Friday, April 17, 2009

Tugasan (AVD) Ku untuk Atiq Tarique





Akak, video nie untuk Atiq. Nanti kalau dia dah besar boleh tunjukkan.
Rindu sangat kat Muhd Atiq Tarique.

Dengan sush payahnya baru dapat upload menda nie..Tension betul.
ok. wait and see yeah..

Wednesday, April 15, 2009

Kengkawan Ku

Selamat petang, langit dah memberi amaran untuk sediakan payung sebelum hujan. Sekarang sudah menghampiri 4.55 petang. Rasanya ramai hari ini yang akan kelam kabut untuk memungut baju di ampaian. Hanya Dya yang masih lagi disini menghadap sebuah teknologi komputer yang dihasilkan oleh para manusia. Tugasan-tugasan dan kerja- kerja lain juga agak berlambak kat atas meja nie, tapi biasalah suka sangat bertangguh kerja walaupun tahu "ORANG YANG BERTANGGUH KERJA ITU AKAN RUGI".
Dya ada cerita berkenaan dengan kengkawan Dya hari nie. To kengkawan soryla sebab Dya nak cita pasal hampa hehe..
Semangat untuk kengkawan ku dengan perisian Counter Strike(CS) bagi student boy, dan yang girl pulak asyik dengan ebuddy diorang sangat berkobar-kobar. Sebab tu jugak lah Dya telah letak widget ebuddy kat page nie. Macam-macam gelagat boleh dilihat. Semalam ada yang jadi lecturer untuk ajar tentang ebuddy. Itulah si Ain cek mek molek dari klate, petah bercakap kalah lecturer. Hari nie pulak yang boy huru-harakan Lab Hyper diorang kejakan, sebab tengah fight Counter Strike. Lucu pun ada jugak bila Cik Zaza, lecturer Web autoring cakap, "kamu nak main,main la tapi janganla bising macam pasar"..
hihi

Mungkin Cik Zaza tengah pening, tak dapat lagi nak membendung semangat studentnya untuk main-main kat dlam kelas, yang kelakarnya cik zaza tak pulak marah tapi beri kebenaran, sporting habislah cik zaza nie. Memahami anak-anak muda zaman sekarang..hehe. Tapi sebenarnya cik zaza tu muda lagi dalam 23 macam tu. Still single tapi tak pasti la available ke tak..hehe
Walaupun macam tu diorang still kena buat jugak lab yang diberi. Main, main jugak tapi keje mesti beres.

Dya dulu ada try jugak CS nie asyik kena tembak dan mampus jer (tak pandai sebenarnya) Photobucketsakit hati jugak, terus tak main lagi. haritu ada kasi software kat abang, dia cakap nak try game nie, tak tau la sekarang dia dah menang ke belum...hehegelak

Dulu akak Dya pernah bagitahu tentang madah nie, tapi tak tau la dia dapat dari mana..
STUDY BIAR LEPAK,
EXAM BIAR GEMPAK.
fuh;
Rasanya kalau Dya ikut pepatah tu, maunya exam berterabur dibuatnya..
Masa sekolah menengah ada jugak ikut pepatah tu, tapi satu jer time dalam kelas kena fokus dan faham betul-betul, baru la exam boleh gempak.

Tak lama lagi study dah nak habis, ada jugak rasa sedih sebab mungkin takkan jumpa lagi kengkawan. Tapi bila diingat balik, ada kengkawan yang agak berkawan kerana kepentingan dan terpaksa serta kureng ikhlas nie, terasa nak cepat-cepat jer tamatkan study nie. Ingat dihati kenapa ada orang yang macam nie, tak boleh kah kalau menerima seseorang itu dengan seadanya dan tanpa banyak rungutan. BERKAWAN SEADANYA.Photobucket Biarkanlah.

Kejap tadi baru siapkan permohonan kerja kat KKM, itu pun akak yang suruh isi permohonan tu. Isi je la lagipun tak rugi. Tapi ingat dihati nak study lagi sampai ijazah baru pikir soal keja dan lain-lain. Tak kesah lah apapun janji cita-citaku akan tercapai walau sejauh mana perjalanan dan rintangan untuk ditempuhi.erm;Amin..

Rasanya cukup setakat ini saja catatan tuk kali nie...


Tuesday, April 07, 2009

Kenangan Tersirat

Agak lama tak meringankan tangan untuk mengetuk keybord nie.. Selalu mengadap lappy tapi hanya untuk buat assignment sahaja, untuk melayari internet agak banyak kekangan selama ini. Line yang tidak memuaskan adalah salah satu sebab yang kukuh, tapi abaikan buat sementara. Memandangkan line broadband malam ini lain drpd biasa, ingin jugak nak mengupdate laman nie yang telah lama ditinggalkan. Ramai jgak member bloggers yang tanya sebab apa lama tak update? sory la tak sempat..

Apa yang nak dikarang nie sudah berbulan minggu Dya pendamkan. Tapi malam nie ingat nak cita jugaklah sikit.

Sepanjang hari yang Dya telah lalui selama ini:

1. Dimulakan dengan Karnival ICT,PTSS. Dya tak ambil acara apapun cuma bantu booth JMSK (Jabatan Matematik Sains dan Komputer).

2. Pada hari khamis, Karnival berlangsung Dya mendapat call dari adik, yang bunda ada masuk hospital. Hati ada la rasa tak sedap jugak pagi tu. Untuk itu terus ambil keputusan untuk pulang ke rumah pd hari tu juga. Sampai kat rumah ambik Atiq Kat rumah jiran sebab ayah tinggalkan Atiq kat rumah jiran, mummy dan daddy dia ada kat Putrajaya. Selepas ayah pulang dapat tahu bunda kena Strok sebelah badan."Ya Allah satu lagi dugaan menimpa bunda selepas kemalangan haritu". Mungkin ini kesannya selepas kemalangan tragis itu.

3. Hujung minggu yang lepas, kerja-kerja untuk melaksanakan tugasan terpaksa dilakukan juga. Final project kumpulan ini untuk subjek Audio Video Digital(AVD). Bagi kumpulan Dya, kami memilih untuk membuat dokumentari tentang "Jelajah Perlis" agak menyeronokkam jugak la tugasan nie walaupun ada sedikit sebanyak masalah yang terpaksa di harungi.

4. Pada hari ahad, Atiq Tarique mengalami deman yang agak teruk, suhu badanya mencecah 3.8'c. Atiq ditahan di wad Pediatrik HTF, selama 2 hari. Kesian la tengok Atiq rasa sayu tengok muka dia sebelah malam, asyik nangis. yang kesian skali bila sebelah malam demamnya naik memuncak, demam malam. Alhamdulillah Atiq sekarang dah agak sihat cuma ada sedikt sahaja lagi demam yang belum kebah. Namun begitu Atiq masih lagi seorang yang Hyperactive walau macam manapun keadaanya. Mok'cik cayangggg Atiq..

5. Kuliah bermula pada hari selasa, dengan alasan pada harI Isnin ada konvokesyen kali ke-3 untuk PTSS.



SEKITAR YANG TERJADI PADA HIDUPKU!!




Gelagat atiq semasa di wad pediatrikHTF



wajah bunda selepas 1 bulan mengalami serangan Strok
riak wajah ceria
di hati siapa yang tahu!!

beberapa shoot yang menarik sempena shooting final project(grouping)




ayah, kakak dan abang semasa di ladang anggur
(krew yang bertanggungjawab untuk membawa team AV PROD. membuat liputan..hehe)

posing di taman herba dan ladang anggur..



dara pingitan gitu "TEAM AV(AUDIO VIDEO) PRODUCTION"


Setakat ini sahajalah cerita Dya untuk kali ini. Problem dengan line streamyx dan celcom broadband kembali lagi, terasa agak putus asa untuk mengeluarkan post yang satu nie.. Tapi tetap berjaya..sampai ketemu lagi



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...