Tuesday, June 07, 2011

Will You Marry me?

Assalamualaikum...
Saat ini terasa ingin nak berceloteh panjang sikit, alasannya kerana ada sikit rasa sakit hati.. Nasib baik la si Diya (nama sebenar) nie mempunyai hati yang sekebal kereta kebal...hihi, Setakat peluru m-16 tu apela sangat..haha
Sekarang memang banyakkan berdentum dentam kat sana sini muzik pengantin baru, tak dapat dinafikan lagi. Teman-teman Diya pun ade jugak yang melangsung kan majlis mereka. Jadi untuk mereka-mereka tu.. HAPPY FOREVER ok...
Tapiiii.... masalah yang tak besh nya, tau tak ape?? Diya sendiri terkena tempias nya. mendapat soalan-soalan cepu mas dari sedara mara.(bila nak kawin?? kawan kau dah kawin kau bila lagi??(sbb member depan rumah kawin..) ) Huh sakit tau.. kalau cuma nak tanya gurau-gurau tu, Diya nie memang tak kesah, tapi nak menyindir je lebih.. Tahulah korang nape nak nyindir aku.. aku tahu la sbb aku nie gempal kan??(nak cakap aku tak laku la tu..) Aduhhh kusut la..
Kenapa? Kenapa? Kenapa?
Kenapa Kalau orang gempal nie tak bolah berjaya ke? Kenapa kalau orang gemuk nie tak boleh kahwin ke? Kenapa kalau orang besar nie asyk kena kutuk je..

Please.. la.. Tolongla.. Diya baru je 22tahun, masih muda lagi, sekarang pun masih belajar lagi, bab nak kawin ke apa, Diya cuma serah pada tuhan je.. kalau cepat jodoh Diya, Diya terima, Kalau sebaliknya Diya redha.. Allah menciptakan setiap manusia berpasang-pasangan jadi buat ape nak risau pasal jodoh sampai melampau-lampau.
Diya sedar Dya tak macam orang lain.. sentiasa ada yang sudi menemani di sisi..(kekasih hati) Tapi Diya tak pernah punya siapa(ayat bunganya..) Tapi Diya tak berapa nak ambik hal pun. Sebab jujur bagi Diya, Diya hanya mahu satu cinta sejati kepada seorang yang bernama lelaki. Kalau nak cakap Diya kolot, cakaplah, Diya tak kisah pun. Tapi Diya hanya mahu seseorang sahaja dalam hidup Diya, yang kekal sampai mati, Diya tak ingin tayar spare, spare-part ke..

Diya hanya punya satu hati, perit andai disakiti. Diya tidak mahu situasi yang seperti ini: "ku tagih cintamu, kau tagih cintaku, namun perpisahan tetap jua berlaku".

Berbalik kepada bab kawin-kawin nie, jodoh pertemuan ajal maut ditangan tuhan, itu adalah jawapan yang Diya berikan kepada orang yang bertanya soalan yang agak menyakitkan itu. Walaupun lembut tapi agak keras juga ertinya, agar mereka tahu soalan mereka itu juga menyakitkan orang lain.
KAHWIN
Sebut, memang mudah, tapi untuk melaksanakan tanggungjawab dalam melayari kehidupan berumahtangga itu mudah kah.. Kita harus siap dari segi mental dan fizikal, mengukuhkan diri dari setiap aspek kehidupan, sejujurnya bersiap sedia.
Diya adalah manusia yang mempunyai keinginan hati yang kuat, Diya inginkan kesempurnaan dalam setiap perkara. Bukan bongkak, Tapi kalau kita berusaha untuk memperolah kesempurnaan itu tak salahkan?? Dan ianya akan menjamin kehidupan kita nanti.
Setaraf!!! YA itu impian Diya, setaraf dengan kemampuan, diri dan usaha Diya.

Jadi walau ada jodoh yang datang mengundang, Diya mahu Diya berjaya semasa hidup seorang diri, baru Diya akan fikirkan soal rumahtangga. Kita hanya mampu merancang, Allah yang menentukan.

No comments:

Post a Comment

say hi to me..i say hello to you toooo...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...