekadar igauan dan mimpi enak. Insyaallah dengan izin yang maha kuasa. 
Perasaan gementar sedang menghambat diri ini. Mahu tidak mahu  harus jua kugagahi diri ini melangkah dan terus berjung demi masa depan yang gemilang. Pada bunda mahu saja ku peluk ku cium, ku khabarkan resah di hati ini, agar ibu dapat meredakan kan kegusaran hatiku dengan doanya dan kasih-sayangnya. "Ibu doakan aku agar aku berjaya menempuh ranjau dan rintangan di sepanjang perjalanan mencari keredhaan dan kejayaan."
Pada ayah mahu saja ku ceritakan perasaan dan pemikiranku padanya, agar dia memahami bagaimana pantas getarnya degup jantung yang tak pernah henti seolah nafas sang kijang selepas berlari. "Ayah, aku amat takut untuk menghadapi kegagalan, pastinya ia amat mengecewakan kan ku, walaupun ku mengerti sejauh mana diri ini mampu pergi. Ayah doakan aku agar cerah mata hati, dan pemikiran, menyelesaikan apa jua masalah, walau sesukar manapun."

Doaku agar aku berjaya melepasi peperiksaan, penilaian dan juga temuduga, yang mana jika aku berjaya mencapai itu semua, bakal bermulalah lembaran baru dalam hidup ini. Tika saat itu andai aku lulus dengan jaya, suatu alam baru akan ku tempuh. Harus dengan baik memberi tekanan pada diri sendiri untuk memahami perkara yang sukar untuk ku fahami sebelum ini, untuk menjadi darah dagingku pada detik itu. Alam perkerjaan yang aku bakal tempuh jika semuanya berjalan seperti yang dirancang bukanlah alam pekerjaan yang aku idam-idamkan, tetapi aku harus memaksa diri ini agar menerimanya dengan penuh keikhlasan dan mendedikasikan diri ini pada kerjaya yang diterima.
Aku hanya merancang, hanya Allah S.W.T sahaja yang menentukannya.
Aku tetap bersyukur walau apa pun yang mendatang.
Setiap yang berlaku pasti ada hikmah di sebalik kejadian.
Mengapa Bulan dan Matahari tidak pernah bertemu, pasti ada hujah di sebalik apa yang berlaku.

Ya Allah, berilah aku peluang dan kesempatan, 
Ku Pohon hidayah, petunjuk dan cahayamu.

utusan untuk hati

No comments:

Post a Comment

say hi to me..i say hello to you toooo...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...