Friday, January 02, 2009

TAHUN 2009

Setelah lama tidak menjengah pondok kecilku ini, yang sepi tanpa satupun khabar berita, tetapi yang sebenarnya setiap hari tuan pondoknya kembali mengunjungi terataknya, tetapi akan pergi dengan seribu kebisuan. Entah mengapa tiada satupun ingin dicoretkan disini walaupun setiap hari datang kesini, bermacam syair ingin dilagukan, berbagai puisi hendak dilafazkan, banyak cerita ingin dicoretkan tetapi tiada satupun yang dapat ditunaikan.
Sepanjan cuti selepas Latihan Industri, keseluruhannya boleh dikatakan dihabiskan di rumah kakak di Putrajaya. Selain itu banyak juga perkara yang berlaku. Sememangnya ianya tak pernah dirancang dengan teliti tapi secara spontan. Dalam waktu bergembira itu, ada benar juga kata orang, pasti ada sedikit sebanyak kesedihan yang bakal mengiringi kegembiraan yang kita kecapi. Begitulah kehidupan. Tak usah kita sesal atau bertanya mengapa kita susah, kerana ada masanya kita gembira. Hidup ini bagaikan roda sentiasa berputar, Jadi harungilah hidup kita dengan keredhaan dan keikhlasan, dengan itu kita akan lebih bahagia..
fuh;PERCAYALAHerm;
Memandangkan lama sangat diya, bercuti, jadi ada jugaklah, cerita-cerita menarik sepanjang masa itu, bersama keluarga dan juga anak buah baru kesayangan tu.. tapi semua tu akan direalisasikan bila mood dah stabil. Yang pastinya dalam masa lebih kurang 2 minggu lagi Diya akan kembali menjadi pelajar Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin sepenuh masa selama enam bulan akan datang nih. Sekarang juga tengah sibuk dengan Laporan Latihan Yang belum selesai lagi.. Minggu kemalasanPhotobucket telah melanda jadi terpaksalah buat pandai jer..huhu Tapi semua nie mesti deselesaikan sebelum tarikh keramat 16/01/2009. Tarikh mendaftar untuk kemasukan Sem 4.
Berbalik kepada tajuk di atas sebenarnya, perubahan tahun 2008 kepada 2009, dan juga ketibaan tanggal 1 Januari tidak ada apa-apa perasaan bagi Diya. Diya tak mengerti kenapa ada rasa begitu tak seperti tahun lepas sekurang-kurangnya ada juga sedikit keghairahan menerima kedatangan tahun baru. Tapi itu bukan masalah besar kan? Cuma sengaja cari tahu sebab apa, mungkin sengaja untuk memeningkan kepala.. Yang penting teruskan perjalanan hidup. Berkaitan dengan azam pula, Dya tak berapa nak pusing tentang hal itu sebab apa, kadangkala kita cakap azam kita itu ini, tapi tak pernah nak jadi, kerana cakap saja, usahanya erm..tak pernah.. Oleh itu, Dya tak berapa nak kesah sangat tentang azam nie(memanglah tak kenal pon..hehe) yang penting cita-cita tu..akan dicapai walau sejauh mana perjalananjom, selama mana penantianwahahaah, PASTI akan berusaha untuk mencapainya..Tidak boleh Tidak
INGAT!!!
ZAMAN TAK PERNAH BERUBAH
PEMIKIRAN DAN OTAK MANUSIA SAJA YANG BERUBAH
blueroses

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...