Monday, September 24, 2012

Morning Prayer, Sept Week 4

Mornings....
Hope monday morning is a new good day for us..

Pukul 9.00pg tadi, baru je lepas kitaorang punya small event for morning prayer. Events nie selalu kita adakan pada hari pertama minggu baru, itu sebab la kita panggil Morning Prayer. Banyak la perkara berbangkit dan terbangkit. 
Macam-macam perkara naik semak, jugak otak nak terima semua, pelbagai masalah baru dan lama. By the way, kalau pasal kerja, setakat ni semua ok. Morning prayer pagi tadi khusus untuk terangkan aktiviti setiap pegawai and staff. Kemana nak pergi, event apa bagaimana, bila dan kenapa.

First, disebabkan minggu ini adalah minggu terakhir bulan, jadi kitorang memang akan mula sibuk. Tiap-tiap bulan selalu macam nie. Pada hari Rabu 26 Sept, akan diadakan Mesyuarat JKTP bil.8 untuk  2012. Paling lambat esok dah mula kena prepare semua data-data maklumat dan fail. Pada Rabu Pagi Mesyuarat pukul 9.00pg, Kemudian pada sebelah petangnya, HUKUMNYA HARUS, mengUPDATE semua maklumat-maklumat projek yang terkini sebanyak 40 projek pembangunan di Sarawak. Semua maklumat nie mesti habis update sebelum Jumaat minggu tersebut.. kekeke nasib..

Dya take care  maklumat projek negeri Sarawak sahaja. Negeri-negeri lain, telah dibahagikan sama rata dengan staf yang lain. Nasib baik Dya dapat Sarawak... hehe suke..suke..


Minggu ni desktop pc dah penuh dengan Senarai WHAT TO DO!!
Mana taknya minggu ni jugak Dya kena hadiri Exam SPA di PICC, Putrajaya, nasib baik hari sabtu, jadi tak menganggu hari kerja. Tapi Dya kena STUDY, itu yang lemah sikit, tu nak faham balik semua soalan matematik waktu SPM, dan Diploma tu bukan main susah lagi. Sudahlah tu, matematik adalah merupakan subjek non-favorite buat Dya. Memang risau sangat. Tapi apapun dya akan cuba yang terbaik. Dya baru je start Study sikit-sikit, biasala buat perangai lama balik. STUDY LAST MINUTE IS MY MOTO.
Tak tahu nak jadi apa?? Pusing kepala!!


Harap Semua Berjalan Lancar...

Dya's Weather: I'm so cool, want a simple day and a simple view.
want to remove the boredom in me

Friday, September 21, 2012

Hari Pelbagai Kisah

Sedar tak sedar dah hari Jumaat,
 harinie, waktu bekerja agak singkat dari hari-hari biasa, tapi hari ini adalah hari yang agak banyak juga aktiviti.
Aktiviti lebih kepada meramaikan mulut menyuap makanan dan berbual bicara lebih dari biasa. Pagi tadi, pertama sekali, semalam anggota majlis pantri telah bersepakat untuk mengadakan majlis makan bersama. Dan menu utamanya adalah nasi lemak buatan beramai-ramai. Buat nasi lemak pon boleh gotong- royong jangan tak tau..heheh tapi nasi je yang masak di ofis yang lain-lain dibawa terus yang dah masak dari rumah.
Kalau makan beramai-ramai nie yang tak sedap pon jadi sedap, tapi so far semua menu sedap-sedap, thnks my senior-senior, sanggup masak-memasak, menyusahkan diri sendiri  je..kekeke

Waktu makan pulak, terbabas dari jadual asal, ingat nak makan pagi, lastly, dah terlajak sampai pukul 10.00 pagi. Nasi lemak yang siap masak terkurang air, agak mentah sedikit. So, kena la renovate balik bagi boleh makan lah.. Tukang renovate utama merangkap pengkritik masterchef adalah En.Khaidir, PTD tolong masak nasi kat kitaorang memang kelas lah....

Aktiviti personel Dya kali kedua pulak ialah merekrut dua tiga orang yang ada untuk membantu Dya menyelesaikan soalan-soalan matematik, preparation untuk exam SPA pada 29-9-2012, hari Sabtu nanti.
Pandai tak Dya ambik kesempatan, tapi yang herannya semua dah macam seronok pulak nak selesaikan soalan matematik tu, mungkin kerana dah lama kot tinggalkan zaman persekolahan. Pegawau-pegawai lain pun turut join sekali, bila tak dapat jawapan masing-masing ada alasan tersendiri, kelakar betul, dan boleh siap ceramah berkaitan minda lagi.  Semua memang sporting lah.


Seterusnya pabila petang menjelang, adalah masa terluang yang sangat banyak, dan masa inilah yang digunakan untuk mengadap belog dan berblogging sampai kering idea, pastu cas balik sambung lagi. Orang yang sibuk memang ambil masa sampai dua jam untuk menyelesaikan satu post, padahal postnya bukannya panjang sangat pun, merepek je lebih,.hehe
Dya berblogging nie sambil mengadap berpuluh-puluh soalan matematik yang membelit otak kepala, bila otak kepala dah jem, Dya sambung blogging, nak restart balik otak yang dan hang tadi tu.

Sampai sini sahaja..

Dya's Weather: Always Happy, and Enjoy Your Moment.

Thursday, September 20, 2012

Peluang Dan Kejayaan

Selamat Petang.
Alhamdulillah sekarang, dah hampir 3 bulan dah menimba pengalaman di Bahagian Perancangan dan Pembangunan, Kementerian Kesihatan. Sampai hari nie, Dya memang happy go lucky kat sini.

Tapi sekarang ada cerita terbaru dalam hidup Dya, PELUANG semakin menghampiri. Doa demi doa, tangan ku tadahkan mengharapkan PELUANG menghampiri diri  ini, dan akhirnya muncul di depan mata dengan harapan impian menjadi KENYATAAN dan seterusnya menjadi KEJAYAAN. Dan bukannya sekadar igauan dan mimpi enak. Insyaallah dengan izin yang maha kuasa. 
Perasaan gementar sedang menghambat diri ini. Mahu tidak mahu  harus jua kugagahi diri ini melangkah dan terus berjung demi masa depan yang gemilang. Pada bunda mahu saja ku peluk ku cium, ku khabarkan resah di hati ini, agar ibu dapat meredakan kan kegusaran hatiku dengan doanya dan kasih-sayangnya. "Ibu doakan aku agar aku berjaya menempuh ranjau dan rintangan di sepanjang perjalanan mencari keredhaan dan kejayaan."
Pada ayah mahu saja ku ceritakan perasaan dan pemikiranku padanya, agar dia memahami bagaimana pantas getarnya degup jantung yang tak pernah henti seolah nafas sang kijang selepas berlari. "Ayah, aku amat takut untuk menghadapi kegagalan, pastinya ia amat mengecewakan kan ku, walaupun ku mengerti sejauh mana diri ini mampu pergi. Ayah doakan aku agar cerah mata hati, dan pemikiran, menyelesaikan apa jua masalah, walau sesukar manapun."

Doaku agar aku berjaya melepasi peperiksaan, penilaian dan juga temuduga, yang mana jika aku berjaya mencapai itu semua, bakal bermulalah lembaran baru dalam hidup ini. Tika saat itu andai aku lulus dengan jaya, suatu alam baru akan ku tempuh. Harus dengan baik memberi tekanan pada diri sendiri untuk memahami perkara yang sukar untuk ku fahami sebelum ini, untuk menjadi darah dagingku pada detik itu. Alam perkerjaan yang aku bakal tempuh jika semuanya berjalan seperti yang dirancang bukanlah alam pekerjaan yang aku idam-idamkan, tetapi aku harus memaksa diri ini agar menerimanya dengan penuh keikhlasan dan mendedikasikan diri ini pada kerjaya yang diterima.
Aku hanya merancang, hanya Allah S.W.T sahaja yang menentukannya.
Aku tetap bersyukur walau apa pun yang mendatang.
Setiap yang berlaku pasti ada hikmah di sebalik kejadian.
Mengapa Bulan dan Matahari tidak pernah bertemu, pasti ada hujah di sebalik apa yang berlaku.

Ya Allah, berilah aku peluang dan kesempatan, 
Ku Pohon hidayah, petunjuk dan cahayamu.

utusan untuk hati

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...