Friday, August 22, 2008

21082008 bukan hari untukku

Semalam adalah hari yang amat menyedihkan.dan merupakan hari yang kurang baik serta mengecewakan buat dyana. Bukan dyana nak salAhkan hari tetapi mengenangkan apa yang dya terpaksa hadapi hari itu. Banyak perkara yang tak ingin dyana dengar dyana telah dapat tahu.

1. Dyana ke hospital untuk mendapat rawatan susulan untuk rawatan ketumbuhan breast lump, dyana dapat tahu diorang nak ambik spesimen untuk buat kajian. samaada benda tu bahaya atau tidak. dyana sebenarnya takut akan kesakitan jadi fikiran dyana berbelah bahagi. kalau boleh dyana tak nak tapi dyana dah cakap tanda setuju so lagi 2 minggu iaitu pada tanggal 02092008 dyana akan menjalani prose itu. doktor tu jugak ada cakap sakit la jugak proses ni tapi kenala tahan. selepas proses ini keputusan ujian itu akan siap selepas 6 minggu. dan sepanjang tempoh itu dyana akan tunggu untuk mengetahui samada ianya berbahaya atau tidak. selepas itu antara dua samada kanser atau ketumbuhan biasa. samada pembedahan atau menjalani kehidupan seperti biasa.

2. Dyana nie bukannya jenis orang yang tahan sakit, sebab tu la sekarang baru dyana buat keputusan nak buat rawatan. walaupun dyana mula sedar tentang ketumbuhan nie sejak 6 bulan yang lalu. dan perkara ini juga turut dirahsiakan drpd pengetahuan keluarga dan juga siapapun. dyana taknak diorang tahu.

3. Hari yang sama jugak iaitu 02092008 dyana akan buat ujian ultrasound untuk memastikan ketumbuhan tu di bilik x-ray hospital tuanku fauziah, kangar. dyana tak berapa suka. sebab sebagai seorang perempuan kita akan berasa malu juga,bukan sebab penyakit itu. tapi sebab yang tak dapat dinyatakan disini. apapun dyana akan cuba terus mendapat rawatan itu. tetapi andai kata doktor yang akan merawat dyana itu terdiri drpd para doktor dari kaum adam, dyana akan membuat pertimbangan semula samaada akan meneruskan@menamatkan rawatan tersebut atau tidak. kerana rasa tidak selesa untuk berdepan dengan mereka.

4. Malam tadi dyana telah membuat satu tindakan yang boleh dianggap tidak bijak. apabila tanpa usul periksa ,kurang membaca dan research, dyana telah mengaktifkan pelan untuk hotlik 365. rupanya pelan ini akan menyerap baki kredit kita sebanyak RM33.00, dan kita tak boleh menggunakan kredit itu lagi. dyana tak tahu perkara ini telah mengikut langkah seterusnya dan kemudian kehilangan RM33. akhirnya semalam dyana terpaksa topup kembali fon dyana RM30 supaya pelan 365 dapt diaktifkan. semalam dyana telah kehilangan sebanyak RM63.00 akibat tindakan yang kurang bijak ini.

5. Semalam hari yang amat menyedihkan terutama dyana akan berhadapan dengan berita yang dyana dapat dari hospital tentang rawatan yang dyana akan jalani. pada masa ini hanya seorang teman yang tahu mengenai dugaan rawatan yang akan di alami. dan dia bersama dyana semasa dya ke hospital. terima kasih teman tas kesudianmu menjadi peneman di kala aku gusar.
YA ALLAH BERIKAN AKU KEKUATAN DAN SEMANGAT UNTUK MENEMPUH HIDUP INI DAN DUGAAN DARIMU YA ALLAH.

1 comment:

say hi to me..i say hello to you toooo...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...