setelah hampir dua minggu menyiapkan dan menunggu pengesahan untuk design kulit depan buku Perangkaan Sosioekonomi Negeri Perlis 2007, dari UPEN, petang semalam dyana mendapat persetujuan bahawa design itu akan diterima oleh mereka.
Tetapi sebelumditerima oleh mereka sebelum ini berbagai kerenah yang terpaksa dyana hadapi. sudahla terpaksa membuat rekaan itu dengan memerahkan kepala otak sendiri, tiba-tiba banyak yang direject pulak dan terpaksa dibuat semula. nak atau tidak dyana terpaksa menurut jugak sebabnya dyana hanyalah seorang student praktikal di sini. Dan malas nak membantah. Ada saja yang tidak dipuaskan hati oleh pengarah dan juga pegawai UPEN itu. Kadang-kadang terasa macam sakit hati deperlakukan begitu. sudahla tidak diberitahu design yang bagaimana diperlukan tetapi bila dah siap ada sahaja komennya. semuanya dilakukan hasil perahan idea sendiri,ada juga terasa stress. Tapi bila terasa stress waktu tengah buat tu, dyana berhentilah sekejap, ambik nafas cari idea dulu, pastu baru teruskan balik.
buat design ni perlukan masa, tambahan lagi bila guna perisian adobe photoshop cs2.
kesabaran, idea dan juga ketelitian perlu ada untuk menghasilkan sesuatu design yang sempurna, kemas dan menarik.
Lastly, semalam waktu dyana perlu membentangkan design itu di bilik mesyuarat UPEN, ada juga kesalahan, pastu ingatkan nak betulkan time tu jugak sebab just font silap taip dan nak buang blending option.
TAPI TIBA-TIBA sahaja semua font tu di"lock", entah sebab apa... pastu selepas beberapa saat baru teringat, dyana buat semua design tu guna adobe versi cs2, kemudian masa nak bentang pakai laptop dell adobe nya versi 7.0!! alamak memang masalah nie. yang kat ofis tu punya trial dan mmg dah habis tempoh dah. pastu depan pengarah tu cubalah buat2 pandai koonya boleh buat time tu, last pengarah tu tanya "lama tak nak buat balik?" apa lagi dyana cakap je la ambik masa jugak. so dia cakap pergi buat kat ofis. Hah..legalah sikit. balik ofis terpikir macam mana nak buat pakai versi 7.0 nih. dah lah masa study pakai cs2, kena jumpa balik pengarah tu bg design kat dia pukul 4.30 time tu dah pukul 3.00. sempat lagi nih, balik ambik laptop kat rumah. apa lagi dyana terus memacu je motor wave warna hijau tu milik abg ipar untuk ambik laptop.
balik je ofis terus buat. dah la puasa memang letih sangat sangat. sengsara dibuatnya.
selepas betulkan semua yang macam diorang nak, masa ada lagi ingat nak try ubah latar belakang dia dari warna biru tukar jadi warna merah, blurkan dia sikit. dah tadi diorang cakap warna biru nampak cam barisan nasional, ceh ada saja nak mengena aku. senang aku letak warna merah biaq merah biji mata depa. lamala jugak buat tu. tengok2 jam dah pukul 4.30 ptg, mampus satu bala pulak kalau kang pengarah tu bising kasi kat dia lambat. dah la tak print lagi.
lepas siap print, pergi la pejabat UPEN kena panjat lagi ke tingkat 4 baru la jumpa pejabat nya. fuhh!! penat tak terkata. Nak kata apa?. Apa pun tak kata la..
masa masuk ofis upen tu diorang tengah meeting tak habis-habis lagi. masuk la dalam bilik meeting diorang tu bagi la 3 kertas design yang berlainan 2 warna biru 1 lagi warna merah.
Nak tau yang mana depa minat? depa minat yang warna merah tu dengan alasan nampak lebih menonjol la, apa la... ada saja.
selepas tu balik ofis dengan hati yang gembira sangat sebab diorang dah terima walaupun dengan banyak songehnya.. apapun GUD LUCK untuk diriku sendiri. time tu ingat satu ja.. memang dahaga sebab dekat 8 kali naik turun tangga.
pastu ni nak terus balik sebab dah pukul 5.00ptg. nak pi tolong abang ngan kakak niaga kat pasar ramadhan taman kemajuan. PUTU PIRING import dari Putrajaya..hehe
No comments:
Post a Comment
say hi to me..i say hello to you toooo...