Friday, September 21, 2012

Hari Pelbagai Kisah

Sedar tak sedar dah hari Jumaat,
 harinie, waktu bekerja agak singkat dari hari-hari biasa, tapi hari ini adalah hari yang agak banyak juga aktiviti.
Aktiviti lebih kepada meramaikan mulut menyuap makanan dan berbual bicara lebih dari biasa. Pagi tadi, pertama sekali, semalam anggota majlis pantri telah bersepakat untuk mengadakan majlis makan bersama. Dan menu utamanya adalah nasi lemak buatan beramai-ramai. Buat nasi lemak pon boleh gotong- royong jangan tak tau..heheh tapi nasi je yang masak di ofis yang lain-lain dibawa terus yang dah masak dari rumah.
Kalau makan beramai-ramai nie yang tak sedap pon jadi sedap, tapi so far semua menu sedap-sedap, thnks my senior-senior, sanggup masak-memasak, menyusahkan diri sendiri  je..kekeke

Waktu makan pulak, terbabas dari jadual asal, ingat nak makan pagi, lastly, dah terlajak sampai pukul 10.00 pagi. Nasi lemak yang siap masak terkurang air, agak mentah sedikit. So, kena la renovate balik bagi boleh makan lah.. Tukang renovate utama merangkap pengkritik masterchef adalah En.Khaidir, PTD tolong masak nasi kat kitaorang memang kelas lah....

Aktiviti personel Dya kali kedua pulak ialah merekrut dua tiga orang yang ada untuk membantu Dya menyelesaikan soalan-soalan matematik, preparation untuk exam SPA pada 29-9-2012, hari Sabtu nanti.
Pandai tak Dya ambik kesempatan, tapi yang herannya semua dah macam seronok pulak nak selesaikan soalan matematik tu, mungkin kerana dah lama kot tinggalkan zaman persekolahan. Pegawau-pegawai lain pun turut join sekali, bila tak dapat jawapan masing-masing ada alasan tersendiri, kelakar betul, dan boleh siap ceramah berkaitan minda lagi.  Semua memang sporting lah.


Seterusnya pabila petang menjelang, adalah masa terluang yang sangat banyak, dan masa inilah yang digunakan untuk mengadap belog dan berblogging sampai kering idea, pastu cas balik sambung lagi. Orang yang sibuk memang ambil masa sampai dua jam untuk menyelesaikan satu post, padahal postnya bukannya panjang sangat pun, merepek je lebih,.hehe
Dya berblogging nie sambil mengadap berpuluh-puluh soalan matematik yang membelit otak kepala, bila otak kepala dah jem, Dya sambung blogging, nak restart balik otak yang dan hang tadi tu.

Sampai sini sahaja..

Dya's Weather: Always Happy, and Enjoy Your Moment.

No comments:

Post a Comment

say hi to me..i say hello to you toooo...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...