Wednesday, August 27, 2008

MENGUJI KEWIBAANKU

Semalam atau pun pada 26-8-08, hari yang menguji kebolehan aku sebagai seorang pelajar it yang pernah belajar subjek multimedia. Sehari sebelumnya dyana mendapat satu tugasan daripada kak ila merupakan seorang pegawai bahagian laman web di Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat pejabat setiausaha kerajaan negeri Perlis.

Kak ila memberi tugas itu pada 25-8-2008, malangnya tugas itu diminta siapkan pada besok hari.
Melalui makluman dari kak ila, tugas ini datangnya daripada Unit Perancangan Ekonomi Negeri(UPEN). Sepatutnya tugas ini dilakukan oleh kedai atau syarikat yang menguruskan design, tapi malangnya last minit baru tugas ini diberi kepada BPTM, bahagianku.
Pada hari pertama menerima tugas ini, dyana still lagi relaks sebab time tu tengah ketandusan idea, jadi masa itu dihabiskan dengan melayari internet, juga maklumat yang dyana dapat pula diberi lebih kurang dalam pukul 3.00 ptg camtu..
Pada esok hari, dyana pun mula mencari idea untuk melaksanakan tugas yang diberi. Tugas yang dyana dapat ialah untuk mereka satu design kulit buku untuk UPEN.
Semua idea perlu datang dari dyana sendiri.. Inilah yang jadi masalah kerana dyana bukannya seorang yang kreatif, masalah utama yang membelenggu skrg ialah kurangnya idea. Bukan kurang, memang takde idea langsung nih..
So sekarang apa yang perlu dyana buat adalah cuba dan terus mencuba, supaya akhirnya dyana mendapat idea untuk membuat design nih..
Hasil design ni nanti dyana postkan sebab benda tu ade kat ofis skng kat rumah hehe...


apa yang kurang ya.. ada tu yang kurang haaha..

Ok hari last yang pengarah Upen nak design ni adalah hari ini iaitu 26-8-2008. Dyana akhirnya dah siapkan 3 design. Setelah susah payah memikirkan idea untuk menyiapkan design tu akhirnya design tu siap jugak pada jam 4.55 petang.
Tapi yang malangnya bos aku datang, tengok jer muka dia mmg ada rasa tak puas hati dekat riak muka wajahnya. Tapi dia tetap kata ok walau dia nampak cam tak berminat dengan design yang aku buat tu.dia cakap pergi je tunjukkan dulu. Aku tahu sbab apa aku pun tak puas hati..haha..
Dah last minit baru dapat dan baru buat kerja ni la akibat dia.. Tapi tak pa aku lebih suka buat kerja last minit sebab apa, daya kreativiti aku tercabar time tu sebabnya aku ni jenis yang tak boleh buat kerja ada orang tengok tambah2 lagi bos sendiri, time tu 3 orang pegawai atasan bahagian aku ada sekali sebab time tu sepatutnya waktu balik tapi aku disuruh buat semula design yg aku buat tadi sebab puan pengarah UPEN tu tak puas hati setelah aku memanjat tingkat 4 untuk ke jabatan UPEN untuk menyerahkan design yg telah aku buat untuk diorang. Dengan rasa tak puas hati dia suruh aku buat sekarang jugak dan hantar padanya sekejap lagi, padahal waktu tu dah pukul 5.05 petang. Apapun aku kembali ke ofis aku dan cakap dengan 3orang pegawai aku tu, aku kena buat balik sekarang jugak.
Dengan rasa agak sedikit kesian mungkin bos merangkap penyelia aku iaitu pengurus BPTM, en.
Saffuan, berkata padaku "dyana saya mintak maaf ye.."
alamak aku terasa pelik la bila seorang bos cakap macamtu. So aku terus cakap kat dia "it’s ok la." lagipun aku tak kisah, dan tak marah pun walaupun aku sedikit kecewa sebab hasil kerja design aku yg pertama boleh dkata kena reject.
Tapi aku suka sebab aku kena tumpukan perhatianku dan ada orang yang menantikan hasil kerja aku.. Bermakna aku ni penting jugak..haha
kalau ada yang nak tahu aku nih lagi suka kena buat lagi design ni, dalam hati aku gelak je sorang-sorang.hihi..ntah sebab apa aku memang suka sangat buat keja tu walaupun aku tahu aku nih bukan kreatif sangat.
Lagipun aku ni bukannya designer pun. Aku just belajar perisian adobe photoshop tu basic je... Yang lain semua aku teroka sendiri. Tapi tak pe aku suka kerja yang mencabar. Petang tu jugak pukul 6.00 macam tu aku pergi pejabat UPEN tu balik dan serah pada pengarah dia. Tapi aku still tengok muka dia pun cam tak puas hati lagi. Tapi aku tak kisah aku still boleh senyum lagi. Sebab apa firasat aku mengatakan bahawa design tu tak cantik haha..

Pelik sungguh perangai budak ni anak sapa ni ha.....

Time tu aku Cuma terpikir satu je... Ingat senang ke orang atasan nak tengok hasil kerja yang tak seberapa yang aku buat tu dan design yang aku buat tu jugak akan digunakan untuk buat buku diorang untuk dibaca oleh ramai pegawai. Aku jugak nak ada orang yang anggap aku ni sebahagian daripada diorang jugak.


Banyak yang kata pengarah upen tu kalau dia nak sesuatu benda, sampai pukul 12 tgh malam pun dia sanggup tunggu. Diorang dah ada pengalaman sebab tu kata cam tu hehe.. Oleh itu, aku tak kisah kalau aku kena buat lagi design tu pada haritu jugak. Tapi terpikir kesian pulak kat 3 orang pegawai aku tu dah la rumah diorang jauh2 kang tak sempat nak gi ambik anak pulak.
Lepas aku serahkan design tu kat pengarah tu dia cakap nak aku buat yang lg ok. Dia cakap yang satu serabut. Walaupun aku dah serahkan 3 design yang berlainan. Tapi ok lah janji dia terima yang aku bg tu sudah, esok kira lain.

27-8-2008
ok pagi tadi aku dah mula cari idea untuk buat satu design yang lain, malas dah nak guna yang kemarin. Ada la try untuk sesuaikan gambar, tapi semua tak menjadi. Pastu en.saffuan datang dan dia cakap kalau boleh letakkan gambar DUN dewan undangan negeri sebagai watermark(latarbelakang). Aku pun try la cari gambar DUN tu yang lawa-lawa sikit. Pastu kak ila cakap dia ada gambar DUN. So aku amik yang dia punya jadi ubah sikit2 dan juga letak gambar buah anggur oleh sebab si pengarah UPEN tu nak ada gambar ladang anggur. Jadi ladang aku cari tak dapat aku letak je buah anggur. Sama jugak hehe..tadi pengarah tu siap fon, cakap yang dia nak sebelum tengahari.

2 design ni diterima dan akan dimaklumkan

Jadi pukul 11.45 pagi aku dah siap buat terus aku hantar kat pengarah tu. Kali ni aku bagi 2 design kat dia. Dia belek2 cam puas hati je. Pastu dia kata nak maklumkan kemudian. Hah.. Pastu legalah aku..abis dah satu cabaran haha... Aku turun tangga tingkat 4 bangunan tu pun lega la sikit. Sebenarnya pejabat UPEN tu tak jauh pun kat dalam kawasan yang sama gak pusat pentadbiran kerajaan negeri, tu yang boleh jalan kaki tu. Cuma bangunan je yang lain-lain.
Balik je ofis, kak ila tanya, macam mana. Aku cakap apa yang pengarah tu cakap kat aku je..
So untuk kak ila thanks bebanyak kerana bantu dyana..hehe
buat my bos en.saffuan thanks sebab belikan nasi lemak katanya sebab aku kena balik lewat kemarin, hehe..tak taula betul ke tak.. Dan kepada en. Irham beri sokongan dan mempermainkan@mengusik saya sepanjang sy buat design tu..hehe
anda semua best....layannnnnn

No comments:

Post a Comment

say hi to me..i say hello to you toooo...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...