Tuesday, December 07, 2010

Siapa Yg Harus Berubah!!

Banyak persoalan yang bermain di otak aku sekarang.. Yang mana satu aku nak kejar, study atau hidup aku yang happy.. kalau betul semua aku nak (tamak betul kan). Aku dah bertekad nak buat betul2 untuk 3Semester pengajian aku ni, tapi tak tahulah sampai mana aku boleh bertahan. Antara keliru dan takut. Aku sebenarnya berperang dengan diri aku sendiri. Yang mana aku harus ada usaha 200% berbanding dengan org lain untuk mencapai apa yang aku nak. Sebabnya otak aku ni lambat proceed sikit(berkali2 kena buat baru faham..mmg payah). Tapi masalahnya sekarang godaan hidup yg aku rasa lebih happy (walau bkn semuanya) lebih menarik minat aku bebanding utk aku tumpukan fokus aku pada study. Aku tahu siapa yang harus berubah,tapi aku masih mahu bertanya soalan itu(kerna aku berharap jika dunia ini boleh berubah mengikut kehendak aku alangkah bahagianya) dan itu tak mungkin berlaku.

Satu fakta tentang diri aku, aku tak pernah mendapat sesuatu dengan mudah, walau apapun ia,aku harus berusaha melebihi usaha sesiapapun jika aku mahu menggengamnya.

Hidup telah mengajar aku pelbagai perkara tapi aku selalu alpa dengan kegembiraan yang sementara, kerana aku ingin semuanya. Bagi aku, aku tak mahu melepaskan walau satu detik pun perjalanan hidup aku. Aku merasa hidup ini terlalu singkat untuk aku lepaskan. Tapi aku tidak boleh terlalu tamak untukpunyai semua itu dlm satu masa. Aku harus berkorban.

No comments:

Post a Comment

say hi to me..i say hello to you toooo...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...