Thursday, November 27, 2008

Ekposisi Keusahawanan


21 November 2008-Jumaat. Peristiwa dan kejadian ini telah ditentukan akan berlaku..hehe cam cerita ngeriwahahaah.Perkara nie berlaku minggu lepas, memandangkan ketibaan hujung minggu yang selalunya akan dihabiskan duduk dirumah (macam anak dara dolu2), ada jugak tergerak hati untuk ke satu pesta(pesta ker..ntahlaa) nie.. alah dekat rumah jer.. So hari tu member I..hehe si Najwa anak pak Rohim tu ajak Diya pergi Pesta tu(kami panggil funfair tapi tak lah se funfair yang dibayangkan) tahu kenapa? Tunggu selanjutnya..
Memandangkan tempat yang nak dituju tu dekat je, dalam 5 minit boleh sampai, kami pergi naik motor je la@merempit dengan lesen Agong yang kami ada hehe.. Najwa nie bawak sekali adiknya yang berumur 1 tahun 5 bln dan form 1. Masa tu dia je yang ada adik Diya takde adik..Ooops!!Bukan tak de adik tapi adik Diya tu, Azira namanya pergi ke Putrajaya tinggal dengan Kekanda dan Bunda kat sana, juga untuk jaga si Comel Tarique, biasalah cuti sekolah..nak berjalan je kerja dia..yang lain dia tak tau..
Sambung balik.. Malam tu kitorang 4orang lah..saja jalan-jalan untuk menghilangkan keboringan masing-masing pada malam tu. Funfair Yang diadakan disitu boleh dikatakan ok-ok dan sesuailah dengan gaya negeri Perlis yang aman, rakyat berbilang bangsa, tempat-tempat menarik, cantik,kecil, comel, lagi cute nie(wah puji giler negeri sendiri hehe)..
gambar2 dibawah agak kekaburan kerana penggunaan telefon yang digunakan ialah Sony Ericson W700i (tak tau sbb apa gmbar tak elok)

Permainannya tak lah banyak, ada empat jer..Buaian pusing, chicky house, mini train dan satu lagi tu terlupa namanyer.. Tapi bolehlah kalau sekadar nak bawa family suka-suka kat sini, selain tu ada juga jualan-jualan lain.

Antara makanan yang dijual disini, bahulu nie yang biasanya kosong
dihias cantik, sayang pulak nak makan. ada dua jenis yang diletak chocolate dan vanilla
tapi dua-dua diya tak beli sebab diya tak suka hehe..
Diya beli yang biasa jer..


gambar yg sempat ditembak oleh ku..
Malam tu selepas kami dah siap melawat kawasan, dan selepas dua oang adik najwa tu naik keretapi mini, kami pun dah letih, so masa untuk pulang..tak banyak yg dapat diceritakan sebab dah tak ada benda yang nak dijadikan cerita lagi... Dan kalo tak silap Pesta nie sampai bulan depan kot..Dan nak tahu apa yang Diya bawak balik sebagai buah tangan? hanya bahulu panas tu 10 biji aje..hehe (save budget).
Moral : Walaupun FUNFAIR yang diorang buat nie biasa-biasa jer, tapi bolehlah baik daripada takde langsung... bukan memperkecil tapi memang fakta..
(perasan tak kesilapan ejaan pada gmbar diatas..jahatnyer monyet)


Wednesday, November 19, 2008

What if your ex said these to you?

Hari nie kebetulan Diya punya banyak masa yang tidak terisi, oleh itu semasa sedang membuat Laporan Industri, ada kehadiran pesanan dari Yan untuk mengunjungi terataknya. Jadi Diya teruslah menyorong cursor ke terataknya Yan. Lalu meninggalkan karangan Laporan Industri dan menyonsong ke halaman lain..
Ini adalah tag daripada Yan.
yoyoyo;What if your ex said these to you?yoyoyo;
1. Hi how are you?hai;
Totally fine and Thank you..

2. Hey! You wanna go to the mall?!
Maybe, but not now
3. I LOVE U..erm;
Dalam Bahasa Melayu ia bermaksud saya sukakan kamu.

4. Do u want some cookies?
Thanks, I can make it by my self. If you want, Diya can make it for you too.
:mJahat:5.Can you take me a picture?!?
Picture, Why me?

6.Help me in my homework!
Yeah, why not. But!! I just help you, not a make or do it your homework

7. Here’s my gift to you…
Thanks but, I don't need a gift.:mJahat:
8. Let’s just be textmates
Maybe another time.. I have something to do..:mStudy:9. Do you want me to buy you an ipod?
I think you should save your money for your future not saving it to buy me anything.. Its's more better.
:mJahat:10.Let’s sit together in the bus
Thanks a lot... sebab Diya naik motor, dan jarang naik bas..:mKipas:11. Hi baby
ooh.. that is my son, Muhd Atiq Tarique

COMELNYA DI PAGI RAYA
12. Your still cute!
oh ya.. U think...

13.I still LOVE you!
ooh ye ke..saya pun sama masih menyayangi diri saya sendiri:mBerangan:14.Can I visit your house?
Sure, tapi Diya tinggal di asrama..:mBerangan:15.Do you love me?
Diya sayangkan semua orang terutamanya keluarga.. dan bakal suami dan anak-anak untuk suatu hari nanti. Insyaallah ada rezeki.

:mLove:

Follow this instruction:
1. named 5 candidates on your list.
2. ask them to complete this tag.
3. repost on their blog
4. write the title “what if your ex said this to you”

5 person to tag: sampaikan salam

Monday, November 10, 2008

Esok Mungkin Tiada Lagi

Life's changing every moment
Life is now a shade
Life is now sunshine
Every moment on earth
Live life to the fullest
Whatever time you have is yours..
For tomorrow might never come

Someone to love you with all his heart
is difficult to come by
Should be there someone like that
he's the one for you, he sure
His hand
you must take
For all you know
tomorrow might never be

In the realm of your eyes
Should someone get close to you
Try a million times to control your crazy heart
but it shall continue to beat wildly
But think it over
this is the moment
This legend
might not exist tomorrow
Whatever time you have is yours..
For tomorrow might never come

Thursday, November 06, 2008

WHY i'm TIRED

Dah lama tak pernah post apa-apa, bosan Photobucket jugak bila nampak page yang asyik dengan tajuk yang sama ja. Sebenarnya hari nie Diya dah berazam nak memulakan penulisan Laporan Latihan Industri. Disebabkan masa yang dah tinggal lebih kurang satu bulan, Dya perlu memulakan penulisan ini sekarang, tapi yang bestnya tengah ada angin nak tulis Laporan, boleh pulak dok menjengah ke blog nie dan tiba-tiba ja ada idea nak menulis kat sini pulak.
Yang boleh nekad nak mula tulis Laporan nie bukannya apa, Dya ada dapat satu format laporan yang lengkap untuk buat Laporan nie, yang kebetulannya milik bekas pelatih Industri Politeknik PTSS, juga merupakan pelajar Teknologi Maklumat.
Tadi sempat membaca hasil laporannya, agak sempurna dan kemas, bolehlah dijadikan panduan sedikit sebanyak untuk Laporan Diya kali nie. Hari nie teringat kat Afif, bukan apa haritu ada pinjam buku panduan laporan kat dia, sebab yang Dya punya entah hilang kemana, ingat lepas tu dia ajak buat Laporan sekali. haritu dia ada mesej (Aloo,aslmkm,diyana.. bila nak wat buku laporan ngan afif?esok bleh?) tapi tak de kredit nak balas jadi terlupa la nak bgtau. Soryla Afif ek.. Nanti bila Dya betul2 free dya call ok.

bermain dengan kertas amat mengusutkan kepalaku..
Sepanjang minggu lepas dan minggu nie, sibuk sangat kat ofis nie..cibuk nih Macam-macam kena buat, walaupun bukan sepatutnya tugas pelatih LI lakukan.

kesibukan yang jelas ternyata tapi sempat melayari blog ku..hehe
Tapi Dya malas nak berkira sangat jadi buat je la apa yang patut.
Ramai staff dari ofis lain datang untuk "key in" maklumat HRMIS (Human Resource Management Information System / Sistem Maklumat Pengurusan Sumber Manusia) , kerajaan Perlis baru nak mulakan sistem nie padahal dah banyak negeri dah guna pakai sistem nie. Kebaikan sistem nie adalah semua maklumat berkenaan staf-staf kerajaan tersebut khususnya, dapat diakses secara online. Contohnya; kalau ke hospital staf tersebut tidak lagi memerlukan surat pengesahan/guarantee letter untuk mengesahkan bahawa dia adalah staff kerajaan. Banyak lagi kebaikannya, tapi dari apa yang diketahui untuk memasukkan maklumat tersebut, banyak kesukaran daripada kesenangan untuk "key in" semua data-data tu.
Minggu depan pulak, negeri perlis ada menganjurkan minggu sains inovasi dan teknologi, jadi banyak la meeting dan dokumen-dokumen yang terpaksa diuruskan. Ofis nie jugak buat katering untuk mesyuarat2 nie. Bantu la jugak sedikit sebanyak. Sempena dengan minggu tu antara tetamu yang akan datang ialah si Angkasawan tu, tak tau la hari apa dia nak mai.. Aduh mulalah bertambah kerja-kerja Dya..op;
Oklah sampai sini ja, nak mula karang Laporan LI.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...