Thursday, September 18, 2008

MAIN SERBU JER!!

Ni ada lagi satu post berkenaan dengan latihan industri.
Hari isnin lepas kebetulan dyana cuti, haritu adela sebab yang "private and confidential", nak dikatakan cerita boleh la pulak lecturer Politeknik TuankuSyed Sirajuddin datang pulak melawat hari tu.. wah gawat la jadinya. Tapi dyana tak tahupun haritu ada lecturer datang melawat sebab tak de sape call bagitaupun.. gitu lah ceritanya.
Keesokan harinya, hari selasa, dyana pegi keje macam biasa, sampai pagi tu Cik Am ada cakap yang semalam rasanya ada lecturer dyana datang, tapi dia pun tak pasti betul ke tak sebab masa kejadian tu tak de sape pun kat ofis hehe..
Dyana pun buat keje cam biasa la haritu semoga dengan harapan diorang tak datang lagi harinie sebab dyana belum kemaskini lagi buku harian LI, dan juga harinie tak de sorang pun pegawai kat sini sebab semuanya meting kat bilik gerakan kompleks pejabat kerajaan.
Nak dijadikan cerita jugak, tiba-tiba diorang datang harinie.. Tak nyempat-nyempat.. tapi tak pe la dyana dpat setlekan hal nie.. adela jugak gugup sebab buku harian tu..pastu diorang ada jugak tanya macam mana dengan LI, dyana cerita je la apa yang dyana buat kat sini. Macam-macam tokok tambah, klentong sikit-sikit, pastu diorang pun dah nak balik, time tu diorang ada tanya kenal tak dua orang pelajar poli gak, mana la dyana nak kenal. Pastu teringat kat Afif dengan Fakhrul yang buat LI kat sebelah ofis nie kat Kemas, bagitau la kat lecturer tu, pastu diorang soh tanya sebab lecturer yang sama nie dah jumpa ngan diorang semalam, oh baru la tau rupanya budak 2 orang nie dah jumpa ngan lecturer poli tapi tak cakap ngan dyana.
Pastu g la fon Afif tanya dia kenal tak budak poli yang 2 orang lagi tu.. Dia cakap tak kenal.. Erm tak pelah.. pastu dia ada cakap lagi, semlam dia call dyana tak dapat masa nak buat lecturer tu datang. Ooohh sekarang dah teringat rupanya Afif la yang fon dyana sampai miscall ada gak la dalam 11 kali tu.. Kebetulan semalam(isnin) 1 hari fon dyana mogok bateri.. Dan dyana pulak ada kat hospital temankan baby..
kesimpulan ceritanya..Afif ada call dyana untuk maklumkan kedatangan lecturer pemantau sewaktu diorang datang untuk jumpa dyana sekali tapi, malangnya fon dyana kehabisan bateri, walaupun dyana tahu ada 11 miscall tapi dyana still tak tahu itu no sape dan malas nak chek kat buku fon.. Gitula..ceritanya lecturer politeknik melawat studentnya tanpa warning terus main serbu jer.... tak nyempat nak siap karpet merah..hehe

AHAD, 14 SEPT 2008

Sepanjang minggu lepas banyak perkara yang menyeronokkan terjadi. Walau bagaimanapun dyana tak sempat nak postkan kat sini apa yang dya telah alami sepanjang minggu lepas, bukannya apa, tapi kerana tersangat busy sehingga terasa waktu semakin mencemburui dikala ingin menatap laptop di rumah. Tapi kalau di ofis berlainan pulak jadinya.. Pc memang didepan mata tetapi tak sempat jugak untuk postkan apa-apa walaupun memang banyak yang terlintas di otak kepala setiap hari.
Ok, untuk mulakan post harini dyana nak mulakan dengan berita gembira yang kadangkala dyana sendiri tak percaya yang semuanya dah jadi kenyataan.
Pada tanggal yang dyana tulis kat atas tu, pada pukul 5.45 ptg, dyana telah mendapat seorang ahli keluarga baru, dan gelaran baru iaitu ibu sedara, ataupun dengan panggilan mo'k cik(bkn mak cik). Saja letak panggilan tu supaya lain dari yang lain. kalau makcik tu bunyinya macam tua sangat, padahal dyana baru nak menjangkau 20 januari depan. Nak buat macam mana, muda lagi dah nak kena jadi mo'k cik.. panggilan nie dyana dapat masa menonoton filem anak mami yang dilakonkan oleh wahida, apek dan fasha sandha. ade part last tu wahida sebut tentang gelaran mo'k cik, sedap pulak bunyinya, tu yang dyana saja nak letak gelaran mo'k cik tu
Baby yang akak dyana lahirkan tu adalah baby boy seberat 3.25 kg. Namanya belum letak lagi tapi dalam rancangan tu mungkin nama yang bakal dipilih adalah Atiq Tariq, sedapkan nama tu, yang bermaksud bintang subuh.. sama comel cam babynya jugak la..
harini dia dah berumur 5 hari..tak sangkakan baru 5 hari dia kat muka bumi nie..
Tapi sayangnya dan kesiannya setelah 2 hari dilahirkan, dari pemeriksaan didapati baby menghidap deman kuning ditahap 11. Doktor tidak membenarkan baby dibawa pulang kerana mahu meletakkannya di dalam inkubator, tapi ibu pula tidak diletakkan di dalam wad sekali kerana tempat telah penuh. Tetapi abang dan kakak tetap mahu membawa baby pulang bersama walupun doktor melarang dengan alasan yang bermacam-macam,biasala doktor, dyana juga menyetujui keputusan itu walaupun tahu kesan penyakit kuning ini ada risiko tinggi juga untuk menganggu otak bayi di masa hadapan. Tetapi keputusan untuk tidak meninggalkan bayi ini juga dibuat atas dasar baby tidak dapat tidur malam, juga sering muntah-muntah akibat semasa proses menyucikan badan bayi selepas bersalin sisa-sisa yang ada di dalam perut bayi tidak disedut sepenuhnya, justeru itu membuatkan bayi sering muntah-muntah. tindakan untuk menbawa pulang bayi ini juga diambil setelah melihat layanan suster atau jururawat terhadap bayi itu sendiri, sudahlah susu ibu tidak mencukupi, susu botol dilarang, bila baby menangis dan diadukan masalah ini pada mereka, jawapan yang diberikan amat menyakitkan hati, walaupun baby menangis sehingga habis suara mereka tidak ambil peduli selagi tiada ibu yang menyuruh mereka berbuat sesuatu.
apa akan terjadi jika baby ditinggal seorang
Sekarang baby berada dirumah, ahli keluarga dyana berusaha mencari penawar panyakit kuning baby mengikut cara tradisional orang dulu-dulu iaitu dengan menjemur bayi di bawah matahari pagi, memandikan bayi menggunakan ubat herba cina dan macam-macam lagi.
Semoga ada perubahan untuk anak sedaraku yang sorang tu..
Kembalilah sembuh dan sihat anakku..
doakan semoga baby sihat..
( gambarnya akan dipostkan jika ada kelapangan )

Friday, September 12, 2008

Tag!!Tag!!Tag!! and Award


Tadi ada check blog tengok2 ada mesej dari Yan dia cakap ada something kat blog dia untuk Dya. Jadi Dya pun go tru la kat blognya.. rupanya kena tag..
first dulu Dya tak tahu pun apa menatang si tag..tag nih.. pastu try la mengkaji sana sini..
Rupanya tag nie macam lebih kepada nak mengeratkan lagi persahabatan sesama blogger. baguslah gitu.
Kerana perkembangan teknologi manusia pun semakin maju.. "eh..silap..silap, kerana perkembangan manusia la teknologi makin maju, ha baru betul.."
agaknya siapalah yang terpikir untuk mereka cipta anugerah dan men"tag2" nih.. bagusla kerana dapat terpikir sesuatu agar perkembangan dunai blogger di malaysia ni aktif dan erat.. angle kiss

REALITI??

Minggu ni adalah minggu yang paling membosankan, sebab mungkin bulan posa sama kot, selain daripada dok kat ofis tak dak keja nak buat. Nak update blog ni pun takde benda menarik yang boleh nak tulis. Tak tau la nak jadi apa. Orang atasan selalu je tak dak kat ofis, memang tau pun yang depa semua memang sibuk, tak salahkan diorang jugak sebab bhgn teknologi maklumat nie hanya menempatkan 3 orang pegawai sahaja dan seorang setiausaha.
Tapi kalau bahagian lain banyak la pulak staffnya. tak tau la depa dok atur macam mana.
kasihku
kenapa diri ini tidak dapat dimengertikan, apakah susah benar untuk mencari kebahagian. aku bukan menagih cinta, aku juga bukan kepingin untuk minta diri dicinta, cuma aku pingin terasa bahagia, tapi tidak tahu harus bagaimana, dimana, apa dan mengapa!!
ha sudah...!!@@
awat tah dok jadi lagu nie plak harini.. susah hati tak tau pasaipa. mungkin banyak sangat masalah kot sampai tak tau nak selesaikan yang mana satu. HHaish pening!! Tapi kalau dipikirkan balik masalah aku bukan nya apa
1. laptop problem
penyelesaian: hantar kat kedai(malas nak baiki sendiri) sebab dah agak nazak dah, pastu format tapi sayangnya my document tak boleh backup. sedih, sebab macam2 ada kat dalam tu. Sampai hari ni still lagi terasa kehilangan yang amat sangat. walau pun orang kata bukan kehilangan nyawa, tapi memang terasa, bila dipikirkan balik, seperti tiada erti bila tengok laptop tu ada di depan mata. dulu kalau tengok laptop tu rasa membuak-buak nak buka tengok semua benda yang tersimpan kat dalam tu. rindu sangat laptop yang dulu.
walaupun setelah diformat still lagi laptop nie ada problem, terlalu banyak virus yang bertakhta kat dalam tu yang tak dapat nak dihapuskan. Semalam scan syok2-syok tengok pulak result dia ada 144 spyware dan ada apa tah ware-ware lagi tu tak ingat dah..
2. kaspersky
kenapa: kejap gi nak rembat ofis nya cd installer kaspersky nak install kat laptop ku yang agak parah terkena kanser. Satgi pinjam sat, dah bagitau kat Hafiz(budak praktikal yang selalu format komputer kat sini) cakap nak pinjam sat nak buat balik rumah. Alang-alang dahbuat balik tu ingat satgi nak install kat pc di rumah tu sama.
3. kerana INTERNET
sebab: intermet lah punca juga penyebab dan musababnya aku menjadi mudi sepanjang minggu ini. internet nak buang, aku perlukannya, still ada kontrak 1 tahun, nanti dikata ketinggalan zaman pula, dan dunia dihujung jari.. tak tau macam mana. punca dua maslah di atas tu adalah berpunca drpd internet.
buka internet-->>virus banyak masuk(tarak guna betul) -->>laptop down-->> format(pakai duit).................bla...bla.........sampai guna aitivirus free macam hampeh. Nak install kaspersky ORI RM50, aduh duit lagi, tak install takut laptop down pulak, tak mau dah serik sangat..
4. masalah ni taktau la nak panggil apa!!@@
--->>selalu lepas balik dari ofis singgah dulu kat tempat akak dengan abg niaga kat pasar ramadhan kat rumah, time borak ngan depa selalu cakap mlam nie Nak tidor awal sebab esok nak pegi keje lagi.
Tapi bila malam, lain pulak jadinya. Lepas bebuka tu memang la letih dan rasa mengantuk, tapi tak tau macam mana pukul 1-2 pagi pun belum tentu tido lagi.. Bukannya buat kerja satu apapun , tapi mesti tido lewat jugak. Kadang-kadang memang geram, sebab siang tu akan rasa perit sangat nak bangun sahur, kalau bangun pun mata mesti dah merah cam mata puntianak, pastu dah la ngantuk nak makan pulak, memang takde selera langsung. Haaahh..tension....
Pagi pulak pergi keje punchcard mesti lewat. masuk ofis pulak awal-awal tu memang la mata tu fresh lagi, tapi bila dah dua tiga jam menatap pc nie mula la mata tu rasa perit sangat dan keluarlah air mata tangisan rindu haha.. sebenarnya tak tahan mengantuk.. dah tak boleh nak buat macam mana mesti kena rehatkan mata sekejap. minggu nie banyak kali la jugak ketiduran di ofis tapi takpe sebab masuk je time tengahari, kami ramai-ramai buat pesta tidur..hehe
Memang selalu cam tu..sebab ada pulak sorang ibu mengandung kat sini tu yang bila tengahari je dia ajak kitorang merhatkan kepala otak tido kat sofa. tapi kami nie terdiri dari golongan gadis-gadis pemalu(hehe..) adela 3 orang, malas nak tido kat sofa tu sebab ada bos yang 2 org lagi tu lelaki, jadi kami rehatkan je la mata kami kat tempat kerja masing-masing.. nak buat macam mana...haha

kacau sungguh tengah sedap2 nak tulis blog nie ada pulak yang nak hantar soft copy HERMIS untuk En.Saffuan tapi dia takde pergi DUN terpaksa la aku yang ambik.. lepas tu hilang semua apa ntah nak tulis..
setiap garisan kata pasti ada noktah yang menunggu di penghujungnya..

Friday, September 05, 2008

UPEN puas hati

setelah hampir dua minggu menyiapkan dan menunggu pengesahan untuk design kulit depan buku Perangkaan Sosioekonomi Negeri Perlis 2007, dari UPEN, petang semalam dyana mendapat persetujuan bahawa design itu akan diterima oleh mereka.
Tetapi sebelumditerima oleh mereka sebelum ini berbagai kerenah yang terpaksa dyana hadapi. sudahla terpaksa membuat rekaan itu dengan memerahkan kepala otak sendiri, tiba-tiba banyak yang direject pulak dan terpaksa dibuat semula. nak atau tidak dyana terpaksa menurut jugak sebabnya dyana hanyalah seorang student praktikal di sini. Dan malas nak membantah. Ada saja yang tidak dipuaskan hati oleh pengarah dan juga pegawai UPEN itu. Kadang-kadang terasa macam sakit hati deperlakukan begitu. sudahla tidak diberitahu design yang bagaimana diperlukan tetapi bila dah siap ada sahaja komennya. semuanya dilakukan hasil perahan idea sendiri,ada juga terasa stress. Tapi bila terasa stress waktu tengah buat tu, dyana berhentilah sekejap, ambik nafas cari idea dulu, pastu baru teruskan balik.
buat design ni perlukan masa, tambahan lagi bila guna perisian adobe photoshop cs2.
kesabaran, idea dan juga ketelitian perlu ada untuk menghasilkan sesuatu design yang sempurna, kemas dan menarik.
Lastly, semalam waktu dyana perlu membentangkan design itu di bilik mesyuarat UPEN, ada juga kesalahan, pastu ingatkan nak betulkan time tu jugak sebab just font silap taip dan nak buang blending option.
TAPI TIBA-TIBA sahaja semua font tu di"lock", entah sebab apa... pastu selepas beberapa saat baru teringat, dyana buat semua design tu guna adobe versi cs2, kemudian masa nak bentang pakai laptop dell adobe nya versi 7.0!! alamak memang masalah nie. yang kat ofis tu punya trial dan mmg dah habis tempoh dah. pastu depan pengarah tu cubalah buat2 pandai koonya boleh buat time tu, last pengarah tu tanya "lama tak nak buat balik?" apa lagi dyana cakap je la ambik masa jugak. so dia cakap pergi buat kat ofis. Hah..legalah sikit. balik ofis terpikir macam mana nak buat pakai versi 7.0 nih. dah lah masa study pakai cs2, kena jumpa balik pengarah tu bg design kat dia pukul 4.30 time tu dah pukul 3.00. sempat lagi nih, balik ambik laptop kat rumah. apa lagi dyana terus memacu je motor wave warna hijau tu milik abg ipar untuk ambik laptop.
balik je ofis terus buat. dah la puasa memang letih sangat sangat. sengsara dibuatnya.
selepas betulkan semua yang macam diorang nak, masa ada lagi ingat nak try ubah latar belakang dia dari warna biru tukar jadi warna merah, blurkan dia sikit. dah tadi diorang cakap warna biru nampak cam barisan nasional, ceh ada saja nak mengena aku. senang aku letak warna merah biaq merah biji mata depa. lamala jugak buat tu. tengok2 jam dah pukul 4.30 ptg, mampus satu bala pulak kalau kang pengarah tu bising kasi kat dia lambat. dah la tak print lagi.

lepas siap print, pergi la pejabat UPEN kena panjat lagi ke tingkat 4 baru la jumpa pejabat nya. fuhh!! penat tak terkata. Nak kata apa?. Apa pun tak kata la..
masa masuk ofis upen tu diorang tengah meeting tak habis-habis lagi. masuk la dalam bilik meeting diorang tu bagi la 3 kertas design yang berlainan 2 warna biru 1 lagi warna merah.
Nak tau yang mana depa minat? depa minat yang warna merah tu dengan alasan nampak lebih menonjol la, apa la... ada saja.
selepas tu balik ofis dengan hati yang gembira sangat sebab diorang dah terima walaupun dengan banyak songehnya.. apapun GUD LUCK untuk diriku sendiri. time tu ingat satu ja.. memang dahaga sebab dekat 8 kali naik turun tangga.
pastu ni nak terus balik sebab dah pukul 5.00ptg. nak pi tolong abang ngan kakak niaga kat pasar ramadhan taman kemajuan. PUTU PIRING import dari Putrajaya..hehe

Wednesday, September 03, 2008

UCAPAN RAMADHAN BUAT SAHABAT

Dyana ada buat satu design serupa macam kad ucapan jugakla, untuk member2 PTSS kos IT Intake Julai 2007. Dyana hantar kepada separuh dari member2 yang Dyana dapat hubungi. yang lain maaflah tapi Dyana akan letakkan kat sini. kepada member2 yang termasuk ke sini kad ucapan ini khas untuk anda.
RAMADHAN BUAT TEMAN

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...