Ada pelbagai perkara yang sedang dipikirkan, dan perlu tindakan segera untuk dilaksanakan. Tapi bila sampai waktunya, ada saja yang membuatkan keinginan perlu dilupakan, samaada kerana cuaca seperti petang tadi ataupun kerana diri yang akan mengubah keputusan di saat akhir. Semakin dekat masa untuk tamat latihan industri, sebarang persiapan untuk menyediakan buku log belum ada. Walau sepatah perkataan pun belum dimulakan lagi. Bila hendak mula menaip patah perkataan yang pertama, tidak tahu apa yang hendak ditulis terasa kosong saja otak kepala ketika itu, ditambah dengan mood yg kacau bilau tanpa sebab dan disertai kemalasan yang melanda, oleh itu, niat untuk menaip buku log latihan industri akan terkubur untuk hari itu. sehingga sekarang dan waktu ini dya masih tidak lagi memulakan walaupun sebaris ayat sebagai pendahuluan untuk buku ini. Yang ada hanyalah
haha tak tau dah, yg tu saja dok terlintas kot kepala..
Tengahari tadi ada "open house" anjuran UPEN dan gabung sekali dengan BPTM, tapi terasa tak seronok langsung sbb Dya tak berapa mengenali mereka(staf2 dan pegawainya..) Tapi kerana rasa tak selesa, cubalah jugak sedaya upaya menyesuaikan diri, walaupun terasa macam nak terus cabut jer dari situ. Hidanganya banyak, ada lontong ,satay, nasi tomato, ketupat, nasi impit, laksa dan macam-macam lagi, tapi Dya just minum dan makan kuih bahulu dan kek jer.. (TAK TAU NAK MAKAN KALAU ORANG RAMAI-RAMAI..KEKOK)
No comments:
Post a Comment
say hi to me..i say hello to you toooo...