Tuesday, January 29, 2013

Ingin Tahu..

Salam Sejahtera Ke atas kalian dan Selamat Pagi..
Dari entry yang lepas mood Dyana untuk minggu yang baru nie masih lagi dikekalkan macam biasa. hehe.. mood memberontak secara halus-halusan... mintak tiada siapa la gerangan yang mengenali diri ini di ofia tu membaca dan menelaah entry yang lepas tu..ermm..

Masuk je tahun baru nie, kesihatan Dya jatuh merudum, kekadang rasa macam diri ini sedang memberontak.. hai tak tahulah ape nak jadi nie. Baru je seminggu yang lepas dah sihat walafiat, minggu nie datang pulak selesema dan batuk yang tak henti-henti.. ubat dah makan tapi masih macam tu jugak.. suara dah tak tahu berapa kali sebulan nak bertukar.. 
Dulu bangga dengan antibodi yang kuat, setahun kali baru nak sakit, sekarang sebulan berkali-kali...

Pagi nie baru je lepas makan ubat, harapnye tak de la mengantuk yer.. erm ok lah, mood tak brapa baik..
Layan nie dulu.. keje pun tak brape banyak, SPPII pun tak boleh akses so, ade la masa terluang..


INGIN TAHU

Tidak sukar untuk kumembaca hatimu... 
bila mata lebih lantang bersuara... 
apa kupercaya 
dedaun mekar di pepohon 
rupanya gugur di musim luruh... 
Dalam diam cinta telah merubah hati 
dalam diam persimpangan menanti.. 
bila berdampingan jalinan mesra tiada lagi 
tiada sinar kasih menyinari 
mungkin dirimu dah ada pengganti 
yang mengukir senyuman hatimu dah dicuri 
mungkin juga diriku sudah menyusahkan 
tidak sempurna lagi.. 
apa itukah di hati 
demi kasih kita... 
katakanlah sayang... 
hanya awan mendung yang kan menanti kita 
tak guna berpura jika hati tawar 
oh demi kasih kita... 
ikhlaslah padaku.. 
masihkah punya ruang di sudut hatimu... 
atau dah tertutup pintu di hatimu... 
katakanku ingin tahu... 
ingin tahu kerna masih sayangkanmu.. 
daku faham bibir enggan berbicara 
mungkin tak sanggup lihat kukecewa 
setelah sekian lama 
impian dibina bersama 
namun takdir punya kisah berbeza... 
tak terbayang pedih rasa di hati 
tak pernah kualami 
tak bisa diubati 
tanpamu di sisiku.. 
bagai hilang punca 
kuhilang segalanya.. 
hanya kau yang ku cinta

Dyana's Weather forecast today: mood baik-baik aje harinie, tapi feel memberontak ade lagi hehe

Wednesday, January 23, 2013

Something About Life

I'm miss cool..
Minggu ni dan minggu lepas Dyana dah melalui banyak liku hidup dan sedikit dugaan ..
Tapi semua ini akan mematangkan diri Dya dalam perjalanan menempuh diri di kalangan manusia-manusia yang punya hati dan pemikiran yang berlainan antara satu sama lain.
Ini yang dikatakan rambut sama hitam, hati lain-lain. (tapi kalau om putih atau kalau org tu warnakan  rambutnya.. memang la rambut dia tak hitam.)

TERKECIWA:
Version 1- bila dipersalahkan dan ditegur atas perkara yang dibangkitkan dan dinyatakan sebagai bukan kesalahan. Tetapi tetap ditegur dengan nada dan cara yang tak menyenangkan.

kesimpulan diri sendiri:
saya bukannya insan yang tidak boleh ditegur, tapi jika saya ditegur atas perkara yang bukan menjadi kesalahan saya, itu yang membuatkan hati saya panas, dan timbul rasa tak puas hati.
Jika saya ditegur atas kesalahan yang saya lakukan saya amat lah tidak terkisah dengan apapun cara dan nada yang dilontarkan kepada saya.
Walaupun saya dah mengemukakan dokumen-dokumen berkenaan tapi masih lagi seperti menyagkal dan mencurigai segala penjelasan yang diberikan.
Kenapa berbicara mengenai kebertanggungjawaban dengan saya. Adakah saya selama ini seorang yang tidak mempunyai tanggungjawab? Kalau benar nyatakan. Kenapa kamu tidak bisa menyatakannya dihadapan saya ketika saya bertanya mengenai itu?
Adakah apa yang saya lakukan selama ini.. saya merasakan apa yang diberi atau apa yang saya lakukan akan di siapkan on-time jika kamu mengkehendakinya..

Saya hairan, Apabila setiap butir kata-kata kamu seperti meragui kejujuran kata-kata dari saya. Tidak gunalah jika saya melontarkan kejujuran tetapi dibalas dengan keraguan. Seperti sia-sia sahaja, setiapa pengakuan dan perrtanyaan dari.

Saya tidak selesa jika diantara kita, kami , mereka meragui atau menyimpan perasaan sangsi terhadap diri ini.
Tetapi saya tahu sesungguhnya kamu tidak akan mengerti tengtang perasaan, kerana kita semua manusia, berbagai-bagai jenis koleksi perasaan yang kita punya:

Penyataan:
Semoga tiap yang berlaku akan dibawa pergi bersama arus ombak di lautan, semoga mentari di ufuk timur yang memancar membawa sinar baharu dalam kehidupanku.
\Semoga saya dapat melupakan itu, dan menganggap bahawa tiada apa yang pernah berlaku diantara kita, kami, mereka.\ Saya seorang yang menyimpan tentang apa segala yang berlaku terhadap diri saya. pendek kata saya adalah orang yang amat mendendami.

Dyana's weather forecast today; slowly forget everything happen.. tapi saya akan sedikit memberontak dan masam muka, sengaja untuk menimbulkan rasa penyesalan dan tanda tanya kepada yang berkenaan.\ Setiap apa yang berlaku mendedahkan saya lebih lagi ke arah kehidupan. walaupun saya dah mengerti inilah kehidupan. JUST CAREFULL

Friday, January 18, 2013

Catan Hidup

Menjelang tahun baru, belum ada satu pun lagi post ucapan Dya untuk tahun baru, Jadik sebelum terlambat,(walaupun memang dah lambat), Disini Dya mengucapkan Selamat Tahun Baru 2013, semoga sepanjang tahun ini kita diberi keberkatan dan dimurah kan rezeki. Amin..

bukak buku baru  DYA NAK MERAPU DAN MERABAI

jangan ada sesapa tegur pun kalau ejaan atau spelling atau tatabahasa yang lari pitching atau ke laut... kerana dya tengah nak melepaskan geram dan sakit hati, kadangkala sangat menyampah dan sakit hati kalau ada orang yang terlalu mengambil berat kononnya concern sebeb ianya sangat merimaskan... PAHAM TAK..

Sebaik-baiknya perkara yang kecil tak usahlah diperbesar-besarkan, kerana ianya boleh membuatkan orang lain berasa sakit hati. Perkara kalu dibangkit dan diutarakan akan menjadi masalah, dan apabila diconcern terlebih akan meneybabkan orang@mangsa keadaan sakit hati yang tak payah cakap lah di punya sakit hati kalau boleh meletup mmg cam gunung brapi muntahkan lava...TAHU...

dah ada bukti tapi masih nak disangakal lagi.. kononnya bukan kesalahan ku, kalau begitu kenapa masih nak berjumpa...aaaaaaa sakitnya hati tengah menaip ni pun membara je hati... bosan. bukan nya dya tak boleh terima teguran tapi biarlah teguran tu kena dengan tempatnya, So dya tak kisah and dya boleh terima ...TAHU.

Dya dah lama tengok orang lain jadik mangsa, tup-tup hari nie terkena  dubb diri sendiri...
dah tak boleh sbar...
buat baik orang marah...+tak suka
buat jahat ...+orang lagik la tak suka

lebih baik buat dono... jer..

macam-macam penghormatan perlu diberikan terlebih dahulu,  tanpa diminta penghormatan akan diterima (Give and Take...tak susah pun.)

jangan sampai status atau pangkat membatasi perhubungan di antara satu sama lain.
biarlah cuma ada keserasian dan penghargaan..
jangan ada penghormatan sahaja tetapi hilang penghargaan dan keikhlasan......

Tuesday, October 30, 2012

Kesabaran Teruji



Salam, Dan selamat pagi yang akan masuk ke tengahari beberapa minute saja lagi...

Bunyi macam Hebat je kan title kat ateh tu..ermmmm..
Oklah, oleh kerana hati nie dah tiada lagi kesabaran Dya terpaksa la cari tempat nak meluahkan perasaan nie... kalau tak luahkan, rasa macam tak boleh duduk senang je.. ermmm(suspicious..kikiki)
Masalahnya bukannya perkara tu memudaratkan atau menyakitkan hati. Tapi masalahnya ialah Dya terlalu suka dan kegembiraan yang amat melampau. Nak diceritakan pada orang yang bergelar manuisa takut nanti mereka cakap Dya riak, nak menunjuk-nunjuk pulak. Aduhh....
 So, now Dya dah tak peduli, Dya nak cerita kat sini, kalau nak cakap ape, cakaplah Dya tak kisah..kekekeke(muka tak tau malunye.....) tak tahan nak simpan lama. Hari-hari senyum sorang-sorang.. dah macam orang separuh sewel daaa ..hehehehe

Jeng..jeng..jeng..jeng............  


Inilah sesuatu itu, yang membuatkan Dya termimpi-mimpi dan terbayang-bayang. 
apa yang dihajati dah didepan mata
Suka...suka..suka..

Minggu lepas Dya ada beli ini, masa tu kat Perlis, tak sampai seminggu Dya balik Putrajaya, bunda cakap itu dah sampai kat rumah... Waaahhh Excited nya.. Tak sabar nak tunggu 11 hari lagi nak balik Perlis. Walaupun harganya agak mahal, tapi ini Dya dah idamkan sekian lama.. Ini la penyebabnya Dya tak senang duduk nie... sebab itu dah ada,  rasa nak melompat dan berguling-guling je cam cita hindustan tu, rasa cam nak berlari kat tepi pantai sambil dikejar ombak macam cite korea... ahhhhh semua serba tak kena.... leganya dapat cerita...
Dya nak balik kampung...vooommmmm....





Monday, October 29, 2012

Jodoh Itu Rahsia Allah


Setiap orang memiliki jodohnya masing-masing
Itu yang kamu selalu katakan
Aku rasa
Sungai Nil dan Mesir itu jodoh
Senangnya kalau kita bisa bertemu dengan jodoh
Yang diberikan tuhan dari langit
Bukan dari langit tapi dari hati
Dekat sekali.

Kenapa aku tidak bisa meraih Mesirku
Apakah kerana aku dan dia berbeda
Apakah keyakinan dari Tuhan
Menghalangi kesucian cinta.

Dan dia bakal menemui sungai Nil nya
Dan itu bukan Aku.

Kamu orang yang aku pilih dengan nama Allah
Satu-satunya yang ku pilih
Kamulah jodohku.

Jodoh itu rahsia Allah


Dya's weather forecasted today: Talk about Jodoh, we are only able to speak, not able to tell. tomorrow does not belong to us, so today do everything well and perfect.

Thursday, October 25, 2012

One Fine day

Salam petang, petang yang sangat indah.
Salam Aidiladha buat semua yang bakal menyambut Aidiladha pada besok hari. Petang ini pasti sangat indah buat mereka-mereka yang akan menyambut Aidiladha bersama keluarga, serta yang membuat korban haiwan ternakan samaada lembu atau kambing, selamat hari raya korban..
Pasti bermula petang ini semua lalulintas akan mengalami kesesakan ( ceh wahhh, macam pegawai pelapor trafik semasa je..keke), terutamanya lebuhraya utara-selatan, timur-barat. Dan tak lupa juga lalulintas yang menghala ke Kelantan dan Terengganu.

Waahh, bestnya nak raya. Yang Dya paling suka time raya nie satu je, untuk semua hari raya adalah apabila semua ahli keluarga berkumpul. Itulah yang Dya paling idamkan apabila tibanya malam raya, pagi raya, hari raya. Semua ahli keluarga akan berkumpul, berbual, dan melakukan persiapan bersama-sama, itulah yang Dya paling idam-idamkan.

Tapi Dya sedih sikit(tak banyak, sikit je la...) tiap-tiap kali raya, bila family Dya berkumpul mesti ada salah faham, mesti ada yang tak puas hati dan gaduh.. itu  yang Dya paling terkilan sedikit. Entahlah kenape macam tu ye?? Terima dengan seadanya..

Untuk Raya Haji pada kali nie, percaya tak Dya tak balik raya??  Mulanya 2-3 hari lepas tak la terasa ape-ape, tapi petang nie, rasa macam sebak n sedih je.. tak tahu kenapa(malas nak cakap). Nie la first time Dya sambut raya, sorang2 lagi. Memang sedih dah rasa, tapi buat macam tak de pa pe. Memang la raya Haji je, tapi raya tetap raya. Walaupun lepas 2minggu raya Dya balik kampung jugak, tapi perasaannya tetap tak sama.

Sebenarnya ada sebab Dya tak balik raya kali nie, tapi biarlah Dya simpan dalam hati. Nak diluah tak sampai hati, Nak ditelan takut terluka diri. Serba salah biarlah Dya tanamkan jauh-jauh dalam hati.
Selalu tiap-tiap kali raya Dya akan sibuk membuat persiapan walaupun tak semewah mana tetapi perasaan excited untuk hari raya sangat berkobar-kobar dalam diri. Kalau masa memasak untuk juadah raya, Dya akan suruh mak jugak ade kat dapur sebab mak main chef, Dya pulak cuma asst, walaupun mak belum sembuh sepenuhnya daripada penyakit stroknya, tapi mak tetap bersemangat untuk menyambut raya walaupun mak sentiasa kata dia tak semangat untuk sambuat raya selepas kemalangan yang menimpanya empat tahun lepas yang diikuti dengan strok setahun selepas itu. Tapi walau macam manapun emak tetap membantu Dya dalam persiapan. Kalau time masak tu Dya akan siapkan bahan2 campurkan bahan2 kemudia tugas merasa dan menyedapkan lagi makanan, Dya memang serah pada mak, sebab mak lagi arif tentang bab tu...kekek...  Kalau suruh Dya yang rasa habislah... Sebabnya Dya hanya tahu dua jenis rasa je, iaitu SEDAP @TAK SEDAP JE.. Tiap-tiap kali kalau mak suruh rasa Dya akan bagi salah satu jawapan tersebut, dan lepas tu mulalah mak nak naik angin..hehe  Lain ditanya lain dijawab...

Sangat Senang hati bila teringatkan suasana masa tu, semuanya kenangan.  Waaa.... Ini adalah post yang pertama sejak tahun 2007, Dya mulakan blog, post kali ini diiringi dengan titisan air mata, aduh tak boleh kena cover nie. Bagi membuktikan pemilik nama Nurdiyana ini mempunyai hati yang kebal dan kuat, tak pernah mengalah dan putus asa, serta tak pernah sedih.

Tapi kalau sedih simpan dalam hati, sorang je tau. bila tak tahan nangis sorang-sorang bawah bantal. janji tak de orang tahu. Sebab kalau orang tahu akan kata Dya lemah dan tak kuat. konon nak jaga status diri, yang selalu cool dan fresh jer tak kira apa terjadi. Tapi hati yang bergolak, tunggu masa nak meletup simpan kat dalam. Tak pernah nak marah kalau depan orang konon nak jaga air muka. Tapi tak tau sampai bila. Perangai sebenar kalau orang-orang kenal boleh dikatakan panas baran. Belum kenal belum tau.
Bagi Dya, biar mula-mula persepsi orang yang baru kenal dengan kita semuanya baik-baik je, apa yang penting adalah pandangan pertama orang pada kita, akan menjadi ingatan sampai bila-bila.

Erm dah banyak celoteh, Dah habis sudah setiap kata yang tersimpan dalam hati Dya tampalkan kat sini. Rasa lega sikit dah. Lastly, SalamAidiladha, bersama kita menghayati erti pengorbanan.
Dya's weather forecast for today: Cool, but not fresh, maybe will have a heavy rain or snow..we never know. ... Anything is possible.. Alone...

Wednesday, October 17, 2012

Cameron Version 4

 Selamat pagi, hari yang indah, bunga-bunga kembang mekar menandakan hari ini akan membuatkan hidupku seceria-cerianya(ye la tu..).

Rencanakan penceritaan sambil mendengar lagu dari T-Ara- Don't Leave DOWNLOAD LINK mp3


Dalam post yang lepas Dya ada cerita yang my sis and my bro, nak ke cameron so, Dya tak dapat ikut sebab keje kan. Tapi weekend yang lepas nie terjadilah Cameron version 4. Dah 4 kali menjejakkan kaki di tempat sejuk tu, walaupun tak berapa nak sejuk sangat. Tapi bolehlah kalau nak dibandingkan dengan negeri lain di malaysia, Cameron boleh lah dikategorikan seperti Jeju-Do Malaysia, Nak juga Korea nye.. hehehe

Rasanya lepas nie dah tak nak pergi dah, sebabnya dah tak larat nak tanggung mabuk, dan pening naik kereta. Ruginya kan orang yang mudah mabuk keta nie.. Tak boleh jalan jauh sikit mulalah dia nak muntah segala, Tapi setakat nie baru sekali je perkara tu terjadi kepada diri ini iaitu pada kali pertama naik Cameron, itupun masa tu masih guna jalan lama. Likuk dan lekuk untuk jalan lama tu banyak sangat. Sekarang ok sikit lah sebab jalan dah baru tapi still lagi berpusing kepala nie, biasalah jalan bukit.

Memandangkan ini dah kali yang ke-4, perasaan excited tu dah kurang sikit, sebab dah selalu pergi, jadi dah tahu ape yang ada kat atas tu. Tapi kai ini apa yang dya perasan ada satu kelainan sikit, dulu kalau pergi nak beli hiasan yang berunsurkan strawberi seperti bantal atau bola-bola starwberi tu, yang kita selalau nampak adalah selalunya warna merah atau hijau, tapi kali ini yang Dya perasan sudah ada Starwberi warna hitam, ungu dan kuning. Banyak variasi, mula-mula macam pelik, tapi Ok la..

Kitorang pergi pun sebab permintaan my sis, biasalah my sis tiap-tiap kali pregnant mesti nak naik Cameron.  Entah apa yang dia syok sangat kat atas tu tak tahu la. Selain daripada cendawan goreng dan teh Cameron valley tu, yang lain semua dia tak layan. Percaya tak kitorang naik Cameron semata nak minum teh and Cendawan goreng, pelikk.. But that's true.. That's my sister.. Weekend yang letih, tapi lebih baik dari weekend Dya yang lepas-lepas.

                                                         tempek bahan bukti kejadian... 
Dya's weather forecast for today: It won't be a life where everyday is clear and mild, but even if   a pitch black darkness passes, where nothing can be seen, if this world  and I are together, I feel like can muster up the courage and continue walking.

Monday, October 08, 2012

Thank U Monday Morning

Happy monday morning..
Setiap hari Isnin Dya mesti sangat bertenaga, tapi pagi tadi lambat sikit masuk ofis.. sorry to myself.. huhuhu

Okay first, weekend yang haritu diisi dengan aktiviti yang sama seperti dengan weekend yang lepas-lepas jugak. Tak ada banyak perubahan. Tapi weekend kali nie Dya cari penyakit(masalah), yang merugikan Dya sendiri..alahai.. Tapi takpe bukannya penyakit serius pun.

 My sis and my bro, nak pergi Cameron tengah hari nie.. wahh.. bestnya.. memandangkan Dya keje tak dapatlah nak ikut. Tapi Dya tak lah ralat sangat sebab dah  3kali dah naik turun Cameron, kalau selalu-selalu pergi kan naik muak jugak. So OK.

Hari nie terasa nak berterima kasih. Tak tahu kenapa mungkin ada sesuatu.(xtahu ape...)




Thursday, October 04, 2012

Cinta Kita


Salam pagi Khamis, harinie kakitangan kerajaan, sila pakai baju batik yer.. Sokonglah batik Malaysia...Terbaik
Bagi menceriakan lagi pagi Khamis Dya yang memang dah cukup ceria ni, Jom Kita sama-sama dengar dan hayati lagu ini, Cinta Kita. Dendangan Teuku Wisnu dan Shireen Sungkar... Sweet sangat pagi-pagi menghayati lagu nie...

Inilah aku apa adanya
Yang ingin membuatmu bahagia
Maafkan bila ku tak sempurna
Sesempurna cintaku padamu
Ini cintaku apa adanya
Yang ingin selalu di sampingmu
Ku tahu semua tiada yg sempurna
Di bawah kolong langit ini
Jalan kita masih panjang
Ku ingin kau selalu disini
Biar cinta kita tumbuh harum mewangi
Dan dunia menjadi saksinya
Untuk apa kita membuang-buang waktu
Dengan kata kata perpisahan
Demi cinta kita aku akan menjaga
Cinta kita yg telah kita bina
Walau hari terus berganti hari lagi
Cinta kita abadi selamanya
Jalan kita masih panjang
Ku ingin kau selalu disini
Biar cinta kita tumbuh harum mewangi
Dan dunia menjadi saksinya
Untuk apa kita membuang-buang waktu
Dengan kata kata perpisahan
Demi cinta kita aku akan menjaga
Cinta kita yg telah kita bina
Walau hari terus berganti hari lagi
Cinta kita abadi selamanya
Download Link: Cinta Kita mp3


Dya's Weather: the sun was shining from the eastern horizon, a very sweet morning, full of smiles, the flowers of a smiling sweet. Morning with a lovely smiles.

Tuesday, October 02, 2012

Mind, Fizic and Brain.

Semalam, hari yang sangat meltuhkan, semalam adalah hari yang Dya paling blur. Penat membuatkan Dya hilang mood untuk Satu hari, malas untuk mengupdate blog.
Semalam selepas tengahari, sibuk  dengan preparation menyiapkan fail-fail untuk meeting JKTP pada hari ini. Disebabkan semalam ada staff yang cuti jadi tenaga kerja berkurangan dari yang biasa.
Sempat lenguh juga tulang belakang. Kenapa tak je cipta robot untuk buat kerja-kerja tu..?? Amat membosankan macam kerja kilang je semalam.

Antara manusia dan Robot.

Manusia, andai kita manusia melakukan kesilapan, paling tidak kita masih mampu lagi untuk dimaafkan.

Tetapi,

Jika robot yang melakukan kesilapan sudah pasti, kita akan musnahkannya atau ganti kepada yang baru.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...