Tuesday, July 29, 2008

MENYIBUKKAN DIRI YG TAK SIBUK

cita hari ialah arnab yang tak sibuk..
wahaha..sewel pa cita tu.

now dah 3minggu aku kat sini..praktikal. but aku still dont have job yang tetap.. dan aku masih lagi takdak kerja. dan cam biasa la aku cari la kerja. kerja aku ialah mengadap pc dan teroka apa yang ada dalam internet nih..macam2 aku buka sampai aku dah naik jemu..tapi tak pa asal aku waras lagi takpa la.. apa nak kisah internat free..selama 8 jam tanpa satu sebab yang kukuh aku mengadap pc ni dan free. kalo kat cc ka mau berpuluh aku kena bayar..
tapi kadang2 boring jugak sebab kat rumah pun de internet dtg keje pun internet. dah tak tau nak buat apa dah..
apa pun tak kisah..belasah jer..

kembali pada tajuk asal..
nak tahu dalam 3 minggu apa aku buat...aku tak buat apapun.. kalo orang tengok aku, nampak cam sibuk ja tapi aku saja cuba sibukkan diri dengan benda apa aku pun tak tau..
kalo tak cam tu aku nak buat pa lagi..aku memang teror bab sibuk menyibuk nih.. mana taknya tanpa kerja satu apapun aku boleh mengadap pc 8 jam satu hari.. mau mereng otak aku..balik rumah tak kira lagi tu..
dan kerana ini jugak blog aku yang aku buat awal tahun ni bergerak.. sebelum ni aku malas nak ambik tau sebab aku tak tau macam mana nak buat orang slalu masuk blog aku.. so aku buat de''k je la. aku tengok blog orang lain banyak pulak member2 depa. aku dah cari jugak macam mana nak buat tapi aku failed jugak. so aku jadikan blog ni sebagai diari aku... sesuai la oleh kerana aku ni tak suka sangat menulis atas kertas..
jadi bila ada pc ni aku jadi la buat2 sibuk la kat tempat keje, sebab pe sejak aku mendapat laptop model (acer 4520) yang aku beli lebih kurang tahun lepas aku mula jadi seronok menaip. walaupun kadang benda tu tak perlulah nak taipkan tapi aku suka taip dan print supaya nampak lebih kemas.
dari situ jugak minat aku untuk buat sebuah novel love story telah dimulakan. tapi belum siap kerna aku masih lagi kekurangan idea. sekarang aku takder keja nak buat so aku buat la sibuk dengan aku menaip dan mencari cerita baru untuk blog aku.
aku rasa aku punya imaginasi yang tinggi dalam berkarya. tak taula yang tu aku yang rasa.

time sekolah dulu kalau buat karangan mesti aku punya paling panjang, puitis madah semua cukup.
tapi kalau time exam aku sangat berperang dengan masa. diorang bg 2 jam je mana cukup aku nak siapkan..memang geram..tapi sekarang aku dah boleh curahkan idea aku kat novel aku. tak tau la bila nak siap. tapi pasti akan siap.

Monday, July 28, 2008

HUJUNG MINGGU KU


Minggu lepas ayahku ajak balik kampung rumah nenek sebelah mak.. sebenarnya kalo boleh aku lebih suka tinggal kat rumah je..
malas la nak gi mana2..tapi dah pulak ajak pegi rumah nenek aku.. mau tak mau terpaksalah pergi jugak bab nanti diorang cakap pe plak.. so pergilah..
pergi sana aku tak dak kerja nak buat sebab tu la aku malas pergi. boring..
tapi kalo semua balik best jugak bab ada anak makcik aku tu yang comel lagi kiut-miut.
namanya elia fauzana umur baru 2 tahun so boleh la main ngan diorang bab anak makcik aku ni ramai 5 orang semua kecik2 haha..
memang teror mak cik aku nih..

pagi esoknya tu hari ahad tok ajak aku pergi shopping ikan haha...
"nenek" tu kalo orang perlis panggil "tok". so tok ajak aku pergi tandop nama tempat, kat situ cam pasar pagi tapi diorang jual barang basah jer sayur, ikan ayam dah buah-buahan.
aku pun ikut la best jugakla..
kat situ diorang jual sayur segar2 semua, kalah kat perlis semua elok2..
kalo ikut hati cam aku nak beli semua sayur tu sebab pergh memang fresh...
pastu ikut tok aku ni pergi kat tempat ikan pulak...
wah, kat situ best.
aku posing je siap nampak nelayan2 tu tengah buang ikan dari pukat betul2 kat depan aku..
memang ikan yang dibeli kat sini fresh2 semua tak kena ais kiub lagi..
semua mata ikan cerah2 lagi..tapi tak sempat tangkap gambar sebab aku tengah kalut nak jalan pastu air ikan banyak bertakung kat bawah so abis baju yang aku pakai kena air ikan..
biasala tempat camni..
aku ada nampak udang kesukaan aku udang lipan.. tapi sekarang rasanya bukan musim dia lagi sebab udang tu kecik2. dah lama aku tak makan udang.
dah 2 tahun jugak kot.
kalo korang tengok tempat diorang jual pasti tak caye..
tempat ni namanya kuala kedah dekat sangat ngan pantai leman.
tandop tu letak tepi sungai yang terus bersambung dengan laut pastu yang berniaga pun kat tepi2 tu jugak.
balik jer nelayan dari laut diorang terus "parking" bot diorang dan terus pasarkan@jual ikan2 tu..
kiranyan on the spot la..
yang paling best harga jualan kat sini murah2 aku tak tau la pulak sebab apa?
mungkin kat sini ikan senang dapat tak payah biaya on the road dan kat sini mungkin
kampung sikit kot. tak tau la...
aku lupa sepatutnya aku pakai seluar yang singkat sikit tak payah aku nak cover sangat.
apepun aku tetap nak tengok nelayan2 tu buang ikan dari pukat haha..
kalau nak tahu tok aku yang sorang ni teror berbelanja.. lagi tak penuh raga motor aku lagi tu la dia membeli..
dah la aku pergi tu dengan motor je dia pulak beli banyak.. pening dibuatnya..
lepas satu2 dia meronda pastu aku ingatkan dah abis dia membeli tup-tup dia pusing pi kat gerai rambutan pulak..ish aku pelik betul orang tua ni..semua dia nak..
tapi yang menarik nya aku tengok buah rambutan tu harga sekilo rm1..
murah sangat tuh..
memang terkejut gak aku, tapi buahnya merah2 dah la tu besar2 pulak.. memang sedap
akhirnya dah nak balik jenuh jugak la aku susun barang2 yang tok aku beli tadi muat tak muat aku bagi muat jugak. aku tak kira..
kalo tak cam na aku nak bawak motor..
tok aku ni ada satu perangai,, kalau anak cucu dia balik dia suka beli @ buat makanan untuk anak cucu dia.. kadang2 tu lepas makan, makan, makan lagi..
lepas makan tengahari dia buat air kopi ngan biskut, pastu makan petang pulak dia wat cucur goreng, pastu tak sempat nak malam dia goreng bihun, pastu dah malam dia masak nasi.
kalo aku tinggal ngan dia mesti aku tambah kembung haha...
pastu bila cucu dia badan berisi dia bising kata makan banyak haha... aku pun tak tau ngan orang tua nih..
walaupun tok aku usia dia dah lanjut tapi masih rajin.. dia jenis cergas walaupun sekarang dah tak larat sangat..
pokoknya ujung minggu aku nie ok la...best tok aku ...

Saturday, July 26, 2008

durian oh durian

erm sodap nyer..
setalah sekian lama aku asyik mengidam nak makan durian hari ni baru aku sempat makan...
sedap punya sedap.. aku telah telan sebiji buah durian.. haha tolak kulit ngan biji dia la..
lepas tu apa lagi mulalah aku kekenyangan yang amat sangat..aku ingat nak la hentam sebiji lagi pastu mak aku dapat tahu apa lagi kenalah mukadimah tasbih kifarah semua ada cukup dengan dia.. dia cakap kalo makan banyak boleh pengsan tapi nafsu aku tengah membuak-buak ni.. nafsu tamak..
dah kena banyak sangat mukadimah dengan mak aku nih..so tak jadi la aku nak kopek buah yang sebiji lagi tu.. tapi tak pa lah sekarang ni pun bercakap dah bau durian haha..
tak senonoh betul..so aku cari la benda lain yang dapat mematahkan bau durian nie..
kang kalo bercakap dengan orang bau pulak.. ish tak mau la aku kang orang kutuk kot belakang haha..dah la perempuan..

Friday, July 25, 2008

kegawatan ekonomi ku

aku dah hampir kering..bukannya badan aku tapi duit aku...
badan aku tetap maintain haha...
aku heran ni dah dekat 3minggu duit loan tak masuk lagi macam mana nie..
ish aku dah la pokai tahap teruk sangat ni..
aku dah mula segan nak mintak kat mak sebab aku bukan jenis yang slalu mintak..sebelumni duit selalu je ada bila time tak dak aku macam tak leh hidup.

teringat pulak kat kakak aku yang sorang tu.. tengah malam tak silap aku tahun lepas dia fon aku mintak pinjam duit kat aku.. bukan banyak rm 50 ja.. so aku tak kisah kami memang camnie.. tapi dia nak suruh aku pi boh duit la tu jugak..dia kata nak buat spare sebab 2hari lepastu gaji masuk.
aku kata kat dia esok la.. tidur la dulu pagi esok aku pi cucuk kat bank..dia tetap suruh aku pi la tu jugak dia kata duit tak dak tak leh tidur..mau tak mau aku pi boh la jugak malam tu kat dia..

baru aku tau apa dia kata memang betul!!hehe
tapi aku paling syok time bila depa nak bayar balik.. (kakak ngan abang ipar )..dah la ada pokok, bunga,daun,batang semua disertakan sekali...haha.
bukan aku mintak depa yang nak bagi, aku apa lagi tadah tangan je la..
aku untung gak dapat sedara, macam nie.. walau pun tak ramai just 3 pompuan + abg ipar aku
kami rapat..

apapun aku harap duit loan aku masuk cepat..
aku umur baru setahun jagung, bulan 6 tahun depan aku hutang kat kerajaan cukup rm 6000.
pastu bayar la..

APA NAK JADI DENGAN LAPORANKU..

adoi... ni lagi satu masalah ni..
laporan aku dah buat..
bos aku hilang.. macam mana nak ambik sign dia nie...
aku ingatkan petang ni dia takpi mana..tup-tup lepas solat jumaat dia fon bgtau dia nak pi buat visa waa... mati aku macam nie..pagi tadi dia nak pi mesyuarat segan nak kacau takut dia sibuk..
pastu petang pun dia lesap lagi...
politeknik ni pun satu awat nak suruh amik sign bos aku 2 minggu sekali,
ambik sign aku sudah la..haha
ni nak buat macam mana ni?
laporan aku dah siap. bagi aku dah ok la tu.. aku tak mau la nak kelentong banyak sangat dalam tu..
aku tulis apa yang aku buat ja.. yang hari aku takdak keja tu aku tak tulis senang..ni kalau dia tak masuk alamatnya minggu depan la..
hai la....bos awat selalu hilang..
dah la tu kalau nak menghilang tu bagila satu dua keja kat pekerjamu yang takdak keja ni.. tak la dia dok buat tak ketahuan hala macam ni..

LAPORAN


kepala otak aku tengah pening nih tak tau nak buat macam mana.. hari ni kena amik sign penyelia merangkap bos aku kat buku laporan LI. tu bukan masalah.. tapi yang jadi masalah nya sekarang buku laporan aku tak lengkap sebab aku takdak keja yang aku buat sepanjang 2 minggu ni oleh itu aku tak tau la nak tulis apa dalam laporan tu.. lagi satu bos aku ni tak reti ka nak bagi aku keja apa pun tak pa janji jangan suruh aku cuci longkang dah la bab tu takdak kena mengena ngan apa yang aku blajar dalam bidang IT nih..

aku nak meluahkan perasaan taktau kat sapa dan dimana.. ya allah tolonglah daku..
kalau nak ikutkan masalah aku ni nampak bukan cam masalah.. tapi kalo orang tu yang alami memang masalah.. ada ka patut dari first time aku masuk, satu keja tetap pun dia tak bagi.. adala satu dua keja tu, cuma taip maklumat guna microsoft word je.. dalam 2 minit dah siap bab sikit jer..yang tu just cam bantu sikit-sikit je

nasib aku la kot..lecturer tolong saya..waaaa sy tak tahan lagi nih..
ingat nak mengadu je kat lecturer tapi serba salah pulak takut nanti dia fon tanya bos aku nape student dia takde keje?
mampus aku.. haha..
nama bos aku ni en.saffuan jawatan dia tinggi jugak
memang tabik la kat dia
pangkat dia kat suk ni ialah pegawai bahagian teknologi maklumat.. slalu meting kat dalam dan luar pejabat.. dia memang sibuk tapi staf dia aku la kan satu keja apa pun tarak.. cubala dia kasi keja kat aku sikit agar aku tak jadi orang separuh mereng camni..waaaa dugaan nih..
sekarang ni dia tak dak lagi pi meting ngan sapa ntah..
aku ingatkan buat LI kat sini dapatla keja banyak sampai bertimbun-timbun tapi ni satu apa pun takdak..aku ni bukan tamak tapi aku suka kalau aku ada keja banyak sampai aku depresure pun takpa.. ntah la mungkin aku ni spesis lain dari yang lain tapi aku suka camtu..
dulu kalau time kuliah aku suka simpan assingment banyak2 pastu last minute baru aku buat dengan kekalutan yang amat sangat dan time tu jugak aku punya idea datang menjunam-junam..haaa
inilah kehebatan aku yang terlampau hebat..suka buat kerja last minit..
sapa dapat pekerja macam aku mesti best sebab kalau nak keja aku siap on the spot aku leh buat.. haha mesti tension sapa yang jadi bos aku..

Thursday, July 24, 2008

MASUK LI

salam...dah lama rasanya dya tak update blog nie..
bukan pe baru jer masuk keje. oopss latihan industri la.. alah takdak bezapun..
cam biase ingatkan masuk keje nie best la boleh blajar bende baru tapi sampai sekarang tak buat pe pun ish ni yang tak best ni
selama 2 mingu datang keje aku just posing2 tengok pc mengadap 8 jam satu hari mau mereng gak otak tu..
tapi nak buat macam mana nak tanya nak buat keja ape malu pulak..
dah tu last2 aku dok saja macamni.. dah takdak keja rasmi tu yang cari keja rasmi nie.. adoi pening2.. nak tulis benda apa dalam buku laporan nie.. takkan nak tulis pelatih tak dak keja so pelatih buat keja sendiri..waaa lawak plak bunyinya.. ish ni dah 2 minggu nie??
serabut kepala otak aku.. bagila something aku buat tak la aku dok buat sibuk padahal takdak benda yg sibuk pun..
ooh tidak.

ni yang lecturer aku cakap aritu memang betul kalo masuk je mesti ade benda yang jadi masalah.. kalo diberi keja tak tau nak buat tu masalah kalo tak dak keja nak buat tu pun masalah gak.. abis tu macam mana.. alamak tak dapek eden nak nolong..
tapi ingat pesan lecturer jangan cakap tak tau cakap saya kurang arif<<>> walaupun tak tau jangan kata tak tau supaya orang tak pandang rendah kat kita ..pastu kata lagi kat depa kalu cik sudi tolonglah tunjukkan pada saya.. cantik ayat aku haha..
lagi satu orang banyak pandang rendah kat pelatih politeknik ni maklumla bukan universiti..
hal ni aku dah mula terasa time sekarang ni dah berlaku pun..
ni yang aku tak berapa selesa nie.
tapi bak kata aku haha.. abaikan je lah.. tunjukkan yang kita boleh sama taraf dengan budak u nih.. manusia gak so lambat atau cepat kita boleh sama taraf dengan sesape yang kita nak..

ok la sampai sini dulu dah takde idea nak post ape kat sini...salam

Monday, July 21, 2008

Stephanplatz di tengah kota Vienna


Vienna memang kota mewah dan mahal. Di sebalik deretan bangunan lama bersejarah, sesekali kelihatan deretan pengunjung, terutama wanita yang terpaksa menunggu giliran untuk masuk ke butik menjual barangan berjenama - kebanyakannya dalam ruangan kecil yang hanya mampu menampung 20 pengunjung.

Satu lagi kawasan tumpuan membeli-belah ialah di Josefstoer strasse, pasar tradisional masyarakat Vienna dengan deretan gerai kecil menjual pelbagai barangan seperti Portobello di London atau Jalan Petaling di Kuala Lumpur. Harga di sini agak murah, terutama jika anda ingin membeli cenderahati.

Sebenarnya banyak lagi yang boleh dilakukan di Vienna selain membeli-belah. Dari St Stephen Cathedral, Schonbrunn, Hofburg Imperial Palace hinggalah bangunan moden di MuseumsQuartier, kota yang mempunyai sejarah panjang tamadun manusia ini menawarkan pelbagai kelebihan kepada tetamunya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...