Monday, March 14, 2011

Mata Kenapa Kau

Salam petang..
Sudah 3 jam masa berlalu dan sejak itu juga hujan yang turun lebat dari tadi tidak mahu-mahu berhenti. Entah sampai bila. Hari ni aku bertekad untuk menginap di Poli. Banyak kerja perlu aku selesaikan. Dah lama aku menangguh kerja aku, assignment, projek, Database, Algo, Os, OOP, dan HCI dah mula bertimbun.
Tapi petang ini, dengan cuaca begini, kesejukan menusuk sampai ke tulang hitam, selimut sudah ku tarik sampai kehujung kepala cuma jari jemari aku untuk menaip dan mata aku saja yang kelihatan, sejuk rasanya macam berada di puncak.. Yaa mungkin juga sebab aku berada di kawasan berbukit dan berhutan jadik kawasan ini lebih sejuk dari tempat lain. Hujan masih lagi lebat, tarian air hujan yang mencecah bumi, turut membuatkan mataku semakin layu, walau ketika aku sedang mengarang buih-buih kata ini. Mood juga turut berubah, selalu petang seperti ini mood ceria saja yang ada padaku tapi sekarang telah berubah menjadi sentimental...


Mata oh mata kenapa kau siksa aku begini tak mampu ku melawan, banyak lagi tugas aku sebagai seorang pelajar harus ku laksanakan sebelum aku bercuti. Terpaksa juga aku laksanakan semasa aku di sini, jika pada masa aku bercuti, tak kuyakin untuk ku gagahi bagi menyiapkan semua itu.
Jadi izinkan aku melelapkan mata dan dibuai mimpi buat seketika..


Sunday, March 13, 2011

Follower

Assalamualaikum.. tengok tajuk tuh pasti tahu tengahari Ahad macam ni aku nak bercerita tentang apa??
Haaa... korang semua mesti pelikkan kenapa folower aku paling sikit seperti yang korang tengok..sampai saat aku buat entry nie follower aku 16 orang.. Kalau nak tahu aku start berbelog since june 2008 lagi, masa time aku buat belog cuma suka2 sebab masa tu tak ramai pon yang ada belog nih.. Macammana aku boleh buat belog?? June 2008 aku start berbelog, time aku meneruskan pengajian aku di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin Semester 2.Dah nak masuk usia 3 tahun daa..lama jugak..
Kiranya aku nie selalu menginap di Poli la... Masa tu aku tak banyak la buat aktiviti luar, jadik aku cari satu benda yang aku boleh buat dengan senang mudah dan yang penting boleh relax kat atas katil selain hobi aku tido...hehehe
Dari minat aku buat web surfing lepas tu aku ceburkan diri dalam bidang bloggering ni pulak hehe... Mula nya aku bukan tau pun macam mana nak buat belog nie.. main hantam aku aja.. tup tup tup dah jadik.. Maklumlah masa time aku tu aku rasa nak cari blogger yang pakai blogspot nie aduh mai ai susah...(Tak tahula...) Hari-hari terluang aku habiskan depan lappy aku ja design belog..ada member aku yang masam muka ngan aku bab aku buat belog maybe bg diorang abih mase kot... Hei ade aku kesah.. ur time is ur time, my time is my time(peribahasa aku sendiri)

Dari masa aku berbelog sampai lah awal tahun 2011 aku tak pernah letakk pun ruang Follow tu dekat sidebar belog aku nie.. Aku pun tak tahu apa kegunaannya, benefit ke ape ke?? Dan aku pun tak tahu kenapa aku tak letak... Masuk je beberapa hari selepas 2011 baru lah aku aktif kembali berbelog selepas agak lama aku tinggalkan belog aku bersendirian, (dah boring la kot...)
Start tu aku melawat, menerjah, melancong, menyinggah,dan banyak me... lagi baru aku
sedar kegunaan follower tu....

Kebaikan follower...:
* Dapat add kawan-kawan blogger
*dapat tau entry terbaru diorang
*tak payah susah2 nak ingat link mereka2 yg di add
*Dapat jimatkan masa kita
*kalau ade boleh tambah...........

ok tu jelah kot bebelan aku tengahari nie dah lapar..nak makan..Sape nak belanja aku..hehe Nampaknya belanja diri sendiri lagi la aku..

1 Lagi sesape yang masuk sini jadi la follower blog nie ok..
Saya cuma nak berkawan saya bukan lawan..hehe

Saturday, March 12, 2011

Giveaway by Ezan

Saya Nak Giveaway by Ezan....

Si Gadis aka Ezan

buat pertama kalinya Diya nak join giveaway member blogger dan bersamaan pulak dengan Cik ezan kita yang buat giveaway untuk pertama kali bg tahun 2011 ni..
Lama jugak la folow blog cik ezan ni tapi baru tahu yang kitaorang ni de persamaan la.. rupanya kitorang nie sebaya huahuahua.....Tapi Ezan ni pandai graphic,Diya ni coding tahula...
Diya nak menang jugak giveaway nie haha...
Nak tau kenapa???
blog Diya tak pernah ada pic header semenjak dilahirkan sejak jun 2008..haha
ndak percaya...Percayalaaaa
Diya pernah jugak try banyak tutorial yg ada kat blog ezan ni tapi..hehehe
kemahiran graphic ni untuk ezan kot bkn untuk Diya..huhu

ok Tiap kali masuk blog SiGadis nie mesti teringat satu lagu..dan lagu ni ditujukan untuk Cik Ezan:
Hey si gadis yang manis
Senyum di bibir terlukis
Hey si gadis yang ayu
Sebentar lagi kita bertemu

Woh woh woh
Gadis ayu... lesung pipit di pipi
Ayu... senyummu menawan
Gadis ayu... ku jangan dihampakan
Ayu... sungguh ayu

Hey si gadis yang manja
Aku telah jatuh cinta
Hey si gadis yang ayu
Kau kan jadi milik ku

Gayamu lembut bila engkau menari
Woh woh
Kepintaranmu itu menarik hati
Woh woh

Sesape yang berminat nak join kesini ok
mudah dan cepat...


Wednesday, March 02, 2011

Kena Ke Tak???

Aduhh.. tengah risau tahap gaban giler-giler nih... Rasa-rasa kena ke tak eh?? korang rasa kena apa ek...hehe Kena loteri, kekuda, toto.. hehe Takboleh tu haram Tuhan marah nanti... Kena SAMAN laaaaa....

Petang tadi, time balik dari kuliah aku dengan semangatnya drive pulang ke rumah dengan sukasuki nyalah aku pada petang itu. Volume radio aku kuatkan sampai 25 paling kuat pun volume tu 30, ala 25 tu kira cukup ok la, kang kalo banyak sangat pecah pulak gegendang telinga aku...kikiki
Aku punya khusyuk dengar siaran Hotfm tentang siaran trafik walaupun aku cuma guna highway Changlun - Kuala Perlis je..hehe ok la tu highway jugak. aku ni pemandu yang boleh dikira berhemah tau.. Sampai je kat bawah flyover yag kedua akhir ada la pulak si pakcik tu tengah duduk bersila kat situ sambil pegang kamera, oohh aku ingat ok la dia nak amik gambar keta aku yang cun tuh...TAPI..hehe PAKCIK TUH SEDANG AMBIK GAMBAR AKU BAWAK OVER LIMIT HADLAJU @ SPEEDTRACK... ceh bedebah punya pakcik.
Aku bukannya bawak laju pun, cuma time tu aku nak pintas keta kat sebelah lembab sangat(alasan jer..) dan aku kat lorong paling kanan sekali(2 line jer..).
Eh mana tak sakit hati apa kejadahnya dibuat highway kalo boleh bawak 80-90 je baik buatnya jalan kampung kan senang.. Mula-mula aku memang tak perasan tentang keberadaan pakcik tu kat situ, dah dekat baru terjongol bijik mata aku... alaaa aku tengok meter cuma lebih skit jer dalam 95je...bukan banyak pon..ishhh kalau kena sakit hati aku kalo tak takpela...lalala

Dekat nak sampai rumah aku dengar perempuan yg baca berita kat radio tu cakap masa untuk bayar saman ditambah sampai 10 hari lagi...cehhh macam perli aku je.. mulanya memang rasa tak sedap hati kalo kena mati la aku(kena marah dengan BAPAKNYA), aku tengah gawat nie.. Tapi lepas 2-3 minit, hurmm ada aku kesah... Kalu time renew roadtax nanti kalo xboleh renew maknanya aku kena saman latu..haha

Kena Ke Tak???

Aduhh.. tengah risau tahap gaban giler-giler nih... Rasa-rasa kena ke tak eh?? korang rasa kena apa ek...hehe Kena loteri, kekuda, toto.. hehe Takboleh tu haram Tuhan marah nanti... Kena SAMAN laaaaa....

Petang tadi, time balik dari kuliah aku dengan semangatnya drive pulang ke rumah dengan sukasuki nyalah aku pada petang itu. Volume radio aku kuatkan sampai 25 paling kuat pun volume tu 30, ala 25 tu kira cukup ok la, kang kalo banyak sangat pecah pulak gegendang telinga aku...kikiki
Aku punya khusyuk dengar siaran Hotfm tentang siaran trafik walaupun aku cuma guna highway Changlun - Kuala Perlis je..hehe ok la tu highway jugak. aku ni pemandu yang boleh dikira berhemah tau.. Sampai je kat bawah flyover yag kedua akhir ada la pulak si pakcik tu tengah duduk bersila kat situ sambil pegang kamera, oohh aku ingat ok la dia nak amik gambar keta aku yang cun tuh...TAPI..hehe PAKCIK TUH SEDANG AMBIK GAMBAR AKU BAWAK OVER LIMIT HADLAJU @ SPEEDTRACK... ceh bedebah punya pakcik.
Aku bukannya bawak laju pun, cuma time tu aku nak pintas keta kat sebelah lembab sangat(alasan jer..) dan aku kat lorong paling kanan sekali(2 line jer..).
Eh mana tak sakit hati apa kejadahnya dibuat highway kalo boleh bawak 80-90 je baik buatnya jalan kampung kan senang.. Mula-mula aku memang tak perasan tentang keberadaan pakcik tu kat situ, dah dekat baru terjongol bijik mata aku... alaaa aku tengok meter cuma lebih skit jer dalam 95je...bukan banyak pon..ishhh kalau kena sakit hati aku kalo tak takpela...lalala

Dekat nak sampai rumah aku dengar perempuan yg baca berita kat radio tu cakap masa untuk bayar saman ditambah sampai 10 hari lagi...cehhh macam perli aku je.. mulanya memang rasa tak sedap hati kalo kena mati la aku(kena marah dengan BAPAKNYA), aku tengah gawat nie.. Tapi lepas 2-3 minit, hurmm ada aku kesah... Kalu time renew roadtax nanti kalo xboleh renew maknanya aku kena saman latu..haha

Tuesday, March 01, 2011

Vlogger Malaysia - Saya Sokong


Demi menyahut semangat Yuyu Zulaikha, jadi CikDiya pon suke lah untuk membuat entry
nie. Sebenarnya dah beberapa hari nie CikDiya perhatikan hot issue yang tengah meletop sekarang tapi CikDiya cuma duduk diam-diam untuk tengok "apa nak jadi pulak??" Rasanya semua blogger tahu apa hot issue tu kan?
Tapi CikDiya nak salute laa pada mereka-mereka yang menyokong blogger-blogger yang terkena tempias isu tersebut..CikDiya taknak kupasan yg panjang2 sebab story ni bukan rahsia lagi..

Apepun CikDiya sokong Vlogger Malaysia, Blogger jugaa..
Saje ubah title bagi bunyi lain, maksud sama je....

Monday, February 28, 2011

Shoutmix sakit demam kure-kure


Mood CikDiyana tengah sangat bahagia kerana kelas CikDiyana pada tengahari nie telah dibatalkan, so CikDiyana sangantlah suka hati kerana sukasuki CikDiyana dapatlah on9. So, menu CikDiyana hari nie adalah melawat blog2 yang CikDiyana x pernah masuk...(bkn slalu dapat peluang macamni)

Antara blog-blog yang CikDiyana jumpa harini ialah
sampai setakat ini lepas ni sambung lagi lawatan ziarah sedare-mare.....

tengah CikDiyana khusyuk melilau CikDiyana terpandang ke satu arah ni iaitu.......
apehal pulak dah dengan benda nie?? Tapi CikDiyana tak kisah pun mungkin diorang tengah upgrade bende tu..hehe Lepas tuh CikDiyana tengok balik benda tu dah ok balik dah, kejap jer... (tapi CikDiyana tetap nak jugak nak cerita pasal benda tuh..haha)

Friday, February 25, 2011

Hadirku Hanya Kerana-Nya

Ok,Ok Selamat malam..
Sape boleh teka kenapa tajuk entry CikDiyana seperti yang tertera kat atas tu.. Pikir-pikirkan.. Sebenanrnya CikDiyana baru je on9 selepas habis tengok Drama Ustaz Amirul kat Slot Zehra TV3 tu.. CikDiyana memang suka cite nie...
Drama ni dilakonkan oleh Ashraf Muslim, NurSoleha dan Iera Syazira. Drama nie mengambarkan kehidupan yang berlandaskan agama sebagai pegangan hidup. Tindakan seorang anak muda yang terpaksa mengikut keinginan orang tuanya dan akhirnya ikhlas dalam tindakannya walaupun akan meninggalkan orang tersayang...Saksikan pada setiap Jumaat 9.00malam.
Kenapa CikDiyana suka cita macamni?
Jeng jeng jeng..
=> CikDiyana suka kisah cinta yang sederhana, unik yang penuh makna.. Cinta tak perlu dilafaz, cinta datang ke hati tanpa kita ketahui..
=>Kisah cinta yang mengikut lunas agama, tidak terpesong..kepercayaan bersama
=>Kisah cinta yang mungkin terjadi,dan bukan fantasi..
=>CikDiyana paling suka tentulah..... watak utamanya, watak yang dibawakan oleh Ashraf mmg kena dengan perwatakan dirinya diluar, memang boleh diklasifikasikan ciri-ciri yang boleh dijadikan calon suami..ciri-ciri aje...
Mood CikDiyana:
hati ber"bunga" sikit hari ni.

kat bawah adalah lagu tema ost Ustaz Amirul
Di Hati Ini-Eira Syazira

Masihkah terbayang rasa ku padamu
Ketika cinta diselimut bayu
Bintang malam menjadi saksi rindu
Ku sangka kau milikku

Waktu yang berlalu,
makin memahamkan ku
Jalan yang sukar terpaksa ditempuh
Perpisahan merungkaikan kalbuku
Aku sedar diaku bukan yang satu

Maafkanlah kekasih ku
Cinta kita tidak berpadu
Tinggalkan saja kisah dulu

Biarkan berakhir begitu
Sakit luka yang terasa
Pedih lagi bila bersama tak terdaya melawannya
Pasrah ku segalanya






Sunday, February 20, 2011

Life Aku, Kau, Dia & Kamu"Student"



Pic ni macam kena je dengan "life"Cik Diyana sekarang ni... Kadang-kadang tu lepas bangun tido pun menghadap bende ni dulu sebelum mandi...haha.. Nak tahu part mana yang paling Cik Diyana suka part yang "go home"tu hehe...

Gambar kredit untuk
BudakBotak

Wednesday, January 19, 2011

Majlis Kesyukuran&Ulangtahun Kelahiran

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Usaha untuk menghiasi rumah "orang kecil (OK)" telah tamat dengan jayanya.. Oleh itu OK sekarang berasa sangat senang hati.. Dah banyak template yg OK cari, Tapi buat masa ini OK rasa "cat" yang sesuai dengan mood telah dipilih..Di masa hadapan OK belum tahu lagi..

Sekarang OK akan mulakan dengan entry terbaru untuk koleksi Taman Hati(blog) OK.

Pada 3 Dis 2010(lama da..) hasil dari perbincangan dari family Diya, kami telah setuju untuk buat 2 majlis tersebut pada hari yang sama. Majlis "Belated Birthday Atiq" di siang hari dan Majlis bacaan yasin pada sebelah malamnya.
Alhamdulillah dengan berkatNya, kedua majlis tersebut berjalan dengan jayanya. Terima kasih pada jiran tetangga yang banyak membantu. Hari tu walaupun sibuk tetapi Diya tetap enjoy.. Bukan selalu orang ramai2 nak datang rumah kita...Family Diya besh sangat kalo suasana yang meriah kat rumah. Alhamdulillah lah sebab semua tetamu yang dijemput semua nya datang.. Pada sebelah malam waktu bacaan yasin pon ramai yang hadir..terima kasih semua..







LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...