Thursday, November 06, 2008

WHY i'm TIRED

Dah lama tak pernah post apa-apa, bosan Photobucket jugak bila nampak page yang asyik dengan tajuk yang sama ja. Sebenarnya hari nie Diya dah berazam nak memulakan penulisan Laporan Latihan Industri. Disebabkan masa yang dah tinggal lebih kurang satu bulan, Dya perlu memulakan penulisan ini sekarang, tapi yang bestnya tengah ada angin nak tulis Laporan, boleh pulak dok menjengah ke blog nie dan tiba-tiba ja ada idea nak menulis kat sini pulak.
Yang boleh nekad nak mula tulis Laporan nie bukannya apa, Dya ada dapat satu format laporan yang lengkap untuk buat Laporan nie, yang kebetulannya milik bekas pelatih Industri Politeknik PTSS, juga merupakan pelajar Teknologi Maklumat.
Tadi sempat membaca hasil laporannya, agak sempurna dan kemas, bolehlah dijadikan panduan sedikit sebanyak untuk Laporan Diya kali nie. Hari nie teringat kat Afif, bukan apa haritu ada pinjam buku panduan laporan kat dia, sebab yang Dya punya entah hilang kemana, ingat lepas tu dia ajak buat Laporan sekali. haritu dia ada mesej (Aloo,aslmkm,diyana.. bila nak wat buku laporan ngan afif?esok bleh?) tapi tak de kredit nak balas jadi terlupa la nak bgtau. Soryla Afif ek.. Nanti bila Dya betul2 free dya call ok.

bermain dengan kertas amat mengusutkan kepalaku..
Sepanjang minggu lepas dan minggu nie, sibuk sangat kat ofis nie..cibuk nih Macam-macam kena buat, walaupun bukan sepatutnya tugas pelatih LI lakukan.

kesibukan yang jelas ternyata tapi sempat melayari blog ku..hehe
Tapi Dya malas nak berkira sangat jadi buat je la apa yang patut.
Ramai staff dari ofis lain datang untuk "key in" maklumat HRMIS (Human Resource Management Information System / Sistem Maklumat Pengurusan Sumber Manusia) , kerajaan Perlis baru nak mulakan sistem nie padahal dah banyak negeri dah guna pakai sistem nie. Kebaikan sistem nie adalah semua maklumat berkenaan staf-staf kerajaan tersebut khususnya, dapat diakses secara online. Contohnya; kalau ke hospital staf tersebut tidak lagi memerlukan surat pengesahan/guarantee letter untuk mengesahkan bahawa dia adalah staff kerajaan. Banyak lagi kebaikannya, tapi dari apa yang diketahui untuk memasukkan maklumat tersebut, banyak kesukaran daripada kesenangan untuk "key in" semua data-data tu.
Minggu depan pulak, negeri perlis ada menganjurkan minggu sains inovasi dan teknologi, jadi banyak la meeting dan dokumen-dokumen yang terpaksa diuruskan. Ofis nie jugak buat katering untuk mesyuarat2 nie. Bantu la jugak sedikit sebanyak. Sempena dengan minggu tu antara tetamu yang akan datang ialah si Angkasawan tu, tak tau la hari apa dia nak mai.. Aduh mulalah bertambah kerja-kerja Dya..op;
Oklah sampai sini ja, nak mula karang Laporan LI.

No comments:

Post a Comment

say hi to me..i say hello to you toooo...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...